28 December 2011

FACEBOOK ohhh Facebook

Lepas satu, satu masalah facebook aku ni..
Dah la aku tak dapat tengok komen rakan-rakan kat status and apa-apa la yang aku post. 
Sekarang, loading facebook plak lembab. Loading yang PELIK!!

Ce tengok kepelikan loading ni.. huhu

Macam bengong~~~


Kena viruskah? Di hack kah? 
huhuhu
Penyelesaian terbaik?? -----> Buat FB baru? 
hmmm, sayanglah FB lame ni.. 
adoiii~

25 December 2011

Keburukan memakan kepak ayam pada kaum wanita

Kepak Ayam Madu
Tak dapat disangkal lagi bahawa kepak ayam merupakan antara bahagian kegemaran pada seekor ayam untuk dimakan oleh manusia, terutamanya kaum wanita (skema siot ayat. hahaha). Aku sendiri suka part tu, tapi lepas terbaca pasal kepak ayam kat arshad-terunadara.blogspot.com/, aku perlu elak dan kurangkan makan part ni.. Kenapa? Ceritanya seperti berikut.....

Seorang wanita baru-baru ni mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista tu bila dikeluarkan dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia ingat lepas pembedahan, dia akan pulih. Tapi sebenarnya tidak. Selepas beberapa bulan pembedahan, sista tu tumbuh balik dan doktor tanya, adakah dia gemar memakan kepak ayam? Dia jawab YA. Wanita ni pun pelik, kenapa dan bagaimana doktor tu boleh tanya dan tahu pasal kegemaran dia ni.. Kenapa? Sambung baca lagi...

Terliur beb...
Ayam-ayam yang dijual di pasaran sekarang ni korang semua tahu kan, mereka disuntik dengan sejenis hormon supaya cepat membesar dan boleh dijual pada usia yang masih mentah. Hormon tu namanya steroid. Hormon ni selalu dan biasanya disuntik pada bahagian kepak atau leher. Kenapa? sebab di bahagian ini kepekatan hormon steroid adalah paling tinggi. Hormon ni mempercepatkan pertumbuhan badan. 

Pada wanita, hormon ni sangat bahaya kerana ia cenderung untuk merangsang pertumbuhan sista dalam rahim.

Oleh itu, aku nasihatkan, kurangkan memakan kepak ayam.. Tapi sebaik-baiknya, makan lah atau dapatkan ayam-ayam organik atau ayam kampung. Lebih selamat.. :)
Ayam kampungku

Sanggul Wanita

Assalamualaikum.. 

Sebagai peringatan untuk kawan2 yang gemar memakai sanggul macam ni. Untuk peringatan pada diri sendiri dan kawan2 lain.. Sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah.. Amin..


09 December 2011

Budak Melayu iras 'Mat Salleh'


KUALA LUMPUR - Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.
Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.
Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.
Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Sumber: kosmo.com.my

Banjir Kilat di Malaysia 2011

Banjir kilat adalah banjir yang berlaku secara serta-merta atau tidak disangka-sangka di kawasan bandar. Antara faktor-faktor banjir kilat adalah: 
  • hujan yang berterusan tanpa henti selama beberapa jam, 
  • sistem perparitan yang tidak teratur dan telah rosak, 
  • parit dan longkang yang tersumbat (sampah sarap), 
  • pembangunan yang berterusan namun tidak terancang, 
  • sikap penduduk setempat yang tidak bertanggungjawab menjaga kawasan persekitaran, 
  • cuaca yang tidak menentu, 
  • dan tiada arahan tegas kepada pihak pemaju supaya menjaga alam sekitar semasa membangunkan sesuatu kawasan.

Sistem perparitan yang kecil tidak dapat menampung jumlah air yang banyak semasa hujan lebat dan ini akan menyebabkan air melimpah dan menyebabkan banjir kilat.

Berikut merupakan gambar dan video banjir kilat yang berlaku di Kuantan, Kajang dan Shah Alam pada tahun 2011.

Banjir Kilat Kajang 





Banjir Kilat Kuantan








Banjir Kilat Shah Alam

02 December 2011

Wishlist~

Ada beberapa hajat aku.. 
Masih belum tercapai. 
So, slow-slow I'll get it with my own efforts. 
InsyaAllah :)

Left or Right??

Fire Red.. Ok x?


Present for my little brother


Ada lagi kot.. Tapi macam x berapa penting, so... Lupekan dulu. hehe

Istana Negara Jalan Duta

Seperti yang kita sedia maklum, Negara kita dah ada istana Negara yang baru iaitu yang terletak di Jalan Duta. Post kali ni, saya akan ‘bawa’ anda semua untuk mengenali istana baru Negara kita. Cewahh. 

psst: post kali ni agak panjang, harap x jemu membaca.. huhu


Pengenalan Istana Negara Jalan Duta

Istana Negara adalah tempat bersemayam rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Penekanan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu telah diberikan kepada istana yang berkeluasan 241.3 ekar / 97.65 hektar.

Pentadbiran istana ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011 (Jumaat) iaitu pada tempoh pemerintahan SPB YDA XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Manakala istiadat menaikkan bendera peribadi Baginda telah diadakan pada 15 November 2011 dan ini menandakan bahawa Istana Negara Jalan Duta secara rasminya menjadi Istana Negara di Malaysia.

Keunikan Binaan Istana Negara

Istana ini mempunyai 22 kubah dan 2 kubah terbesar direka bentuk seolah sirih bertindih dan pada waktu malam, cahaya daripada lampu hiasan yang menerangi kubah berkenaan akan member kesan ilusi yang sangat cantik.


Bilik Permaisuri

Chandelier buatan tempatan

Di dalam lobi utama, tetamu akan berada di bawah kubah utama setinggi 40 meter atau 10 tingkat bangunan yang mana menempatkan lampu chandelier terbesar, buatan tempatan yang dihasilkan di Kuala Selangor. Di sekeliling kubah yang disokong oleh tiang-tiang besar berbentuk bulat, terdapat 8 lukisan besar yang memaparkan sejarah Negara sejak zaman kesultanan Melaka hingga era sekarang.

Berbeza dengan Istana Negara Jalan Istana yang agak sempit dengan keluasan 11.34 hektar, istana di Jalan Duta adalah lebih luas dan membolehkan setiap dewan dan bilik dibina untuk tujuan khusus dan fungsi tertentu. Semua dewan dan bilik memaparkan lukisan, ukiran dan hiasan dalaman tradisional Melayu serta cirri-ciri Islam seperti corak geometri 3D, ukiran kalimah Allah dan lampu hiasan seperti yang banyak digunakan ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam, yang turut kelihatan pada binaan surau. Tuliasan ayat-ayat suci Al-Quran yang terpapar di sekeliling ruang dalaman dan bahagian mihrab surau dihasilkan oleh anak tempatan. Manakala singgahsana di Balairong Seri terdapat ukiran tradisional Melayu serta tulisan khat 99 Nama Allah dan ayat-ayat suci Al-Quran. Ukiran-ukiran tersebut dihasilkan oleh beberapa pengukir terkenal dari Terengganu dan Kelantan.

Bagi keseluruhan keluasan istana ini, hanya 65 hektar sahaja yang digunakan untuk pembinaan bangunan manakala selebihnya sebagai taman dan zon pemampan untuk keselamatan persekitaran istana.

Komponen Bangunan

Terdapat 3 komponen utama iaitu Komponen Formal, komponen Diraja serta komponen Pentadbiran.
Balairong Seri



Komponen utama/ Formal, menempatkan Balairong Seri, bilik untuk majlis menghadap, bilik menunggu sebelum majlis menghadap, Dewan Banquet bagi majlis santapan, Bilik Singgahsana Kecil dan Bilik Mesyuarat Majlis Raja-raja serta bilik menunggu bagi Duli-duli Yang Maha MuliaRaja-raja serta Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua, Yang Dipertua Negeri dan YAB Perdana Menteri, YAB Menteri-menteri Besar dan YAB Ketua-ketua Menteri. Juga terdapat ruang legar yang selesa bagi kegunaan tetamu serta Pejabat Keselamatan Istana.


Kamar Beradu

Komponen Diraja direka khusus untuk kegunaan SPB YDPA dan SPB RPA beserta kerabat Diraja Baginda yang meliputi Kamar Peraduan, Kamar Persiraman, Kamar Pejabat Seri Paduka Baginda YDA, Kamar Santapan, Tempat Istirehat serta Bilik Tetamu Diraja.

Komponen Pentadbiran pula menempatkan Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Datuk Paduka Mahraja Lela, Bahagian Urusan Diraja, Bahagian Istiadat, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Agama serta Bahagian Juruiring yang menjadi nadi pentadbiran dan pengurusan istana.
Ruang Bersiram Diraja


Bilik Persiapan

Kemudahan lain yang terdapat di istana ini adalah surau yang boleh menempatkan 1000 jemaah, bangunan sokongan, pejabat keselamatan, jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta, dataran pelawwat, tempat meletak kenderaan bawah tanah, dewan serbaguna, lif, escalator, bilik rawatan, tapak pendaratan helicopter, tempat tembakan meriam, stable kuda, gelanggang untuk bersukan serta kolam renang.



Laluan Istana Negara

Istana Negara Jalan Duta mempunyai 3 jalan masuk utama iaitu:
Pintu Gerbang Utama
Pintu Gerbang Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta. Pintu gerbang ini adalah bagi kegunaan SPB dan SPB RPA, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta Duli-duli Yang Maha Mulia Permaisuri-permaisuri Baginda, TYT YDP Negeri-negeri, Ketua-ketua Negara dan Ketua-ketua Kerajaan. Pintu gerbang utama ini juga menempatkan Pengawal istana dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja serta pengawal berkuda yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar Negara.

Pintu 2 terletak di Jalan Changkat Semantan adalah bagi kegunaan tetamu diraja serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di istana.

Manakala pintu 3 terletak di Jalan Sri Hartamas adalah bagi kegunaan rakyat yang berurusan dengan SPB dan SPB RPA serta pentadbiran istana dan tetamu-tetamu jemputan bagi menghadiri majlis di istana Negara.

Lain-lain gambar...


Tangga Utama



Sayap Diraja

Pintu Masuk Utama

Ruang Menunggu


Bilik Menghadap

Bilik Menunggu

Bilik Duta

Laluan Perkamaran
Tangga Utama

Sumber Teks dari : istananegara.gov.my 
Sumber Gambar dari : aleyanazuriq.com & princeregalia.blogspot

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views