Seperti yang kita sedia maklum, Negara kita dah ada istana Negara yang baru iaitu yang terletak di Jalan Duta. Post kali ni, saya akan ‘bawa’ anda semua untuk mengenali istana baru Negara kita. Cewahh.
psst: post kali ni agak panjang, harap x jemu membaca.. huhu
Pengenalan Istana Negara Jalan Duta
Istana Negara adalah tempat bersemayam rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Penekanan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu telah diberikan kepada istana yang berkeluasan 241.3 ekar / 97.65 hektar.
Pentadbiran istana ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011 (Jumaat) iaitu pada tempoh pemerintahan SPB YDA XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Manakala istiadat menaikkan bendera peribadi Baginda telah diadakan pada 15 November 2011 dan ini menandakan bahawa Istana Negara Jalan Duta secara rasminya menjadi Istana Negara di Malaysia.
Keunikan Binaan Istana Negara
Istana ini mempunyai 22 kubah dan 2 kubah terbesar direka bentuk seolah sirih bertindih dan pada waktu malam, cahaya daripada lampu hiasan yang menerangi kubah berkenaan akan member kesan ilusi yang sangat cantik.
 |
Bilik Permaisuri |
 |
Chandelier buatan tempatan |
Di dalam lobi utama, tetamu akan berada di bawah kubah utama setinggi 40 meter atau 10 tingkat bangunan yang mana menempatkan lampu chandelier terbesar, buatan tempatan yang dihasilkan di Kuala Selangor. Di sekeliling kubah yang disokong oleh tiang-tiang besar berbentuk bulat, terdapat 8 lukisan besar yang memaparkan sejarah Negara sejak zaman kesultanan Melaka hingga era sekarang.
Berbeza dengan Istana Negara Jalan Istana yang agak sempit dengan keluasan 11.34 hektar, istana di Jalan Duta adalah lebih luas dan membolehkan setiap dewan dan bilik dibina untuk tujuan khusus dan fungsi tertentu. Semua dewan dan bilik memaparkan lukisan, ukiran dan hiasan dalaman tradisional Melayu serta cirri-ciri Islam seperti corak geometri 3D, ukiran kalimah Allah dan lampu hiasan seperti yang banyak digunakan ketika zaman kegemilangan kerajaan Islam, yang turut kelihatan pada binaan surau. Tuliasan ayat-ayat suci Al-Quran yang terpapar di sekeliling ruang dalaman dan bahagian mihrab surau dihasilkan oleh anak tempatan. Manakala singgahsana di Balairong Seri terdapat ukiran tradisional Melayu serta tulisan khat 99 Nama Allah dan ayat-ayat suci Al-Quran. Ukiran-ukiran tersebut dihasilkan oleh beberapa pengukir terkenal dari Terengganu dan Kelantan.
Bagi keseluruhan keluasan istana ini, hanya 65 hektar sahaja yang digunakan untuk pembinaan bangunan manakala selebihnya sebagai taman dan zon pemampan untuk keselamatan persekitaran istana.
Komponen Bangunan
Terdapat 3 komponen utama iaitu Komponen Formal, komponen Diraja serta komponen Pentadbiran.
 |
Balairong Seri |
Komponen utama/ Formal, menempatkan Balairong Seri, bilik untuk majlis menghadap, bilik menunggu sebelum majlis menghadap, Dewan Banquet bagi majlis santapan, Bilik Singgahsana Kecil dan Bilik Mesyuarat Majlis Raja-raja serta bilik menunggu bagi Duli-duli Yang Maha MuliaRaja-raja serta Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua, Yang Dipertua Negeri dan YAB Perdana Menteri, YAB Menteri-menteri Besar dan YAB Ketua-ketua Menteri. Juga terdapat ruang legar yang selesa bagi kegunaan tetamu serta Pejabat Keselamatan Istana.
 |
Kamar Beradu |
Komponen Diraja direka khusus untuk kegunaan SPB YDPA dan SPB RPA beserta kerabat Diraja Baginda yang meliputi Kamar Peraduan, Kamar Persiraman, Kamar Pejabat Seri Paduka Baginda YDA, Kamar Santapan, Tempat Istirehat serta Bilik Tetamu Diraja.
Komponen Pentadbiran pula menempatkan Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Datuk Paduka Mahraja Lela, Bahagian Urusan Diraja, Bahagian Istiadat, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Agama serta Bahagian Juruiring yang menjadi nadi pentadbiran dan pengurusan istana.
 |
Ruang Bersiram Diraja |
 |
Bilik Persiapan |
Kemudahan lain yang terdapat di istana ini adalah surau yang boleh menempatkan 1000 jemaah, bangunan sokongan, pejabat keselamatan, jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta, dataran pelawwat, tempat meletak kenderaan bawah tanah, dewan serbaguna, lif, escalator, bilik rawatan, tapak pendaratan helicopter, tempat tembakan meriam, stable kuda, gelanggang untuk bersukan serta kolam renang.
Laluan Istana Negara
Istana Negara Jalan Duta mempunyai 3 jalan masuk utama iaitu:
 |
Pintu Gerbang Utama |
Pintu Gerbang Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta. Pintu gerbang ini adalah bagi kegunaan SPB dan SPB RPA, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja serta Duli-duli Yang Maha Mulia Permaisuri-permaisuri Baginda, TYT YDP Negeri-negeri, Ketua-ketua Negara dan Ketua-ketua Kerajaan. Pintu gerbang utama ini juga menempatkan Pengawal istana dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja serta pengawal berkuda yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar Negara.
Pintu 2 terletak di Jalan Changkat Semantan adalah bagi kegunaan tetamu diraja serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di istana.
Manakala pintu 3 terletak di Jalan Sri Hartamas adalah bagi kegunaan rakyat yang berurusan dengan SPB dan SPB RPA serta pentadbiran istana dan tetamu-tetamu jemputan bagi menghadiri majlis di istana Negara.
Lain-lain gambar...
 |
Tangga Utama |
 |
Sayap Diraja |
 |
Pintu Masuk Utama |
 |
Ruang Menunggu |
 |
Bilik Menghadap |
 |
Bilik Menunggu |
 |
Bilik Duta |
 |
Laluan Perkamaran |
 |
Tangga Utama |