27 November 2010

Celcom ni ape hal?? Bikin Wa Panas!

Saya mahu lampu biru! Bukan hijau!

Wei, sape keje CELCOM sini?? Tolong bagitau boss sikit!!!! Bengang la camni.. huh


Ceritanya begini. Rabu 24hb November 2010 aku punya broadband celcom ni kena block. Sebab x bayar rasanya. So, petang tu jam 3.30petang aku pergi bayar bil. Bil dia pun tepat-tepat datang petang tu pulak kan. Aku kena RM 79.70. Aleh-aleh bayar jela RM80. Baki 30sen tu bawak ke next month. 


Balik tu, dalam jam 4.30petang, aku balik, try online. Tapi, masih x boleh. Aku Kira, xpe la, maybe malam ni boleh. Tapi tunggu punya tunggu, sampai Khamis masih x dapat online. dia cakap, aku x boleh connect before register network dia. Ape kes??? Aku pon pegi bawak broadband aku kat tempat aku bayar bil tu. Kedai dia kat Pekan Masjid Tanah, Melaka. Orang tu ambil broadband aku and cuba kat laptop dia dalam 1 bilik. Pastu dia pulangkan dan cakap, dah boleh online. Lega rasanya....


Balik rumah, aku try pulak. Ha, rumah aku kat Linggi, sempadan Negeri Sembilan/Melaka. Tapi, masih xdpt online. Warna broadband tu pun kelip-kelip hijau. Macam xde line langsung. Padahal kawasan rumah aku atas bukit dan dapat 3G. Ke, pekerja kedai kat MT tu penipu? pemalas buat kerje? Atau pun mmg okay broadband aku time kat sana??? tapi dah balik rumah, dia buat hal. Memang dapat 3G kat umah aku. sebab tu aku beli broadband ni bulan 7 lepas. Memang ok sangat. Laju je.. tapi tibe-tibe je Rabu haritu xdapat online sampai Jumaat. Adakah CELCOM sudah mula menunjukkan belangnya??


Aku nak yang dulu. 3.6Mbps!!!!


Pagi tadi (Jumaat), aku call Celcom Customer careline kat 1111. Free aje kalau call dari number Celcom. Orang tu pun tolong la selesaikan. suruh aku tukar setting broadband manager after aku ceritakan masalah aku. Layanan okay la... Bila aku da tukar setting, dapat online. tapi x macam dulu. Kalau dulu aku dapat speed 3.6Mb, tapi sampai aku post blog ni, aku hanya dapat 236.8kbps aje. Korang bayangkan kelembapan siput ni.. huhuhu. aku nak bukak web-web penting pun sangat menyayat hati. 


Nak loading sangat lembab!!!!! Hate it!
Sepatutnya dia tulis 3G Celcom, bukan EDGE My Celcom!!!! Pastu download and upload, Paling tinggi pun 20 lebih kurang.


Aku tak tau nak buat ape. Niat di hati nak terminate je broadband ni. Tapi, mungkin aku kena tunggu dulu ke. Sebab internet mmg diperlukan sekarang. Apply keje and cari info-info lain. Aku x paham sangat. Selama ni ramai yang merungut pasal Celcom. Tapi sekarang baru aku rasa. 


Celcom ni broadband ke-2 after Digi. Digi susah dapat line kat Negeri Sembilan. Dia ada kat bandar besar je macam KL, KK...


Jalan-jalan jumpe ni


So? what to do??? Kenapa la kat Malaysia ni masih ada masalah macamni walhal sekarang sibuk nak buat Jalur lebar seluruh Malaysia. Tapi, service Broadband macam hampeh.. hhmmmm.. Lu pikir la sendiri.. 

19 November 2010

Today's Pictures

Entry kali ini aku tak tahu nak buat fasal apa. Penat la kaki (ada kaitan ke??) hahaha. Pagi tadi amik test JPJ. Alhamdulillah, kali ke-2 ni aku berjaya Lulus dapat lesen P Motokar.. Minggu lepas kandas. Hampeh tul. Huhuu. Yang tadi aku dah buat yang terbaik.. Walaupun macam tak puas hati dengan markah yang dapat (aku dapat 17/20 je). Tak kan nak g ulang balik kot?? kekekekke. Okay la, malas dah nak cakap pasal test. So, pesanan dari semua orang terdekat aku, 'rajin-rajin lah bawak kereta'... InsyaAllah.. Tolonglah belikan aku sebijik. hehehe :P

Okay, harini aku berpeluang tangkap beberapa pics. Aku memang suka ambil gambar. Macam-macam gambar. Walaupun x profesional, tapi kadang-kadang ade jugak pictures yang macam pro. hahaha 

Telur ayam yang belum menetas
Dua ekor ibu ayam sedang mengeramkan telur-telur mereka
Cuba kira ada berapa ekor anak yang kat bawah dia?? heheheh. banyak tau. ada 15!!

Nazmi: Chika! Chika! Chika! Pandanglah sini!
Chika: X dengar~~~~~

Chika: Bila aku pandang, dia x pandang pulak. Menyampeh! :P
Nazmi: Hish!!!!! Xmau pandang sudah!

Nazmi: Nak rotan Chika!!!
Chika: Eeeee, besarnya kayu! kakakkaka

Menung aje.. Menunggu hari dah ni. Saya ibu mengandung.


Chika minta dimanjakan la nih..

8 keping je.. cukuplah ek.. ehhehe





15 November 2010

Yey! Saya Menang Elseve Re-Nutrition Night Serum!!!!

yeyyyy.. Aku dah menang 1 sampel Elseve Re-Nutrition Night Serum dari Loreal. Nasib baik aku check email kat spam tadi.. Tak caye, tengok pic kat bawah ni..

Ini kat web dia.


Baru check kat spam tadi..


Actually aku dapat tau ada benda camni dari Kak Moon aka Miss Niera. Aku pun usya link onlybeauty.com.my ni dan daftar. Dah daftar, aku pun pilih sampel apa-apa yang aku nak. Tapi, dia ada syarat. Boleh pilih sampel barang yang tak melebihi points yang kita ada. Setiap kali nak pilih, kena pastikan point cukup lah. Kalau nak naikkan point, kita kena aktif dalam web tu. Contohnya aktif dalam forum, survey, articles dan sebagainya. Yang lain-lain, tak payah risau sebab semuanya free termasuklah kos penghantaran.

Selain daripada GiveAway, macam-macam lagi yang korang boleh view dalam web ni. Ada tips kecantikan dan contest-contest lain. Cubalah, mana tau bernasib baik kan?? hehehee.

Antara contest yang ada:

        


        

        

Okaylah, nak pergi naikkan points! Wakakaka :P

 Walaupun sampel, tapi aku nak jugak. hhehehehe


p/s: Untuk pertanyaan lain, rajin-rajinlah usya web tu dan baca FAQ dia..

14 November 2010

~Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali~


Tajuk entry kali ni macam aku tengah angau.. Tapi sebenarnya TIDAK!! hahaha. :P
ni pasal lagu... tengok video bawah ni.


Korang mesti ade yang pernah dengar lagu ni kan? Agak best la lirik dia (lirik kat bawah). Bagi aku la.. aku baru tau dalam 2 hari lepas yang penyanyi perempuan, iaitu Najwa tu rupanya adalah anak kepada Timbalan Perdana Menteri kita, Tan sri Muhyidin Yassin dan Puan Sri Norainee Abd Rahman.

Selain daripada lagu "Senyum", ade juga lagi-lagu lain macam 'Kau yang Punya'...


Dulu-dulu, aku ingat suara siape la yang mendayu-dayu nyanyi lagu 'kau yang punya' ni. Rupanya Najwa, anak TPM sekarang. huhu. Tapi kan, kalau korang search kat google pasal Najwa, akan keluar macam ni :
Najwa Mahiaddin 


Mahiaddin tu sebenarnya adalah nama yang tertulis dalam kad pengenalan Tan Sri Muhyiddin. Sebab tu la orang maybe tak berapa tau yang najwa ni anak TPM. Lagipun, najwa ni down to earth. (aku bukan nak puji2 tau. Tapi, orang yang cakap cmtu.) Dia memang x 'guna' nama ayah dia. Baguslah kalau merendah diri kan. Semoga terus success selalu. Facebook Najwa : Najwa-Mahiaddin

Memang muka mereka ada iras sangat. dah nama pun anak beranak. Cuba tengok pic kat bawah ni...

Sama kan? hehehe. TPM & Najwa

Okay, sini ada beberapa info fasal Najwa. Dia merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne Australia. Uni mana, aku tak tahu la pulak.  berusai 24tahun.

Copy paste dari sini :


"Najwa ingin menyemarakkan genre soul dan jazz di Malaysia terlebih dahulu. Gadis ini mahu mengubah persepsi dan tabu klise. Tidak bersandarkan nama ibu bapanya, ia mahu menjual vokalnya sendiri.

Dia sedar itulah cara yang paling tepat untuk bakatnya dihargai secara telus dan bukan kerana dia anak orang kenamaan. Dia ialah duta kepada namanya sendiri. Najwa juga bangga dapat berganding suara dengan Maliq untuk lagu Kau Yang Punya. Persetujuan kolaborasi itu, katanya, dicapai menerusi mesej-mesej di laman sosial Myspace.

"Saya suka berkolaborasi. Tetapi saya juga tidak mahu gunakan nama orang lain untuk menaikkan nama saya sendiri. "Malah membina nama sendiri dapat memberi kepuasan," jawabnya apabila ditanyakan amalan 'featuring' dalam dunia nyanyian terutama hip

hop atau jazz.

Buat masa ini, dalam usaha membina nama 'Najwa' itu sendiri, dia sedang berkira-kira untuk membikin sebuah album mini yang mengandungi lagu-lagu miliknya"


Family potret Tan Sri Muhyidin. Tapi yang kecik-kecik tu, cucu beliau kot. huhu (lama punya kot)

Gaya dia kelass gitu. hehe


Ngan yuyunnnaaa


Lirik Senyum – Malique & Najwa 

Senyum senyum senyum
Senyum senyum


Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama




Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina


Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini


Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan


Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian


Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini


Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Ulang Verse

Ulang Chorus
Ulang Verse

Lirik oleh www.1liriklagu.com



p/s: Maybe korang dah tau lama, tapi aku baru je tau.. Tapi, itulah..Aku nak jugak share! hahaha. :P

10 November 2010

Kenapa minggu ni kau ada??!!


Dah lama aku tak rasa stress macam ni. Ada dua test yang penting bagi aku yang mana aku kena pastikan LULUS.

  1. JPJ Test (Jumaat pagi) 
  2. MTeST (Sabtu pagi) - serentak seluruh Malaysia. GoodLuck pada semua yang ambil!!! :)
  3. Kenduri kat rumah (Sabtu malam)
L ---> P

Yang JPJ Test tu, tersangatlah aku risau. Aku perlu dan mesti dapatkan P . Sebab kalau fail Jumaat ni, kena repeat balik. Repeat, repeat gak. Pastu kena bayar RM 60 lagi.. Aduhh.. Aku pokai ni.. Lagi pun, aku dah boring belajar kereta!!!

MTeST cek kat sini

MTeST pulak, penting kan. Kalau nak dapatkan KPLI tu, mestilah kena lulus test. Baru kena panggil interview. Buku dah beli. Buat x habis lagi. PUnyalah pening nak buat... INSAK ke, BM ke, BI ke, Math ke... Semua sama! pening3.. >.<

Kenduri tu, memang aku tak sabar. hahaha. x kisah la penat ke ape, yang penting masa ni dapat kumpulkan ahli keluarga yang da lama tak balik.. Rindu la.....

Ha, disebabkan ade 2 test berturut-turut, jerawat kembali lagi..

Aku rileks and cool je lagi ni. Padahal dalam otak dan hati, dah risau.. huhuhu


Okay la, x mau merungut-rungut lagi. Aku kena pandai Uruskan semua tu. Ini mungkin baru sikit dugaan. Tolong doakan kejayaanku ok. JPJ Test & MTeST! :) InsyaAllah~


Besar pulak video ni.>.<
 Suka lagu INSYAALLAH oleh Maher Zain ni.. Tenang je.. 

Semoga semua urusanku minggu ini dipermudahkan oleh Allah.. InsyaAllah..

08 November 2010

Aku bakal dapat cucu ????!!!!!!!!!!!

first day Chika dibela.. 


Ibu : "KakLong, si Chika ni mengandung ni"
K.Long : "Iye ke.. macam xcukup umur je lagi.. huhu"

Aha, semenjak ibu mengucapkan dialog beliau, terus aku tertanya-tanya. Betul ke si Chika ni hamil? X pernah nampak pun.. keh3.. Tapi 2 3 minggu lepas, nampak jugak ade kucing jantan kat luar rumah. Tapi, macam terlalu tua je untuk kucing aku yang muda remaja tu.. wakakaka.

So, tadi aku search kat Google , 'tanda-tanda kucing hamil, mengandung, bunting' 
Antara tanda-tanda yang aku jumpa adalah :


  • Selera makan bertambah (memang sangat-sangat kena dengan Chika!!)
  • Puting susu menonjol & kemerahan (baru cek tadi, memang chika punya camni. 5 6 kali aku tengok nak make sure. hhuhuhu)
  • Bahagian perut semakin membulat (yup, bulat. even aku tak bagi makan lagi, perut tetap bulat. Tp mungkin dia telan katak ke kan. tak hadam lagi)
Walaupun ketiga-tiga tanda kat atas ada pada Chika, aku macam tak boleh nak percaya sangat. hahaha. Sebab aku rasa cam tak layak je lagi si Chika ni nak mengandung. Tapi, memang kebanyakan kucing betina akan mencapai tahap kematangan pada umur 6 bulan. Baru aku tau.. Kalau ikutkan, Chika dah ada 6 bulan umur dia. So, tak heran lah kalau memang betul dia hamil.. klik sini kalau nak tengok entry mula-mula pasal Chika ni. 


Lagi satu, Chika kebelakangan ni asek lepak and tidur je.. Memang asek tidur! Penat kot membawa bayi.. Tang gaya tidur, x payah nak cakap la.. haha 




Kan senang kalau klinik haiwan dekat. Nak aje aku bawak g x-tray.. hehehe. Oleh sebab aku masih bengong-bengong, aku tunggu la dalam sebulan lagi. haha. Tengok perut dia memboyot tak. Sebab tempoh mengandung kucing ni hanya 9 minggu.. Hmmm, kalau la betul, tak sabarnya nak menimang cucu!! :P


p/S: Tunggu ajelah...

05 November 2010

Paul II boleh meramal jugak ke???

Minggu lepas, dunia dikejutkan dengan kematian Paul, si sotong  tilik. Hari ini, ada sudah ada penggantinya. Nama diberi Paul juga. Tapi, Paul II. 

Paul II

Paul II ni baru berusia 5 bulan. Dia dilahirkan di French dan kemudian dipindahkan ke Sea Life Centre beberapa minggu lepas dengan harapan, Paul lama a.k.a. Paul I akan dapat 'ajar' Paul II ni cara-cara meramal. Tapi 
malangnya Paul I dah menemui ajalnya dahulu. huhu. So, tak tahu lagi samada Paul II ni akan jadi peramal bola sepak macam Paul I ataupun hidupnya akan berakhir di dalam kuali nanti. hahaha.

 Jadi, Paul II ini ditempatkan dalam akuarium, tempat 
Paul I tinggal dulu. Walaubagaimanapun, tak dapat dipastikan lagi samada Paul II ni akan meramal untuk 
keputusan European Football Championship pada tahun 2012.. Hurmm, lama lagi tu kot..

Nampaknya, si sotong ni macam dah kena 'sumpahan' pulak sebab asek kena meramal je.. Ade lagi la perjudian dan bookey lepas ni.. =.='''
Kepada yang beragama Islam, Janganlah kalian terjebak dengan kegiatan-kegiatan tak bermoral camni okay... Kesian sotong. diperalatkan je..


03 November 2010

Pernah nampak mereka? Laporkan segera!

Entry kali ni aku paparkan beberapa kes orang hilang kat Malaysia, boleh dikatakan terbaru lah.. Jadi kalau sesiapa yang pernah ternampak, terlihat, berkomunikasi atau sebagainya dengan mereka, laporka segera kepada pihak polis.


Aku ambik dari facebook PolisDirajaMalaysia 


"Individu-individu yang dipaparkan telah dilaporkan hilang. Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai mereka, hubungi Balai Polis yang berhampiran atau hubungi Bahagian Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tel : 03-22668307."


Nama : Jacinta Liyana Bte Ahmad Lutfi
Umur : 25 thn
Alamat : Chukai ,Kemaman , Terengganu 
Tarikh Hilang : 21/09/2010
Tarikh Repot : 26/09/2010
___________________________________________________________________________________


Nama : Sulambi Bin Kindaan
Umur : 80 thn
Alamat : Kampong Talungan ,Telipok
Tarikh Hilang : 20/09/2010
Tarikh Repot : 21/09/2010 
____________________________________________________________________________________


Nama : Yeap Leong Chye
Umur : 55 thn
Alamat : Taman Ungku Tun Aminah ,Skudai ,Johor
Tarikh Hilang : 19/09/2010
Tarikh Repot : 23/09/2010 
____________________________________________________________________________________






Nama :Priscilla Paul Parak
Umur : 28 thn
Alamat : RH Muna Pengelayan, Baram
Tarikh Hilang : 15/08/2010
Tarikh Repot : 16/08/2010

___________________________________________________________________________________






Nama : Aitti Asyikin Bte Ahmad
Umur : 16 thn
Alamat : Kampung Batu Putih ,Batu 7,Jalan Airport ,Sandakan Sabah
Tarikh Hilang : 05/09//2010
Tarikh Repot : 06/09/2010 

____________________________________________________________________________________






Nama : Dorrie Anak James
Umur : 15 thn
Alamat : Jalan Lai Chee, Sibu,Sarawak
Tarikh Hilang : 04/09/2010
Tarikh Repot : 05/09/2010

____________________________________________________________________________________






Nama : Roimah bt. Nasri
Umur : 41 thn
Alamat : Kuartes Kerajaan Division Bt. Sandakan, Sabah
Tarikh Hilang : 29/06/2010
Tarikh Repot : 05/07/2010

____________________________________________________________________________________






Nama : Julita Bte. Sandigo
Umur : 36 thn
Alamat : Kampong Numbak, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Hilang : 04/09/2010
Tarikh Repot : 12/09/2010

____________________________________________________________________________________






Nama : Nurul Isma Binti Aziz
Umur : 22 thn
Alamat : Kampong Gondang ,Kemubu , Kok Lanas ,Kota Bharu Kelantan
Tarikh Hilang : 19/09/2010
Tarikh Repot : 24/09/2010

____________________________________________________________________________________






Nama : Mohd Yunos Bin Ismail
Umur : 28 thn
Alamat : Taman Desa Vista , Sepang
Tarikh Hilang : 05/07/2010
Tarikh Repot : 18/07/2010

____________________________________________________________________________________






Nama : Norfadziatul Amiera Bt.Huzailan
Umur : 14 thn
Alamat : Taman Paya Rumput ,Masjid Tanah , Melaka
Tarikh Hilang : 13/09/2010
Tarikh Repot : 15/09/2010 

____________________________________________________________________________________






Nama : Nur Syarmiella Bte Yaacob
Umur : 16 thn
Alamat : Labok, Machang, Kelantan
Tarikh Hilang : 26/08/2010
Tarikh Repot : 26/08/2010 

____________________________________________________________________________________






Nama : Nurul Mujahidah Binti Matusop
Umur : 16 thn
Alamat : Kampong Belipat Baru ,Jalan Kuala Lawas ,Lawas,Sarawak
Tarikh Hilang : 12/09/2010
Tarikh Repot : 13/09/2010 

_____________________________________________________________________________________






Nama : Jugah ak Kidau
Umur : 17 thn
Alamat : Sibujaya, Sibu, Sarawak
Tarikh Hilang : 19/07/2010
Tarikh Repot : 19/07/2010 
_____________________________________________________________________________________



Nama : Kunju Marakair Bin Mohamed
Umur : 50 thn
Alamat : Kampung Baru Sg. Redan, Ulu Tiram Johor
Tarikh Hilang : 09/09/2010
Tarikh Repot : 11/09/2010

____________________________________________________________________________________


Yang bawah ni adalah pasangan adik-beradik rasanya sebab alamat dan nama bapak mereka sama. 





Nama : Nasrat Zarah Bte. Gulam
Umur : 2 thn
Alamat : Kampong Numbak, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Hilang : 04/09/2010
Tarikh Repot : 12/09/2010



Nama : Imran Khan Gulam
Umur : 3 thn
Alamat : Kampong Numbak, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Hilang : 04/09/2010
Tarikh Repot : 12/09/2010
_____________________________________________________________________________________



Nama : Lee Xin Ru
Umur : 2 thn
Tarikh Hilang : 21 September 2010

Pada 21/9/10 jam lebih kurang 2.30 ptg mangsa telah keluar rumah bersama kakak bekas menantu dengan menaiki m/teksi No. Pendaftaran dan jenis tidak tahu warna merah/putih. Semasa dibawa lari mangsa memakai t-shirt putih, bertali oren dan seluar pendek berwarna biru muda serta mempunyai tanda hitam sejak lahir dikelopak mata bahagian sebelah kanan, berkulit sawo matang.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, sila hubungi Insp. Haroza binti Pandi di talian 
019-8793776 atau Ibupejabat Polis Daerah Raub, Pahang di talian 09-3552222. 
_____________________________________________________________________________________

P/s: yang kanak-kanak hilang ni, maybe sebab dicuri @ dikidnap orang. Tapi kalau yang remaja perempuan ni, selalunya mereka lari ikut teman lelaki. huhu. Tapi x semua macam tu kan. Harap-harap orang2 yang hilang ni akan dapat dijumpai. 

Kepada mereka yang melarikan orang, ingatlah..kalaulah mereka atau ahli keluarga mereka yang dilarikan. Ape perasaan???

And kepada mereka yang sengaja melarikan diri atau mengikut teman/teman lelaki, cubalah bayangkan apa perasaan ahli keluarga yang berasa sangat risau dengan tindakan bodoh korang tu... Sengaja cari nahas tu..

okay, sekian.. 


Followers

Visitors

Page Views