12 August 2011

Security untuk Account Facebook



Ha, sekarang ni kan da kcoh pasal godam2 kan. Godam ape aku pon x tahu la. Hahaha. Tapi kat sini nak post pasal cara-cara untuk bagi security kat akaun korang supaya nanti tak delah kena godam. InsyaAllah mujarab. Aku dapat info ni dari facebook member, siti nadirah. Hehe.

Facebook telah berubah sekali lagi tanpa pemberitahuan. Sila lihat pada URL anda (top box pada skrin anda). Jika anda lihat "http" atau hanya "www" dan bukannya "https", anda TIDAK mempunyai sesi yang selamat & boleh digodam.Pergi ke ---> Tetapan Akaun (Account Settings) ---> Keselamatan (Security) ---> (Secure Browsing) ---> klik Edit.Right kat kotak, klik Simpan

Mula-mula korang pergi kat account

Pastu klik kat account setting

Pastu klik kat security dan secure browsing.  Pastu klik edit dan tanda pada bahagian yang ada kotak tu. Pastu save.

Sebelum 
selepas

Hasilnya kat link korang tu akan ada https://www.facebook.com dan ada lambang kunci mangga di situ.

 Dah siap... so, InsyaAllah pasti account korang x digodam.. huhu. 

07 August 2011

Ketahui 6 Kelebihan Bersahur!


Harini dah seminggu berpuasa. Tapi berapa ramai antara anda yang bangun sahur? Ramai lagi yang tak tahu yang mana waktu bersahur ni sebenarnya adalah antara waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka. InsyaAllah..

Bagi mereka yang bersahur, Allah akan memberi keuntungan yang berlipat ganda. Selain daripada mereka memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siang, mereka juga akan memperoleh berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Okay, jom tengok antara 6 kelebihan bersahur di bulan Ramadhan ni:


  1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
  2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
  3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
  4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
  5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
  6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
  7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur. 

Kalau dah bersahur tu mestilah kena baca niat kan? Ha, jangan lupa baca niat sahur & berbuka okay. 

p/s: Copy paste dari Harian Metro Online.

Jom Teladani Puasa Rasulullah s.a.w.


      DALAM ibadat puasa Ramadan, Rasulullah telah menunjukkan teladan yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud: “Apabila seorang dari kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah- sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.”
       Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang yang berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih harum dari bau kasturi.
Antara langkah berpuasa yang diambil oleh Rasulullah kita dalam berpuasa dan elok kita teladani adalah : 
  • Memantapkan niat – Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.” (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). Untuk bacaan niat boleh tengok Niat Sahur & Berbuka Puasa.
  • Melaksanakan makan sahur – Anas bin Malik r.a. telah berkata telah bersabda Rasululla SAW. yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya. (riwayat Muslim). Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu adalah ganjaran pahala dari Allah. Sahur akan menguatkan lagi semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.
  • Imsak Rasulullah – Rasululalh SAW. bersabda : “Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya”. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). Keadaan yang digambarkan oleh hadis tersebut ialah kepada seseorang yang terlewat ketika bangun untuk makan sahur.
  • Mempercepat berbuka – Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Telah berfirman Allah SWT: “Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba masanya”. (riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah).
  • Memperbanyak membaca al-Quran – Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka kepada mereka Allah akan menurunkan kelemahan batin dan limpahan rahmat. (riwayat Muslim). Barang siapa yang membaca satu huruf al-Quran, maka pahala untuknya sepuluh kali ganda. Namun membaca dalam konteks hadis di atas adalah ketenangan dan limpahan rahmat akan lebih mudah dicapai bila tadarus diertikan dengan mempelajari, menelaah dan menikmati al-Quran.
  • Memperbanyakkan sedekah – Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan. Bersedekah bukan hanya memberi wang, tetapi termasuklah mengajak orang lain berbuka puasa di rumah kita terutama kepada golongan fakir miskin.


     Orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk.Segala tingkah laku mestilah mencerminkan budi yang luhur dengan menjauhi kelakuan tidak sopan seperti mengumpat, mengeji dan sebagainya sehingga membawa kepada Allah tidak menerima amalan puasanya itu.
        Rugi rasanya jika kita membiarkan Ramadan yang sedang kita tempuhi ini berlalu begitu saja sedangkan ganjaran yang sedang menanti adalah terlalu banyak.
      Lakukan sesuatu yang terbaik di sisi Allah kerana pada setiap malam bulan Ramadan ada suara yang memanggil: “Wahai orang yang melakukan kebajikan terus tingkatkan apa yang kamu lakukan itu. Wahai orang yang lalai, hentikanlah segera akan kelalaian yang sedang engkau lakukan. Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus, menghapuskan dosa dan memasukkan kita dalam golongan manusia yang bebas dari api neraka.”
Selamat berpuasa dari aku & ehem2.. 

p/s: copy paste je dari Harian Metro Online.

03 August 2011

Jom Translate Nama Japanese Korang!


Nak tau nama korang in Japanese?

Meh sini translate sendiri. 

Aku dapat dari page ape tah kat FB tadi. heheheh

Layan~


A= ka

B=tu

C= mi

D= te

E= ku

F=lu

G= ji

H= ri

I= ki

J= zu

K= me

L= ta

M= rin

N= to

O= mo

P= no

Q= ke

R= shi

S= ari

T= chi

U= do

V= ru

W=mei

X= na

Y= fu

Z= zi

Kalau nama aku yang AKMA tu bila dah translate jadi 

------> ka me rin ka <------

(macam action kamen da....)

Selamat mencuba! :D

01 August 2011

Ikan keli albino terbesar!!


LONDON: Ikan gergasi ini membolehkan seorang pemancing warga Britain mencatatkan rekod baru.

Ikan itu, yang ditangkap oleh Chris Grimmer adalah ikan keli albino paling besar pernah ditangkap oleh seorang pemancing.

Ikan sepanjang 2.44 meter itu dan seberat 88 kilogram adalah satu kilogram lebih berat daripada yang ditangkap oleh wanita buta, Shelia Penfold, tahun lalu.

Chris, 35, menghabiskan masa 30 minit untuk cuba menaikkan ikan keliberkenaan selepas ia memakan umpannya.

Pemancing berasal dari Sheffield itu meraikan kejayaannya mencatatkan rekod baru itu dengan mengadakan jamuan bersama rakannya di tebing Sungai Ebro, berhampiran Barcelona, Sepanyol.

Ikan itu sungguh besar hingga menyebabkan batang pancing Chris bengkok dua apabila haiwan itu memakan umpan palet ikan halibut.

Suasana menjadi riuh di tebing sungai dengan orang ramai bersorak dan bertepuk tangan ketika dia menaikkan ikan berkenaan.

Sheila Penfold dari Wandsworth, selatan London, menangkap ikan keli albino seberat 86 kilogram pada Oktober tahun lalu.

Ikan keli terbesar pernah ditangkap di dunia ialah seberat 292 kilogram, Ikan Gergasi Mekong, yang ditangkap di Thailand pada 2005. - DM

p/s: sumber : Harian Metro

Followers

Visitors

Page Views