29 September 2010

ABANGKAI TIKUS DALAM ROTI!

Kejadian Abangkai tikus dalam roti ni berlaku kat London. Seorang bapa sedang menyiapkan sandwhich untuk anak-anak dia sarapan. And terjumpa sesuatu kat bucu roti2 tu. Dia beli roti tu secara on9 je kat Tesco tahun 1999. so, kejadian ni dah lama cuma baru selesai kes kat mahkamah. 


Mula-mula dia ingatkan yang warna hitam tu adalah doh roti tu yang x sekata waktu diadun kat kilang. Bila tengok dengan lebih dekat, rupa-rupanya...makhluk berbulu kecik a.k.a Abangkai TIKUS! Mr Forse ni sambung balik buat sandwich dengan lebih berhati-hati la konon. huhuhu. Yang peliknya, walaupun dia terkejut beruk dengan penemuan mistik tu, dia sambung buat sandwich balik.  Dan bagi anak-anaknya makan. Yela, sarapan kan penting untuk memulakan hari! ahhaha. 


Ekor dah hilang!


Bila pegawai kesihatan datang rumah dia dan cek roti yang tinggal (yang ada bangkai), pegawai tu tak jumpa pun ekor bangkai tikus tu. Ha.... Mr Forse cuak sebab kemungkinan ada antara dia dan anak-anak dia yang dah selamat memakan bahagian ekor tikus tu. 


Bagaimanapun, tiada ahli keluarga Forse sakit, manakala pengeluar roti tu, Premier Foods didenda RM82,376 kerana gagal mengekalkan standard kebersihan di kilang mereka di Mitcham, selatan London.


hmm, kalau setakat ni, kalau aku pergi makan kat mana-mana, yang selalu jumpa dalam makanan atau minuman, hanya rambut, semut,.. Tak pernah lagi la jumpa yang besau-besau cmni.. Harap-harap aku tak kenalah kan. huhuhu. kalau ada, jangan lupa ambil bukti (gambar dan benda tu) dan laporkan pada pejabat kesihatan yang terdekat. Nanti, deorang akan membuat siasatan. :)

No comments:

Post a Comment

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views