![]() |
| Dr.Sheikh Muszaphar & Dr.Halina |
Menurut suaminya, kaedah bersalin dalam air ni adalah pilihan Dr.Halina sebab dia cakap akan rasa kurang sakit dan lebih natural.
Dr.Sheikh cakap yang dia dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa dan mereka banyak membaca tentang cara-cara mendidik anak-anak dan dapat nasihat jugak dari kedua-dua parents. Hal ini supaya anak mereka berjaya dalam agama, negara dan bangsa.
Sekarang ni Dr.Halina adalah doktor bius di Hospital Selayang manakala Dr.Sheikh bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa.
_________________________________________________________________________________
Sedikit info pasal proses kelahiran dalam air
- Kaedah ni dah popular di AS & UK sejak tahun 1980-an lagi. Tapi di Malaysia, ia tidak begitu diterima rakyat Malaysia sebab agak bertentangan dengan adat & budaya sesetangah kaum di negara ini.
- Kelebihan: sebagai 1 altenatif tambahan bagi ibu yang tak mahu gunakan sebarang intervensi (vacum, ubat bius), memberi perasaan rileks apabila ibu berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Posisi yang selamat semasa bersalin adalah bertinggung.
![]() |
| Gambar hiasan |
- Suhu suam air (37degree celcius) akan memberi kelegaan kepada sakit bersalin. Air tu juga adalah air steril (terpelihara dari kuman)
- Ada 2 kaedah untuk bersalin cara ni iaitu bersalin sepenuhnya dalam air & mengawal sakit dalam air dan bersalin di luar.
- Masa bersalin, suami pon boleh turut serta untuk beri sokongan kepada isteri dia yang sah. wakaka
![]() |
| Suami boleh temankan... |
- Orang selalu risau kalau bersalin dalam air ni, anak mereka mungkin akan lemas. Tapi sebenarnya tak. Sebab masa bayi lahir, dia tak terus bernafas untuk beberapa saat. Jadi, masa bayi keluar, dia akan terus disambut oleh doktor/bidan.
![]() |
| Keluar je, terus doktor sambut |
- Mesti orang bayangkan yang kolam tu nanti akan penuh dengan darah kan? Tapi tak. Darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. So, air kolam akan bersih dan doktor/bidan akan keluarkan uri lepas ibu yang bersalin tu keluar dari kolam.
- Di Malaysia, yang ada khidmat ni adalah di tempat Dr.Halina bersalin iaitu di Pusat Perubatan Pantai Bangsar,KL. Dan setakat ni, ada 2 kelahiran berjaya disambut. 1 kelahiran gagal.
- Di Malaysia memang ada permintaan untuk kelahiran cara ni tapi kebanyakannya adalah wanita Inggeris yang ikut suaminya bertugas kat sini.
- Walaubagaimanapun, mana-mana kaedah kelahiran adalah proses yang kompleks, jadi terpulanglah kepada pasangan untuk pilih yang mana satu sebab setiap cara ada kemungkinan berlakunya kompilasi.
Sekian :)



