31 January 2011

InsyaAllah Mahir Zain Versi Bahasa Melayu

Ha.. saya suka lagu InsyaALLAH. Di kala saya sedih, saya akan nyanyi lagu ni untuk menaikkan kembali semangat dan mood yang telah hilang tu. InsyaAllah, ianya berkesan. Alhamdulillah (versi ustazah la malam ni. hehehe)

Korang da dengar ke belom? Aku baru je dengar, pastu trus post kat sini. Kira fresh lagi kot. Tengoklah video kat bawah ni. Pastu bandingkan dengan lagu yang original punya.





Pastu yang ni asal punya.


Kesimpulannya, semua lagu Maher Zain best-best belaka.. saya suka semua. hehehe

25 January 2011

Cam ni ke bisness ko budak?

Sekadar gambar hiasan

Kol 9 malam tadi, aku keluar ngan Maksu, paksu dan anak-anak mereka. Nak pergi uruskan beberapa perkara. So, kena la pergi cari tempat photostat dan ambil gambar. Ambil gambar dah settle kat Kedai tu. So, tanya nak photostat beberapa dokumen. Tanyela kat anak pemilik kedai tu. Laki-laki, semangat badan beb. Ade aku kesah?? huhuhu. Aku tengok kat situ, dia siap bawak homework, ada buku teks lagi. Okay, berbalik pada permintaan untuk photostat, ada 5 dokumen kot nk kena photostat. (berapa kali ulang photostat dah..huhu). Tapi nak dalam 2 copy je setiap selai tu. Dia boleh cakap, busy, lama nak photostat sebab banyak yang kena photostat. Mak dia uruskan tangkap gambar. Bila dah habis, mak dia tanya la maksu aku, ada apa-apa lagi tak?? maksu aku pun tanye pasal nak photostat. Mak dia jawab ape korang tau?? ''ha, boleh-boleh.. meh sini''. Boleh tak bandingkan jawapan mak ngan anak di tadi? Sengal betul buda semangat tu. Malas la tu nak buat. Kalau dah tau malas, xpayah datang kedai. Memenuhkan ruang jek. Siap bawak homework. Duduk jela rumah. Ish! geram aku.

Macam tu ke cara dia layan pelanggan. Menipu tak tau cara. Anti betul ngan orang perangai cam tu. Harap-harap aku x jumpe lagi orang macam tu... Semoga bisness kau bertambah maju. Peace :)

Thanks kat makcik (mak dia) sebab rajin layan pelanggan dengan baik :)

24 January 2011

Kenapa Facebook Warna Biru???


Ha, kenapa FB ni warna biru? Apesal x warna hijau ke, pink ke (untuk perempuan), maroon ke.. dan lain-lain warna yang korang suka.. Tapi kalau dapat pilih-pilih warna, best jugak kan! hahaha. Okay, yang masalahnye sekarang, biru adalah warna pilihan pengasas dia, Mark Zuckerberg. Kita sebagai pengguna, kena la ikut je. Tapi kalau korang nak jugak warna lain, pergi create Facebook sendiri. Hakhakahak. gurau :)

Okay, aku tak mahu citer kenapa FB ni warna biru dulu. Biar saye membebel sikit. Sikit je. hehehe. Sekanrang ni pengguna FB kat seluruh dunia dah berjumlah hampir 600 juta orang dan kalau jumlah ni di anggap sebagai populasi penduduk sesebuah negara, Negara Facebook ni berada di bawah populasi penduduk China dan India. Ha.. cube korang bayangkan. Punyalah ramai. Mesti banyak kebuluran.. huhuhu

okay, nak teruskan dengan kenapa FB ni warna biru & putih. Sebenarnya, si Mark ni buta warna. dia hanya boleh lihat warna biru dengan sempurna. Warna-warna lain, memang dia x dapat tengok dengan jelas especially warna hijau dan merah... Sekian..

Untuk berita lanjut, korang bley bace kat Kosmo ataupun kat bawah ni,.. Aku copy paste je balik.
Ha, pastu bley like page ni skali. Hehehhe. saye tolong promote je.. :)

FACEBOOK adalah kisah kejayaan luar biasa pemilik nama Mark Elliot Zuckerberg, lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari New York, Amerika Syarikat.
Dengan jumlah pengguna hampir 600 juta orang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Facebook itu mampu berada dalam senarai 40 individu bilionair dunia seperti yang diuar-uarkan majalah Forbes.
Sebuah laman berita, www.dailymail.co.uk menganggarkan sehingga 4 Januari lalu, nilai kekayaan yang dimiliki Zuckerberg berjumlah RM27.5 bilion (AS$9 bilion).
“Inisiatif pemuda ini untuk menghubungkan lebih daripada setengah bilion manusia dan memetakan jaringan sosial di kalangan mereka merupakan fenomena Internet masa kini.
“Berupaya menghasilkan satu bentuk pertukaran maklumat, Facebook juga boleh mengubah cara kita memanfaatkan hidup.
“Memang seharusnya pereka laman seperti ini diberi pengiktirafan,” jelas majalah Time yang yang menamakan Zuckerberg sebagai Person of The Year 2010.
Sehingga Disember lalu, dianggarkan seorang daripada 12 penduduk bumi memiliki akaun Facebook. Angka itu menyamai jumlah 550 juta pengguna.
“Andaikan Facebok adalah sebuah negara, ia merupakan negara ketiga yang mempunyai populasi penduduk tertinggi selepas China dan India.
“Jika dihitung masa yang diperuntukkan oleh setiap pengguna untuk melayari Facebook, jumlah masa yang dihimpun bersamaan dengan 700 bilion minit sebulan,” jelas Time lagi.
Mula beroperasi pada Februari 2004 di sebuah bilik di kampus Universiti Harvard, Zuckerberg yang ketika itu berada di tahun kedua membangunkan Facebook dibantu dua rakannya, Dustin Moskovitz dan Sean Parker.
Diberi nama thefacebook.com, perancangan asal mereka sekadar menyediakan jaringan komunikasi antara pelajar kampus untuk mengetahui perkembangan antara satu sama lain.
Selepas mendapat sambutan baik dan banyak permintaan supaya jaringan laman tersebut diperluaskan, Zuckerberg cuba mengembangkan rangkaian berdasarkan kepercayaan dalam perhubungan ke seluruh dunia.
“Bagi saya semua ini adalah kerja gila. Saya masih teringat perbualan saya dengan kawan-kawan di kolej. Ini yang kami mahukan tujuh tahun dahulu.
“Tetapi pada ketika itu, saya anggap impian itu hanya gurauan kerana kami adalah pelajar kolej. Kami tidak layak untuk melakukannya. Ini adalah kerja gila,” seloroh Zuckerberg.
Boleh diakses dalam 72 bahasa, Zuckerberg percaya komunikasi tidak sepatutnya tersekat hanya kerana faktor bahasa.
Malah dia sendiri sedang mempelajari bahasa Cina selain boleh menulis dan membaca dalam bahasa Perancis, Latin, Hebrew dan Greek kuno.
Mengenali anak lelaki tunggal kepada pasangan doktor gigi dan pakar psikiatri ini, Zuckerberg dibesarkan di Dobbs Ferry, New York, bersama tiga orang kakaknya.
Menurut bapanya, Edward, anaknya itu mempunyai sifat keyakinan diri yang tinggi.
“Sejak kecil, berbual dengannya boleh menjadi sesuatu yang mencabar.
“Bagi sesetengah budak, jawapan untuk mereka mungkin seringkas ya atau tidak. Namun bagi Zuckerberg, dia tidak mudah menerima atau mempersetujui sesuatu jika jawapan yang diberikan kepadanya adalah tidak.
“Jika anda ingin berkata tidak, sediakan hujah kuat yang disokong dengan fakta, pengalaman, logik dan alasan munasabah.
“Malah, kami pernah membayangkan dia akan menjadi peguam suatu hari nanti kerana sifat ingin tahunya itu berupaya mempengaruhi hampir 100 peratus keputusan juri,” kata Edward.
Biarpun bergelar bilionair, Zuckerberg lebih suka mengamalkan kehidupan yang sederhana.
Dia memilih untuk tinggal di sebuah rumah yang disewa di Palo Alto bersama teman wanitanya, Priscilla Chan, seorang penuntut tahun tiga jurusan perubatan di Universiti California, San Francisco.
Dia juga hanya memandu kereta Acura TSX berwarna hitam berharga RM97,000 (AS$32,000).
Semasa kecil, Zuckerberg diajar mengenali program asas komputer sebelum bapanya mengupah seorang pembangun perisian berpengalaman, David Newman untuk melatihnya secara peribadi.
Mendapat pendidikan awal di sekolah tinggi swasta tempatan, Zuckerberg kemudian meneruskan pelajaran ke Philip Exeter Academy di New Hampshire.
Selepas itu, dia menyambung pengajiannya ke Universiti Harvard dan mengambil kursus dalam dua bidang serentak iaitu psikologi dan sains komputer.
“Ramai yang tidak faham mengapa saya ambil dua jurusan yang berbeza. Saya selalu tertarik untuk tahu bagaimana dua perkara ini bergabung untuk membangunkan perkara yang baik,” ujarnya.
Membuka rahsia mengapa warna biru dan putih menjadi warna latar Facebook, Zuckerberg sebenarnya lelaki tampan yang buta warna.
Mengikuti temu bualnya bersama Time, banyak warna yang tidak mampu dilihat olehnya termasuk hijau dan merah. Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru dengan sempurna.

16 January 2011

Nuffnang akan di maintenancekan.

Korang, nanti Nuffnang akan dimantenancekan, so, jangan pelik kalo tetibe xnampak iklan Nuffnang kt blog korang atau blog lain yang korang lawati.

Sumber : Nuffnang.com.my


Kalau x nampak, aku dah copy ayat dia:


Dear Nuffnangers,
We will be carrying out a reconfiguration to our web server at 1am, 17 January 2011. The ETA for this downtime is 3 hours.
During this time Nuffnang related services will not be available and your ads will not show.
Thank you for your understanding.
Sekiannn :)

13 January 2011

Aku & Makanan

Post kali ni aku nak share pasal makanan yang pernah aku makan. Maybe sebab ia sedap.. Dan ada kenangan di sebalik makanan itu. hehehehe. Nampak macam aku gilerkan makanan, tapi sebenarnya tak. Makan bukan hobi aku. Sekadar mengisi perut je kadang2. And sebab nak try bile tengok orang lain makan. Kadang-kadang, aku penat makan.. hahaha. Pelik ke? tak la.. Limited edition punya orang kot.. 

Yang ni makan kat Nasi Ayam Gemas kat Tampin. Nasi Ayam Madu. Sedap, boleh la.. Tapi manis sangat. Makan ni after aku dan family pergi melawat PB. Rindu je kat sane.. huhuhu

Ni Kelapa bakar. Kat Sabah after aku and classmates g kerja lapangan dekat Landfill Kayu Madang. Hmmm, Aku x pernah rasa... huhu

Yang ni nasi yang aku ambil waktu Dinner HS11 yang pertama dan terakhir kali aku join. Yang pergi, cuma aku dan Wiwi je. Geng lain xnak join. Ape da... huhu. Ha, lauk2 dia cam makan kat umah je. 

Yang ni lebih baik dari yang atas. Ni dinner Good Bye HS11 batch aku. Kat sebelah 1 Borneo. Lupela nama restoran tu ape. 

Ni kueh tiaw kegemaranku. Ade kat library UMS. Kalo aku boring makan nasik yang mana menunya same tiap-tiap hari, aku order kueh tiaw ni. Sedappp..

Ni antara minuman kegemaran. Banyak terdapat kat Kota Kinabalu. Aku kalo demam, memang suka minum air kelapa. Time ni, aku g ngan Salina. dia kawan aku susah senang :)

Yang ni aku order dalam flight Air Asia waktu balik KL ngan Salina. Nasi Beriani. Sedap! Makan 1 x cukup. Sebab dia ciput saje. Aku tempah on9. So, ade diskaun.
Yang ni Nadiah belanje aku time my birthday yang ke 21 kot. Xpun yang ke-22. Lupe sudah. Tapi memang Nadiah a.k.a. Ratna yang belanje. kat Rasa Mas 1 Borneo. Thanks Nadiah :D

Yang ni aku dan kawan-kawan buka puasa waktu 2nd year kat Chiken Rice Shop. Yang join time ni Mun, Shida, Zana and aku.. Ade sorang x puase time tu. Jeng3.. Siapakah?? haha

1st time aku makan kat Old Town 1 Borneo, aku order Nasi Lemak ni. Ngan air coklat kot. Lupesudah. Mahal, tapi sedap = berbaloi.

Ni rojak kegemaran. Ade kat restoran Melati kat Tampin. Sedap :D

Ni makan ikan bakar waktu ibu, abah dan Hijrah datang untuk konvo aku. 3 4 hari berturut-turut makan ikan bakar, boring.. hehehe. tapi makan ngan famili, ade sentimental value pic ni beb.

Ini sangat menggairahkan! hahaha. Chicken chop kat Johor time mak sedara aku kawen. Sedapppp.. tapi kena tunggu lame pulak. nasib baik sedap. Harga dia rm10 kot. 

Aku suka makan dadih gak. Yang ni ktorang buat sendiri untuk kenduri ape tah. Lupe...

Yang ni Cendol kegemaran gak. hahaha. Slalu singgah kalo lalu kat Masjid Tanah. makan time-time hari panas.. Fuhhh~

Ni musim buah rambai. Banyak giler sebab pokok dia ada kat blakang rumah uwan. Makanlah buah-buahan tempatan yek! 

Big Apple ni Kak Moon yang belanje. Waktu aku, kak Moon dan Nadiah outing kat 1 Borneo. Jauh tu.. hehehe. Thanks Kak Moon :)

Yang ni, dadih yang aku dan Salina buat waktu kami 1st semester, 3rd year. :)

Yang ni sayap ayam. Banyak kat Kota Kinabalu. Waktu ni konvo aku. So, yang paling suka dan banyak makan sayap adalah adik bongsu aku, Muhd Hijrah!

Yang ni kek Kawen mak sedare aku tu. hhmmm, takat ni tengok kek kawen orang lain ajelah... huk3

Sekian... :)

10 January 2011

No more Facebook after 15/3/2011

Ni berita baik or buruk?? korang fikir-fikirlah sendiri. huhuhu. Tapi kalau bagi aku, more kepada bad news. Kenapa? Sebab...


  1. Saye akan lost contact secara alam maya dengan kawan-kawan
  2. saya tak dapat berinteraksi secara terus waktu online. hehehe
  3. Tak dapat tau perkembangan kengkawan and relatives.
  4. Susah nak berkumpul dengan kawan-kawan lama
  5. Hilanglah gambar-gambar yang di tag. huahua

Sekadar ambil info dari blog Anak-anak Negeri Sembilan tadi..

Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011, berita ni disahkan oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg melalui teks ucapan yang disampaikan oleh Avrat Humarthi, Naib Presiden Unit Hal Ehwal Teknikal Facebook. Mark Zuckerberg dilanda tekanan kerana menguruskan Facebook sedangkan Facebook bermula hanyalah sebagai hobinya saja di masa lapang. 

Penutupan Facebook pada 15 Mac 2011 kini disahkan benar, blog pihak Faceboook masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi kepada 500 juta pengguna Facebook, setakat ni yang ada cuma kenyataan yang dikeluarkan oleh Avrat Humarthi saja. Sila backup segala gambar-gambar Anda yang ada di Facebook Anda sebelum kita memasuki bulan Mac 2011. Setelah Facebook ditutup, saya menjangkakan berbillion pengguna Facebook akan beralih semula kepada MySpace dan Friendster.

Kesian si Mark. Buat ape tension-tension bro.. Jual jela FB ni. hehehe. Ade sesiapa yang berminat nak beli?? Aku?? Aku minat berfacebook. Tapi  tak berminat nak beli. Ermmm, saye cadangkan sesiapa rakyat Malaysia yang kaye sangat2.. sampai xtau nak buat ape ngn duit tu, sila-sila la beli. Kan kat Asia ni, Malaysian yang paling aktif ber FB! huh




Friendster akan femes balik ke??ermm.. kalo Twitter tu, aku mmg x reti guna. huhu. dah delete pun account Twitter. 

Sekian (xtau nak bebel ape sebenarnye. huhuu)


Sebenarnya, semua ni tipu je.. wakakaka. Gosip bodoh yg dkeluarkan oleh laman web yg ala-ala berita. huh. Sumpah jd katak ijau kang! bacela kat sini. Banyak lagi 'berita-berita' best yg buduh.. hahaha. 

04 January 2011

Mana perginya besi penutup longkang tu?

Ahad 2 Jan 2011, aku rasa hampir semua sekolah kat seluruh negara buat hari orientasi untuk murid-murid dan pelajar-pelajar baru. Jadi, aku pun tak ketinggalan untuk ikuti orientasi tu. Untuk siapa?? Jeng3.. Adik aku? nope.. Anak aku?? Lagila nope! hehehe. Untuk kazen aku... Kat Sekolah Rendah Seksyen tettttt.. Kat Shah Alam. 

Orientasi prasekolah tu berjalan lancar.. Tapi bila masa balik, aku lalu depan sekolah tu. Ada perkara yang merisaukan aku.. ha, Tengok la gambar kat bawah tu yek...

Lubang kat longkang ni, penutupnya dah hilang!


Bahaya tak korang rasa??? Mestilah kan.. tapi aku pelik la. Kenapa penutup ni boleh hilang dari tempat asal. Banyak giler lubang ni kat sepanjang tepi jalan tu. Kebetulan memang tempat untuk murid-murid tunggu parents dan bus sekolah lagi tu.


Selalu orang yang tak bertanggungjawab ni akan curi dan jual besi tu..

 Kalau betul la memang dicuri, orang yang curi tu tak fikir ke pasal keselamatan kanak-kanak dan orang ramai yang menggunakan laluan ni. Kalau sesiapa yang terjatuh dalam ni, patah riuk ke, meninggal ke... tak ke dia rasa bersalah??? Ape pulak akan dia buat, kalau perkara-perkara macam ni, melibatkan orang terdekat dia. Contohnya macam anak dia ke, adik dia ke, nenek dia ke... ha, siapa yang mesti dipersalahkan?? Kalau malam-malam, lagilah bahaya... So, lu pikirlah sendiri!

p/s: Sekarang, tak taulah ape yang dah terjadi kat lubang longkang ni. Dah ditutup atau belum, aku tak
          pasti.   Sebab aku dah x pergi sekolah tu...

Ni la budak prasekolah yang aku dan mak bapak dia hantar orientasi.. hahahaha

Followers

Visitors

Page Views