Showing posts with label niat sahur dan berbuka puasa. Show all posts
Showing posts with label niat sahur dan berbuka puasa. Show all posts

07 August 2011

Ketahui 6 Kelebihan Bersahur!


Harini dah seminggu berpuasa. Tapi berapa ramai antara anda yang bangun sahur? Ramai lagi yang tak tahu yang mana waktu bersahur ni sebenarnya adalah antara waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka. InsyaAllah..

Bagi mereka yang bersahur, Allah akan memberi keuntungan yang berlipat ganda. Selain daripada mereka memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siang, mereka juga akan memperoleh berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Okay, jom tengok antara 6 kelebihan bersahur di bulan Ramadhan ni:


  1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
  2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
  3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
  4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
  5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
  6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
  7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur. 

Kalau dah bersahur tu mestilah kena baca niat kan? Ha, jangan lupa baca niat sahur & berbuka okay. 

p/s: Copy paste dari Harian Metro Online.

Jom Teladani Puasa Rasulullah s.a.w.


      DALAM ibadat puasa Ramadan, Rasulullah telah menunjukkan teladan yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud: “Apabila seorang dari kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah- sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.”
       Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang yang berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih harum dari bau kasturi.
Antara langkah berpuasa yang diambil oleh Rasulullah kita dalam berpuasa dan elok kita teladani adalah : 
  • Memantapkan niat – Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.” (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). Untuk bacaan niat boleh tengok Niat Sahur & Berbuka Puasa.
  • Melaksanakan makan sahur – Anas bin Malik r.a. telah berkata telah bersabda Rasululla SAW. yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya. (riwayat Muslim). Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu adalah ganjaran pahala dari Allah. Sahur akan menguatkan lagi semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.
  • Imsak Rasulullah – Rasululalh SAW. bersabda : “Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya”. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). Keadaan yang digambarkan oleh hadis tersebut ialah kepada seseorang yang terlewat ketika bangun untuk makan sahur.
  • Mempercepat berbuka – Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Telah berfirman Allah SWT: “Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba masanya”. (riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah).
  • Memperbanyak membaca al-Quran – Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka kepada mereka Allah akan menurunkan kelemahan batin dan limpahan rahmat. (riwayat Muslim). Barang siapa yang membaca satu huruf al-Quran, maka pahala untuknya sepuluh kali ganda. Namun membaca dalam konteks hadis di atas adalah ketenangan dan limpahan rahmat akan lebih mudah dicapai bila tadarus diertikan dengan mempelajari, menelaah dan menikmati al-Quran.
  • Memperbanyakkan sedekah – Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan. Bersedekah bukan hanya memberi wang, tetapi termasuklah mengajak orang lain berbuka puasa di rumah kita terutama kepada golongan fakir miskin.


     Orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk.Segala tingkah laku mestilah mencerminkan budi yang luhur dengan menjauhi kelakuan tidak sopan seperti mengumpat, mengeji dan sebagainya sehingga membawa kepada Allah tidak menerima amalan puasanya itu.
        Rugi rasanya jika kita membiarkan Ramadan yang sedang kita tempuhi ini berlalu begitu saja sedangkan ganjaran yang sedang menanti adalah terlalu banyak.
      Lakukan sesuatu yang terbaik di sisi Allah kerana pada setiap malam bulan Ramadan ada suara yang memanggil: “Wahai orang yang melakukan kebajikan terus tingkatkan apa yang kamu lakukan itu. Wahai orang yang lalai, hentikanlah segera akan kelalaian yang sedang engkau lakukan. Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus, menghapuskan dosa dan memasukkan kita dalam golongan manusia yang bebas dari api neraka.”
Selamat berpuasa dari aku & ehem2.. 

p/s: copy paste je dari Harian Metro Online.

31 July 2011

Niat Bersahur dan Berbuka Puasa

Harini 30hb Julai 2011 dan esok, InsyaAllah kita yang berada di Malaysia ni akan menyambut 1 Ramadhan.. Dah bersedia atau belum?? Aku, insyaAllah dah.. hehhehe.

Puasa tahun ini mengingatkan aku semasa berpuasa di perantau. Chewah. Teringat time berpuasa kat Sabah dulu. Time jadi student. Puasa ngan kawan je.. Family jauh di sana. hahaha. Tahun lepas puasa dan raya paling best sebab aku laluinya dengan Family. Kali ni, suasana berpuasa jauh dari keluarga berulang lagi. Kali pertama berpuasa di Negeri Pahang, lebih spesifik lagi, di Kuantan. Kalau kat Sabah dulu, bersahur pagi gila. Tapi berbuka cepat, jam 6 petang dah buka dah. hehehe. Teringat pulak susah payah berpuasa kat sana dengan sahabat baik. Semua dah jadi kenangan yang indah. :)

Okay, stop pasal cerita dulu2...

Post pagini nak share dengan korang pasal niat bersahur dan berbuka puasa. Manalah tau kan kot2 ada yang terlupa macam mana nak berniat. Huhuhu. Okay, niat sahur dan berbuka ada kat bawah ni..

Niat bersahur
Niat berbuka puasa
Aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam yang berpuasa. Semoga radhan kali ini adalah lebih baik dari ramadhan yang lepas2 dan bersama-sama kita mencari keberkatan dan menjadi muslim yang lebih baik. InsyaAllah. :)

Untuk korang tengok waktu imsak dan berbuka puasa di seluruh Malaysia, korang boleh klik kat Portal JAKIM ni tau.

 Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H / 2011M

Followers

Visitors

Page Views