02 February 2011

Intan Azi Nuridalis Azizan

Kalo korang baca nama ni, korang kenal x?? Aku..xkenal. tapi sekarang dah kenal. hahaha. Ape spesial tentang budak ni?? ha.. kalau korang tengok video yang pertama di, kemungkinan besar korang akan ingat dan tahu siapa pemilik nama yang agak panjang dan macam sedap ni (lagi sedap nama aku kot. ahaks)



Ha.. so, korang dah kenal and ingat?! Dia nila yang time kecik-kecik tu.. sangat comel bila menyanyi lagu Anuar Zain ni.. First time aku tengok video ni waktu kat matrik Johor. Lecturer aku tunjuk. Tapi, maaf, saya dah lupe lecturer mana yang show time tu. hehehehe.

Pagi tadi, aku jalan-jalan kat youtube, jumpe lagi satu video yang agak menarik. Budak kecik pompuan yang xde gigi menyanyi dan menari bagai superstar. Hahahhaa. Rupanya, budak Intan ni ha.. besar dah dia. Bila da besar ni, makan macam-macam lagulah yang dia nyanyi. Lagu Siti la.. Lagu Ella la.. Kalau dari kecik dah di ajar, and dia suka, makan sampai besarlah dia akan buat sebab dah jadi habit kan. Jadi, di sini saya sarankan agar anak-anak kita (bakal) di ajar dengan benda yang positif dan yang manis dipandang sahaja. hehehe.

Yang Intan ni, kira ok la.. Menyanyi je kot. cungkil bakat. Tapi kalo dah besar nanti, pandai-pandai la cari haluan yang lebih baik k. Peace ^.^v


Yang ni masa dia 3 tahun.


Mana gigi?? hahah. See, dia dah besar. Patut la aku macam kenal muka ni time first time tengok this video


Kat hotel pun sempat lagi kot..



Aku tengok, ramai gak view video-video dia ni.. boleh buat market ni dik. G la masuk bintang kecil ke.. :P

31 January 2011

InsyaAllah Mahir Zain Versi Bahasa Melayu

Ha.. saya suka lagu InsyaALLAH. Di kala saya sedih, saya akan nyanyi lagu ni untuk menaikkan kembali semangat dan mood yang telah hilang tu. InsyaAllah, ianya berkesan. Alhamdulillah (versi ustazah la malam ni. hehehe)

Korang da dengar ke belom? Aku baru je dengar, pastu trus post kat sini. Kira fresh lagi kot. Tengoklah video kat bawah ni. Pastu bandingkan dengan lagu yang original punya.





Pastu yang ni asal punya.


Kesimpulannya, semua lagu Maher Zain best-best belaka.. saya suka semua. hehehe

25 January 2011

Cam ni ke bisness ko budak?

Sekadar gambar hiasan

Kol 9 malam tadi, aku keluar ngan Maksu, paksu dan anak-anak mereka. Nak pergi uruskan beberapa perkara. So, kena la pergi cari tempat photostat dan ambil gambar. Ambil gambar dah settle kat Kedai tu. So, tanya nak photostat beberapa dokumen. Tanyela kat anak pemilik kedai tu. Laki-laki, semangat badan beb. Ade aku kesah?? huhuhu. Aku tengok kat situ, dia siap bawak homework, ada buku teks lagi. Okay, berbalik pada permintaan untuk photostat, ada 5 dokumen kot nk kena photostat. (berapa kali ulang photostat dah..huhu). Tapi nak dalam 2 copy je setiap selai tu. Dia boleh cakap, busy, lama nak photostat sebab banyak yang kena photostat. Mak dia uruskan tangkap gambar. Bila dah habis, mak dia tanya la maksu aku, ada apa-apa lagi tak?? maksu aku pun tanye pasal nak photostat. Mak dia jawab ape korang tau?? ''ha, boleh-boleh.. meh sini''. Boleh tak bandingkan jawapan mak ngan anak di tadi? Sengal betul buda semangat tu. Malas la tu nak buat. Kalau dah tau malas, xpayah datang kedai. Memenuhkan ruang jek. Siap bawak homework. Duduk jela rumah. Ish! geram aku.

Macam tu ke cara dia layan pelanggan. Menipu tak tau cara. Anti betul ngan orang perangai cam tu. Harap-harap aku x jumpe lagi orang macam tu... Semoga bisness kau bertambah maju. Peace :)

Thanks kat makcik (mak dia) sebab rajin layan pelanggan dengan baik :)

24 January 2011

Kenapa Facebook Warna Biru???


Ha, kenapa FB ni warna biru? Apesal x warna hijau ke, pink ke (untuk perempuan), maroon ke.. dan lain-lain warna yang korang suka.. Tapi kalau dapat pilih-pilih warna, best jugak kan! hahaha. Okay, yang masalahnye sekarang, biru adalah warna pilihan pengasas dia, Mark Zuckerberg. Kita sebagai pengguna, kena la ikut je. Tapi kalau korang nak jugak warna lain, pergi create Facebook sendiri. Hakhakahak. gurau :)

Okay, aku tak mahu citer kenapa FB ni warna biru dulu. Biar saye membebel sikit. Sikit je. hehehe. Sekanrang ni pengguna FB kat seluruh dunia dah berjumlah hampir 600 juta orang dan kalau jumlah ni di anggap sebagai populasi penduduk sesebuah negara, Negara Facebook ni berada di bawah populasi penduduk China dan India. Ha.. cube korang bayangkan. Punyalah ramai. Mesti banyak kebuluran.. huhuhu

okay, nak teruskan dengan kenapa FB ni warna biru & putih. Sebenarnya, si Mark ni buta warna. dia hanya boleh lihat warna biru dengan sempurna. Warna-warna lain, memang dia x dapat tengok dengan jelas especially warna hijau dan merah... Sekian..

Untuk berita lanjut, korang bley bace kat Kosmo ataupun kat bawah ni,.. Aku copy paste je balik.
Ha, pastu bley like page ni skali. Hehehhe. saye tolong promote je.. :)

FACEBOOK adalah kisah kejayaan luar biasa pemilik nama Mark Elliot Zuckerberg, lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari New York, Amerika Syarikat.
Dengan jumlah pengguna hampir 600 juta orang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Facebook itu mampu berada dalam senarai 40 individu bilionair dunia seperti yang diuar-uarkan majalah Forbes.
Sebuah laman berita, www.dailymail.co.uk menganggarkan sehingga 4 Januari lalu, nilai kekayaan yang dimiliki Zuckerberg berjumlah RM27.5 bilion (AS$9 bilion).
“Inisiatif pemuda ini untuk menghubungkan lebih daripada setengah bilion manusia dan memetakan jaringan sosial di kalangan mereka merupakan fenomena Internet masa kini.
“Berupaya menghasilkan satu bentuk pertukaran maklumat, Facebook juga boleh mengubah cara kita memanfaatkan hidup.
“Memang seharusnya pereka laman seperti ini diberi pengiktirafan,” jelas majalah Time yang yang menamakan Zuckerberg sebagai Person of The Year 2010.
Sehingga Disember lalu, dianggarkan seorang daripada 12 penduduk bumi memiliki akaun Facebook. Angka itu menyamai jumlah 550 juta pengguna.
“Andaikan Facebok adalah sebuah negara, ia merupakan negara ketiga yang mempunyai populasi penduduk tertinggi selepas China dan India.
“Jika dihitung masa yang diperuntukkan oleh setiap pengguna untuk melayari Facebook, jumlah masa yang dihimpun bersamaan dengan 700 bilion minit sebulan,” jelas Time lagi.
Mula beroperasi pada Februari 2004 di sebuah bilik di kampus Universiti Harvard, Zuckerberg yang ketika itu berada di tahun kedua membangunkan Facebook dibantu dua rakannya, Dustin Moskovitz dan Sean Parker.
Diberi nama thefacebook.com, perancangan asal mereka sekadar menyediakan jaringan komunikasi antara pelajar kampus untuk mengetahui perkembangan antara satu sama lain.
Selepas mendapat sambutan baik dan banyak permintaan supaya jaringan laman tersebut diperluaskan, Zuckerberg cuba mengembangkan rangkaian berdasarkan kepercayaan dalam perhubungan ke seluruh dunia.
“Bagi saya semua ini adalah kerja gila. Saya masih teringat perbualan saya dengan kawan-kawan di kolej. Ini yang kami mahukan tujuh tahun dahulu.
“Tetapi pada ketika itu, saya anggap impian itu hanya gurauan kerana kami adalah pelajar kolej. Kami tidak layak untuk melakukannya. Ini adalah kerja gila,” seloroh Zuckerberg.
Boleh diakses dalam 72 bahasa, Zuckerberg percaya komunikasi tidak sepatutnya tersekat hanya kerana faktor bahasa.
Malah dia sendiri sedang mempelajari bahasa Cina selain boleh menulis dan membaca dalam bahasa Perancis, Latin, Hebrew dan Greek kuno.
Mengenali anak lelaki tunggal kepada pasangan doktor gigi dan pakar psikiatri ini, Zuckerberg dibesarkan di Dobbs Ferry, New York, bersama tiga orang kakaknya.
Menurut bapanya, Edward, anaknya itu mempunyai sifat keyakinan diri yang tinggi.
“Sejak kecil, berbual dengannya boleh menjadi sesuatu yang mencabar.
“Bagi sesetengah budak, jawapan untuk mereka mungkin seringkas ya atau tidak. Namun bagi Zuckerberg, dia tidak mudah menerima atau mempersetujui sesuatu jika jawapan yang diberikan kepadanya adalah tidak.
“Jika anda ingin berkata tidak, sediakan hujah kuat yang disokong dengan fakta, pengalaman, logik dan alasan munasabah.
“Malah, kami pernah membayangkan dia akan menjadi peguam suatu hari nanti kerana sifat ingin tahunya itu berupaya mempengaruhi hampir 100 peratus keputusan juri,” kata Edward.
Biarpun bergelar bilionair, Zuckerberg lebih suka mengamalkan kehidupan yang sederhana.
Dia memilih untuk tinggal di sebuah rumah yang disewa di Palo Alto bersama teman wanitanya, Priscilla Chan, seorang penuntut tahun tiga jurusan perubatan di Universiti California, San Francisco.
Dia juga hanya memandu kereta Acura TSX berwarna hitam berharga RM97,000 (AS$32,000).
Semasa kecil, Zuckerberg diajar mengenali program asas komputer sebelum bapanya mengupah seorang pembangun perisian berpengalaman, David Newman untuk melatihnya secara peribadi.
Mendapat pendidikan awal di sekolah tinggi swasta tempatan, Zuckerberg kemudian meneruskan pelajaran ke Philip Exeter Academy di New Hampshire.
Selepas itu, dia menyambung pengajiannya ke Universiti Harvard dan mengambil kursus dalam dua bidang serentak iaitu psikologi dan sains komputer.
“Ramai yang tidak faham mengapa saya ambil dua jurusan yang berbeza. Saya selalu tertarik untuk tahu bagaimana dua perkara ini bergabung untuk membangunkan perkara yang baik,” ujarnya.
Membuka rahsia mengapa warna biru dan putih menjadi warna latar Facebook, Zuckerberg sebenarnya lelaki tampan yang buta warna.
Mengikuti temu bualnya bersama Time, banyak warna yang tidak mampu dilihat olehnya termasuk hijau dan merah. Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru dengan sempurna.

16 January 2011

Nuffnang akan di maintenancekan.

Korang, nanti Nuffnang akan dimantenancekan, so, jangan pelik kalo tetibe xnampak iklan Nuffnang kt blog korang atau blog lain yang korang lawati.

Sumber : Nuffnang.com.my


Kalau x nampak, aku dah copy ayat dia:


Dear Nuffnangers,
We will be carrying out a reconfiguration to our web server at 1am, 17 January 2011. The ETA for this downtime is 3 hours.
During this time Nuffnang related services will not be available and your ads will not show.
Thank you for your understanding.
Sekiannn :)

Followers

Visitors

Page Views