31 July 2011

Justin Bieber Perempuan, Dani Shay~




First time tengok, memang sejibik cam JB. Dani Shay berusia 22 tahun ni adalah JB Perempuan. Mula-mula aku x caye, aku ingat ni tipu-tipu jek yang macam dulu pernah kecoh pasal JB tu sebenarnya orang tua. hahaha. Bila aku cari maklumat pasal DS ni, last2 aku caye gak.

Dia pernah masuk America's Got Talent dan korang boleh tengok video-video kat bawah ni k.. Layan~~




 Video ni best. Dia dapat masuk next stage AGT. JB yg macam dia bukan dia mcm JB. I like that statement :)





Gaya Dani ni tomboi2 kan. huhuhu

Niat Bersahur dan Berbuka Puasa

Harini 30hb Julai 2011 dan esok, InsyaAllah kita yang berada di Malaysia ni akan menyambut 1 Ramadhan.. Dah bersedia atau belum?? Aku, insyaAllah dah.. hehhehe.

Puasa tahun ini mengingatkan aku semasa berpuasa di perantau. Chewah. Teringat time berpuasa kat Sabah dulu. Time jadi student. Puasa ngan kawan je.. Family jauh di sana. hahaha. Tahun lepas puasa dan raya paling best sebab aku laluinya dengan Family. Kali ni, suasana berpuasa jauh dari keluarga berulang lagi. Kali pertama berpuasa di Negeri Pahang, lebih spesifik lagi, di Kuantan. Kalau kat Sabah dulu, bersahur pagi gila. Tapi berbuka cepat, jam 6 petang dah buka dah. hehehe. Teringat pulak susah payah berpuasa kat sana dengan sahabat baik. Semua dah jadi kenangan yang indah. :)

Okay, stop pasal cerita dulu2...

Post pagini nak share dengan korang pasal niat bersahur dan berbuka puasa. Manalah tau kan kot2 ada yang terlupa macam mana nak berniat. Huhuhu. Okay, niat sahur dan berbuka ada kat bawah ni..

Niat bersahur
Niat berbuka puasa
Aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam yang berpuasa. Semoga radhan kali ini adalah lebih baik dari ramadhan yang lepas2 dan bersama-sama kita mencari keberkatan dan menjadi muslim yang lebih baik. InsyaAllah. :)

Untuk korang tengok waktu imsak dan berbuka puasa di seluruh Malaysia, korang boleh klik kat Portal JAKIM ni tau.

 Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H / 2011M

(Gambar) Pic Terbaru Family Dr.Sheikh Muszaphar yang cool!

Kali ni nak tunjuk kat korang gambar terbaru family sheikh muszaphar. Sekeping pic kaki and sekeping lagi pic Dr. dan anak dia. 
Post sebelum ni ada pasal cara kelahiran baby Sophea & pic pertama baby Sophea. Layan~~

Merahnye 

Cool n cute pic 

29 July 2011

30 mins FREE Voice Call to any Celcom number

Aku guna broadband celcom untuk online..

And aku nak tanya sesuatu. Sape yang guna Celcom broadband gak boleh tolong aku tak?

Tolong beri jawapan apa maksud mesej pada inbox yang aku highlightkan kat bawah tu...


Kalau x nampak, aku copy ayat tu kat bawah ni ha..


"Enjoy 30 mins FREE Voice Call to any Celcom number on yr Anniversary with Celcom.Pls rmber to utilize all FREE Voice Call by 11.59pm tomorrow.T&C apply"



28 July 2011

Tukar DP FB, tanda sokongan pada Harimau Malaya. Aummmmm!!!!

Wahhhh.. x sabarnya aku nak tengok match malam ni. 

Malaysia lawan Singapura. 

yang turun malam ni adalah :


Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Zafuan Radzak, Fadhli Shah, Asraruddin Putra Omar, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Ismail Faruqi Ashari, S. Kunalan, Abdul Hadi Yahaya, Safee Sali


tapi safiq rahim xde. sedih aku. huhuhu. tp xpe. yang lain ade :)


kol 8, Tengok kat tv je la.

Aku doakan pasukan kita menang dan dapat layak ke peringkat seterusnya nanti.

Harimau Malaya pasti boleh menang punye. Korang kan hebat. heheheh. 

Dan sebagai tanda sokongan, aku dah pun tukar profile pic FB.

And kat sini, aku letak la gambar2 Harimau Malaya untuk korang amik buat wallpaper laptop or buat profile pic FB jugak.

Layannnn~ 

Yang ni cute kan..??? 






garangnye. hehe




27 July 2011

(Gambar) 25 Makanan Terbaik Dunia 2010

Berikut merupakan gambar dan sedikit info tentang makanan terbaik di dunia bgai tahun 2010. Info diambil dari cnngo dot com dan facebookaans.



Kari Massaman, Thailand Di kenali sebagai raja segala kari, dan mungkin raja segala makanan. Pedas, rasa kelapa, manis dan berlemak, gabungan perisa itu mempunyai lebih keperibadian daripada pilihan raya Thailand.

Malah kuah paket yang anda beli daripada pasar raya boleh membuat tukang masak biasa kelihatan seperti potensi Michelin. Syukur, ada orang mencipta nasi, di mana orang yang sedang makan boleh mengelap gerimis terakhir kuah kari. 
“The Land of Smiles” bukan hanya slogan pemasaran. Ia adalah hasil yang lahir di tanah di mana makanan paling sedap dunia dijual di hampir setiap penjuru jalan.
Resipi kari kat sini.


Pizza Neapolitan, Itali : Pizza terbaik, satu ciptaan yang kini dilindungi oleh persatuan perdagangannya sendiri yang mengandungi garam laut, tepung gandum gred tinggi, hanya tiga jenis tomato segar, doh dan ketuhar yang menggunakan kayu api, adalah antara syarat-syarat kualiti lain.

Dengan hanya beberapa bahan – doh, tomato, minyak zaitun, garam dan selasih (piza marinara langsung tidak mengandungi keju) – orang Neapolitan mencipta satu makanan yang hanya sesetengah orang boleh membuatnya dengan sempurna, tetapi semua orang menikmatinya.

Coklat, Mexico : Orang Mayan meminumnya, Lasse Hallstrom membuat filem mengenainya dan kita semua mengatasi rasa bersalah kerana makan terlalu banyak. Cerita biji koko ialah satu bona fide daripada hutan, yang memasuki cerita tamadun keajaiban masak.

Tanpa manisan berkrim an pahit manis ini, Hari Kekasih akan hanya ada kad dan bunga sahaja dan hari Easter akan berbalik menjadi satu lagi acara keagamaan yang membosankan.

Sushi, Jepun : Apabila orang Jepun ingin membina sesuatu yang tepat, ia dibina dengan tepat. Jenama besar seperti Toyota, Nintendo, Sony, Nikon dan Yamaha mungkin dicipta oleh oleh orang yang berfikiran bahawa tiada perkara yang lebih rumit daripada ikan mentah dan nasi, tetapi bagaimana ikan dan nasi diletakkan bersama yang membuatkan ia makanan kegemaran global.

Itik Peking, China : Sepuh sirap maltosa yang menyaluti kulit ialah rahsia. Dibakar secara perlahan dalam ketuhar, kerangupan, kulit bersalut sirap ialah sangat sedap sehingga kedai-kedai makan akan menghidang lebih kulit daripada dagaing, dan menghidangnya bersama pan kek, bawang, hoisin atau kuah kacang manis. Cara-cara bela itik ni kat sini

Hamburger, Jerman : Apabila sesuatu makanan terasa begitu sedap sehingga orang ramai membelanjakan AS$20 bilion setiap tahun di satu rangkaian restoran, anda tahu ia termasuk dalam senarai. McDonald mungkin tidak menawarkan burger terbaik, tetapi itu maksudnya – ia tidak perlu.

Gabungan roti-daging-salad ialah begitu baik sehingga keseluruhan negara-negara telah memusnahkan sistem eko mereka hanya untuk menghasilkan lebih banyak lembu.

Asam Laksa, Pulau Pinang Malaysia : Direbus, kelupas ikan tenggiri, asam jawa, cili, pudina, serai, bawang, nanas…salah satu daripada makanan paling popular di Malaysia ialah sup ikan masam pedas dengan mi (lagi sedap terutamanya apabila halia ditambahkan).

Tom yum goong, Thailand : Masakan Thai ini penuh dengan udang, cendawan, tomato, serai, lengkuas dan daun limau nipis kaffir. Biasanya ia dipenuhi dengan santan dan krim, sup ini menggabungkan perisa-perisa gemaran Thai : masam, masin, pedas dan manis. Dan yang paling terbaik ialah harga: murah.



Ais Krim, Amerika Syarikat : Cara memakan ais krim di A.S ialah menimbunkannya dengan kacang, marshmallows dan sos cokelat. Ia lebih sedap apabila digaulkan.

Chicken muamba, Gabon : Resipi yang tetap bagi masakan ini ialah ayam, cili pedas, bawang putih, tomato, garam, lada, bendi dan mentega palma, mentega Afrika yang pasti akan memaksa anda ingin makan lagi.


Rendang, Indonesia : Daging direbus perlahan dalam santan dengan campuran serai, lengkuas, bawang putih, kunyit, halia dan cili, kemudian dididihkan selama beberapa jam untuk menghasilkan hidangan yang lembut dan beraneka perisa. Resipi rendang kat sini.

Shepherd’s pie, Britain: Mungkin sesetengah orang akan berkata ciptaan terhebat England ialah enjin wap dan Jaguar E-Type. Kami lebih suka fikirkan bahawa shepherd’s pie – daging biri-biri yang dicincang dan kentang lecek. Resipi pai ni kat sini.


Jagung : Tuhan mungkin mencipta jagung hanya sebagai alasan untuk mencipta mentega cair. Cara-cara tanam jagung kat sini.

Donut, Amerika Syarikat : Doh berbentuk roda yang digoreng ini tidak perlu pengenalan, tetapi hanya satu perkara: rasa bersalah memakan snek menagihkan ini menjadikannya lebih sedap.

Babi Kalua, Amerika Syarikat : Hanya boleh didapati secara komersial di Hawaii, penyediaan kalua ini boleh menjadi satu acara epik, dengan keseluruhan babi dipanggang di dalam lubang pasir bawah tanah selama enam atau tujuh jam.

Tetapi ia bukan hanya untuk pameran. Batang-batang pokok pisang pecah, garam dan daging siatan (tidak pernah dihiris) bererti makanan ini akan terasa lama di lidah anda dan mungkin lebih lama di ingatan.

Tat Telur, Hong Kong : Seperti kebanyakan hidangan klasik lain, tat telur Hong Kong menggabungkan dua tekstur berkontras: berkerak, pastri kelopak dan kastard. Ia manis, ia sedap dan terbaik dimakan panas-panas terus dari ketuhar.

Udang Kara: Lupakan semua khayalan anda dan usaha yang dibuat oleh ketua tukang masak untuk menunjukkan kehebatan bagi mendaptkan pengesahan Michelin. Apabila anda mendapat sesuatu secara semula jadi sedap, kekalkan ringkas. Cara terbaik menikmati udang kara ialah hanya rebus dan hidangkan dengan mentega cair dan sepotong lemon.

Kebab, Iran : Untuk mengelak kebuluran bagi keseluruhan pelajar di United Kingdom, kebab sepatutnya dengan jelas dihormati. Tetapi ia hampir bukan prototaip sedap yang layak mewakili sebuah rantau.

Pilih daging anda, letakkan pada sebatang kayu dan gril. Kemudian tanya kepada diri anda mengapa anda tidak makan seperti ini setiap hari.

Nam tok moo, Thailand : Babi dipanggang dengan jus limau, bawang hijau, cili, pudina, sos ikan dan nasi panggang. Lagenda mengatakan yang darah daripada daging dengan kuah menginspirasikan beberapa karnivor riang untuk menamakan hidangan ini “daging air terjun (nam tok moo)”. 


Arepas, Venezuela : Pai kecil doh jagung yang menyediakan kanvas dimana anda boleh meletakkan makanan tambahan sedap di atasnya: keju, siatan ayam, kulit daging babi yang ranggup, perico, daging lembu, tomato, avokado..ia adalah hidangan paling cantik daripada Venezuela sejak pemenang Ratu Universe.

Croissant, Perancis : Pastri kelopak yang diliputi mentega dan setimbun jem raspberi yang disapukan di bahagian atas. Tidak ada apa-apa untuk tidak mencintai sarapan manis dan berlemak dengan secawan kopi.

Brownie and vanilla ice cream : Ada sesetengah orang yang tidak akan kerap mengunjungi satu tempat jika ia tidak mempunyai brownie dan ais krim pada menu pencuci mulut. Anda boleh memanggil mereka bodoh. Kami juga, tetapi jika kemudian kami meninggalkan restoran dengan gembira selepas hidangan utama, kami mengetahui ia mempunyai pencuci mulut yang sempurna untuk ditawarkan.


Lasagna, Itali : Ditempat kedua selepas piza pada senarai makanan terkenal Itali, ada sebab mengapa pasta berlapis, sos tomato, daging kisar menjadi hadiah popular untuk kanak-kanak dan orang dewasa. 

Champ, Ireland: Juara hidangan kebangsaan Ireland terdiri dari kentang lecek dengan daun bawang, mentega, garam dan lada. Champ ialah hidangan sampingan sempurna dengan daging atau ikan. Resipi Champ kat sini.

Ketam Halia Mentega, India : Makanan ini tidak terhasil daripada masakan China, Kebenuaan atau India. Ia datang daripada Tanah mentega, sebuah tempat khayalan yang mengimbangi apa-apa yang terasa sedap dengan mentega cair.

Hidangan sedap dan ringkas ini dibuat dengan merendamkan satu ketam besar dalam sos mentega-bawang putih, yang menyerap ke dalam setiap inci daging.


MANA YANG KORANG SUKA??? SEMUA NAMPAK SEDAP KAN! KECUALI YG PORK LA. HEHEHE


p/s: Untuk senarai penuh 50 makanan terbaik dunia 2010, korang boleh terus klik sini

26 July 2011

Super Cute Baby Monkey Playing Iphone Game

Ni baby monyet memang gila comel. Dah la baby, monyet plak tu. Dapat main game kat Iphone. Aku sentuh pon x dapat lagi Iphone tu. ahhahahaha.

Tengok la dia main, siap dapat high score lagi.

Layan~




Lagi video baby monkey Nala


Nala menyusu

25 July 2011

Cara Tukar Chat FB yang Lama


Chat korang yang sekarang ni ok tak? Aku punye K.O! Menyusahkan je adela. Tadi aku terjumpe cara-cara nak tukar chat FB kepada yang lama kat sini :  darxniq & kyrul.  So, kalau korang nak tukar jugak, ikut je eh langkah-langkah mudah kat bawah ni.


  1. Bukak FB Chat Old Version
  2. Klik Install kat bahagian atas kanan page tu (Tengok kat pic bawah kalo x prasan)  
  3. Bukak Facebook, Log-out & Sig-in semula
  4. Dah jadiiiiii :D
Klik Install


Kembali macam asal. Lebih senang nak tengok kawan2 yang online
Tapi yang ni x macam yang lagi 1 jenis chat FB, ala.... yang kita boleh asingkan friends ikut group tu.  
Aku lebih suke yang tu. Lebih praktikal :)

Aku online FB guna Google Chrome sebab cepat. Kalau korang nak try dekat Mozilla boleh jugak, tp leceh sikit. korang leh tengok cara-cara instal kat Mozilla kat kyrul.

Untuk Chat FB yang boleh asingkan group Friend List tu aku da dapat caranya. Tapi x faham la.. tengah2 hari ni bengap plak. Korang boleh tengok kt pakcikim.

Lagi 1 tutorial baru, pasal chat ni. Aku dah buat tadi dan chat tu dapat asingkan friends aku ikut group2 yang aku pernah listkan. hehehe. Like Page ni dulu.

Isteri Sheikh Muszaphar Bersalin Kaedah Dalam Air

Post semalam fasal Baby Astronaut lahir, pagi ni fasal cara kelahiran baby tu pulak. Sumber info dari Kosmo Online 24/7/2011.
Dr.Sheikh Muszaphar & Dr.Halina
Tambahan untuk post semalam, Sheikh Muszaphar adalah rakyat Malaysia dan orang Islam pertama di dunia (kalau x silap) yang berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di sana selama 10 hari menjalankan pelbagai penyelidikan; pasangan Dr. ni berkahwin pada 10 Oktober 2010 (sama dengan tarikh aku konvo pulak) dan dapat baby pada 21 Julai 2011. Dr Halina ambil masa 18jam untuk lahirkan baby ni iaitu masuk hospital jam 2 pagi hari Jumaat dan lahirkan baby pada jam 9.08 malam.

Menurut suaminya, kaedah bersalin dalam air ni adalah pilihan Dr.Halina sebab dia cakap akan rasa kurang sakit dan lebih natural.

Dr.Sheikh cakap yang dia dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa dan mereka banyak membaca tentang cara-cara mendidik anak-anak dan dapat nasihat jugak dari kedua-dua parents. Hal ini supaya anak mereka berjaya dalam agama, negara dan bangsa.

Sekarang ni Dr.Halina adalah doktor bius di Hospital Selayang manakala Dr.Sheikh bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa.
_________________________________________________________________________________

Sedikit info pasal proses kelahiran dalam air
Info dari : sini & sini

  • Kaedah ni dah popular di AS & UK sejak tahun 1980-an lagi. Tapi di Malaysia, ia tidak begitu diterima rakyat Malaysia sebab agak bertentangan dengan adat & budaya sesetangah kaum di negara ini.
  • Kelebihan: sebagai 1 altenatif tambahan bagi ibu yang tak mahu gunakan sebarang intervensi (vacum, ubat bius), memberi perasaan rileks apabila ibu berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Posisi yang selamat semasa bersalin adalah bertinggung.
Gambar hiasan
  • Suhu suam air (37degree celcius) akan memberi kelegaan kepada sakit bersalin. Air tu juga adalah air steril (terpelihara dari kuman)
  • Ada 2 kaedah untuk bersalin cara ni iaitu bersalin sepenuhnya dalam air & mengawal sakit dalam air dan bersalin di luar.
  • Masa bersalin, suami pon boleh turut serta untuk beri sokongan kepada isteri dia yang sah. wakaka
Suami boleh temankan...
  • Orang selalu risau kalau bersalin dalam air ni, anak mereka mungkin akan lemas. Tapi sebenarnya tak. Sebab masa bayi lahir, dia tak terus bernafas untuk beberapa saat. Jadi, masa bayi keluar, dia akan terus disambut oleh doktor/bidan.
Keluar je, terus doktor sambut
  • Mesti orang bayangkan yang kolam tu nanti akan penuh dengan darah kan? Tapi tak. Darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. So, air kolam akan bersih dan doktor/bidan akan keluarkan uri lepas ibu yang bersalin tu keluar dari kolam. 
  • Di Malaysia, yang ada khidmat ni adalah di tempat Dr.Halina bersalin iaitu di Pusat Perubatan Pantai Bangsar,KL. Dan setakat ni, ada 2 kelahiran berjaya disambut. 1 kelahiran gagal. 
  • Di Malaysia memang ada permintaan untuk kelahiran cara ni tapi kebanyakannya adalah wanita Inggeris yang ikut suaminya bertugas kat sini.
  • Walaubagaimanapun, mana-mana kaedah kelahiran adalah proses yang kompleks, jadi terpulanglah kepada pasangan untuk pilih yang mana satu sebab setiap cara ada kemungkinan berlakunya kompilasi.

Sekian :)

Followers

Visitors

Page Views