17 July 2016

Perfumes yang Terhangat Di Malaysia - De'Xandra

Tercari-cari perfumes yang murah, mampu milik dan setanding perfumes original?

Jom cuba De'Xandra. Dah la boleh bawa solat sebab alkoholnya dari ekstrak tebu (Halal) dan telah memenangi pelbagai awards dalam Malaysia tau. 


List Perfumes Dexandra







Top Selling For Men & Women

Harga Seluruh Malaysia

Kelebihan Dexandra


Nak join dropship bersama Team Saudagar Perfumes? Whatsapp 010.839.6589 sekarang!!

                                Nak join dropship bersama 
                    Team Saudagar Perfumes? 
             Whatsapp 010.839.6589 sekarang!!

Baju Baby dan Kanak-kanak yang tersangat cantik Di Sini!!!!

Assalamualaikum... hakak ade bisnes baru ni.. Jual Baju Baby dan Kanak-kanak. Harga Berpatutan. Kualiti Terbaik dari ladang. Design baju pon meletop-letop tau. Tak caya p serbu kat Facebook Page akak FanPage Baju Budak Online dan Instagram Baju Budak Online . Dah usya tu jangan lupa Like & Follow k.. hehe

Sesuai untuk dijadikan hadiah, pakaian hari raya / event tertentu macam parti harijadi, majlis akikah, majlis perkahwinan dan lain-lain.











Cantik-cantik kan?

Nak tengok lagi baju-baju?? 

Sila Ke:


&


12 January 2015

(Tips) Kenapa Mr.H tak mau Sleep Mode??

Dah dua hari Mr.H tak nak tidur. Asek berjaga je.. huhu

Penat charge, lama gila nak full. Pastu mestilah bazir elektrik kan.. huuuuu

Ingatkan nak p hantar kedai je tadi. Tiba-tiba dapat idea nak solve prolem ni.

Type je kat google 'Mr.H sleep mode not working'

Terus keluar suggestion.

So, biar saya share cara penyelesaiannya.


Pergi kat Setting dan pilih Power


Lepas tu UNTICK kat Fast Boot tu


Kemudian, tekan power button lama-lama untuk restart. Jangan click kat Restart tu. Biarkan dia restart sendiri. Dah Off Mr.H tu, baru benti tekan power button.

Senang je rupanya...

Okay, selesai.. Dah boleh sleep mode my Mr.H.. hehehe

Mr.H first selfie.. hehehe. Mr.H tu, HTC One lah. 



13 December 2014

Si Hitam & Si Putih

Assalamualaikum semua.. :D

Harini saya nak share tentang Lada Hitam / Black Pepper dalam bahasa Omputehnya. tergerak hati nak update pasal lada hitam ni sebab haritu masa majlis sambut menantu kat Kedah, jiran mak mertua saya a.k.a tokwan, jamu kami makan and ada lada hitam. hehe. First time saya tengok buah lada hitam yang masih muda dan pokoknya sekali.
Buah lada hitam fresh dari pokok

Rasa pedas, tapi best sangat dapat rasa yang fresh

Daun pokok lada hitam seakan-akan daun sirih

Macam pokok sirih kan dari jauh...

Okay, dah tengok buah lada hitam, sekarang saya nak cerita serba sedikit pasal black pepper.

Sedikit info / sejarah tentang lada hitam
Pokok lada hitam (Piper Nigrum) ni adalah spesis pokok berbunga memanjat yang berasal dari selatan negara India. Sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembab. Pokok ni ditanam untuk buahnya yang mana digunakan sebagai rempah dan perisa. Selalu kan ada masakan black pepper, sos black pepper la, nugget black pepper la, etc.

Pada masa ini, negara pengeluar dan penggeksport lada hitam terbesar di dunia adalah Vietnam, diikuti oleh India, Indonesia dan Brazil. Di Malaysia, penanaman lada hitam yang terkenal adalah di Sarawak (hampir 98% pengeluaran lada hitam Malaysia).

Apa beza lada hitam dan lada putih??
Buah lada hitam yang kat pokok ni lebih dikenali sebagai 'beri' yang berwarna hijau dan lembut pada peringkat awal pembentukannya. Bila dah matang, ia bertukar menjadi warna hijau tua dan menjadi keras. Setiap beri lada mempunyai biji tunggal yang diselaputi isi buah (mesokarpa). piperine, chavisine dan piperettine.
Lada hitam matang - Lada putih - Lada Hitam



Buah Lada Hitam dari dekat. hehe
Lada hitam terdiri daripada keseluruhan beri yang telah matang tetapi belum masak kemudian dikeringkan (dijemur di bawah cahaya matahari) manakala lada putih diproses dengan merendam buah lada dalam air bersih yang mengalir untuk membuang isi buah (perikarpa) sebelum dikeringkan di bawah cahaya matahari. Rasa pedas kedua-dua jenis lada ini adalah disebabkan oleh kehadiran alkaloid

Lada Hitam Di Sarawak
Di Sarawak, lada hitam mula ditanam sejak tahun 1856, namun hanya ditanam secara meluas bermula pada tahun 1900-an. Kini, penanaman lada hitam merupakan salah satu tanaman kontan yang menjadi tpunca pendapatan bagi kira-kira 67,000 penduduk di pedalaman Sarawak. Banyak ditanam di daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei dan anggaran keluasan kawasan penanamannya sebanyak 13,000 hektar. 

Malaysia mengeksport sebanyak 19,748 tan metrik pada tahun 2004 dan 18,824 tan metrik pada tahun 2002 yang mana masing-masing bernilai RM113.2 juta dan RM120 juta. Kira-kira 70% lada keluaran Sarawak dieksport dalam bentuk lada hitam, dan selebihnya sebagai lada putih, jeruk lada, lada nilai tambah dan produk hasil lada yang lain.

Kegunaan Lada Hitam
Lada hitam merupakan rempah terkenal yang selalu digunakan dalam masakan. Selain itu, lada hitam juga baik untuk kebaikan kesihatan. Boleh tengok kat sini : kegunaan lada hitam.


Sumber Rujukan
Lada Hitam 1
Lada Hitam 2
Kegunaan Lada Hitam

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views