25 December 2011

Keburukan memakan kepak ayam pada kaum wanita

Kepak Ayam Madu
Tak dapat disangkal lagi bahawa kepak ayam merupakan antara bahagian kegemaran pada seekor ayam untuk dimakan oleh manusia, terutamanya kaum wanita (skema siot ayat. hahaha). Aku sendiri suka part tu, tapi lepas terbaca pasal kepak ayam kat arshad-terunadara.blogspot.com/, aku perlu elak dan kurangkan makan part ni.. Kenapa? Ceritanya seperti berikut.....

Seorang wanita baru-baru ni mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista tu bila dikeluarkan dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia ingat lepas pembedahan, dia akan pulih. Tapi sebenarnya tidak. Selepas beberapa bulan pembedahan, sista tu tumbuh balik dan doktor tanya, adakah dia gemar memakan kepak ayam? Dia jawab YA. Wanita ni pun pelik, kenapa dan bagaimana doktor tu boleh tanya dan tahu pasal kegemaran dia ni.. Kenapa? Sambung baca lagi...

Terliur beb...
Ayam-ayam yang dijual di pasaran sekarang ni korang semua tahu kan, mereka disuntik dengan sejenis hormon supaya cepat membesar dan boleh dijual pada usia yang masih mentah. Hormon tu namanya steroid. Hormon ni selalu dan biasanya disuntik pada bahagian kepak atau leher. Kenapa? sebab di bahagian ini kepekatan hormon steroid adalah paling tinggi. Hormon ni mempercepatkan pertumbuhan badan. 

Pada wanita, hormon ni sangat bahaya kerana ia cenderung untuk merangsang pertumbuhan sista dalam rahim.

Oleh itu, aku nasihatkan, kurangkan memakan kepak ayam.. Tapi sebaik-baiknya, makan lah atau dapatkan ayam-ayam organik atau ayam kampung. Lebih selamat.. :)
Ayam kampungku

No comments:

Post a Comment

Followers

Visitors

Page Views