31 October 2010

31 Oct Halloween Rupanya..

Kat FB td, agak ramai la yang sebut pasal Halloween. Termasukalah artis kite, akak Fasha Sandha.. Aku yang tak biasa dengan perayaan tu, macam tertanya-tanya. Kenapa sambut Halloween? berapa haribulan sambut? Bukanlah aku berminat nak sambut. Lagipun, itu perayaan orang2 barat. And aku pun tak tau ape hukumnya kalau orang Islam menyambut perayaan tu. Ermm, maybe someone boleh tolong explain sikit?? hehehe. Tapi untuk entry kali ni, aku nak kongsi pasal sejarah Halloween dan gambar-gambar labu je.. Sebab tadi tengok akhbar Metro, ade banyak koleksi-koleksi Labu yang diukir. cam menarik je kan..

Kalau kat Malaysia, terkenal dengan Labu Sayong.. Tapi kat negara-negara barat, labu diukir untuk perayaan Halloween. Walaupun labu sayong kat Malaysia ni bukan dibuat daripada labu, kenapa dinamakan bekas air tu sebagai LABU Sayong?? ha, inipun kena ada seseorang yang explain.. hehehe. okay, sambung pasal Halloween balik~~~~

Halloween disambut pada 31 October setiap tahun, dan disambut meriah di Amerika Syarikat. Tradisi ni berasal dari Irlandia yang mana kemudiannya orang Irlandia berimigrasi ke Amerika Utara. Halloween ni dirayakan oleh kanak0kanak terutamanya dengan memakai kostum seram dan pergi dari 1 pintu ke pintu rumah orang minta coklat sambil cakap "Trick or treat" yang mana bermaksud "Beri kami (coklat) atau kami jahili". Kalau sesiapa yang tak beri coklat, mereka akan membuat onar (wah3..ayat..haha), tak la... Dorang akan 'hiaskan' pokok-pokok depan rumah orang tu dengan tisu tandas atau conteng tingkap rumah tu dengan sabun. 

Hallooween lebih sinonim dengan labu yang diukir dengan bentuk wajah yang seram yang disebut Jack-o'-lantern. Dalam labu tu akan diletakkan lilin atau lampu. So, bila diletakkan di tempat gelap, akan ada cahaya yang akan memberi kesan seram mengikut corak labu tu. Selalunya dilatakkan di hadapan pintu rumah bila hari mulai gelap. Bagi pengusaha ukiran labu khususnya, perayaan Halloween merupakan suatu bissness yang menguntungkan sebab labu-labu dan ukirang mereka memang mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Kat bawah ni merupakan antara ukiran-ukiran labu yang menarik dan kreatif! Happy browsing! :)








Mozilla Firefox pun ade..








Patrick's pumpkin

The Simpson's family



Spiderman's Pumpkin



Sebelum api lilin dinyalakan

Watak starwars pun ade..


The mummy




Yoda





Spongebob 

Spiderman's Pumpkin

Predator.. Ni seram kan??



Tak ketinggalan, Micheal Jackson punya labu...

ni baru sikit. Kalau korang nak tengok lagi ukiran2 labu, search sajelah kat Google tu.. hehehe. k, Chow! 




30 October 2010

Piala Malaysia 2010 milik KELANTAN.. Tahniah!!

Tahniah kepada pasukan Kelantan sebab telah berjaya menjulang Piala Malaysia untuk tahun 2010. Kalau tahun lepas, team Negeri Sembilan, tahun ni bertukar tangan pulak. Biasalah tu, kalah menang adat pertandingan.. Separuh masa pertama, Negeri Sembilan mendahului 1-0. Dan pada separuh masa kedua, nasib menyebelahi Kelantan hasil tandukan si botak (lupe nama dia. hehehe) menjadikan keputusan seri 1-1.

Lepas tu, pasukan rusa seolah-olah hilang corak permainan yang batul (hahaha. pandai2 je aku cakap) bila Ketua pasukan Aidil terpaksa dikeluarkan sebab dah tercedera.. beberapa minit pastu, Kelantan sekali lagi menjaringkan gol, menjadikan Kelantan mendahului 2-1.


Aku sebagai penyokong setia pasukan Negeri Sembilan terpaksa akur dengan keputusan ni. Lagi pun memang corak permainan Kelantan best dan menarik. Korang memang layak menang. :D
Pasukan Negeri Sembilan lagilah hebat! cuma nasib tak menyebelahi tahun ni je.. (poyoo kejap boleh?? haha)

Keputusan rasmi, Kelantan menang 2-1.
(Kelantan menang 2-1, hasil jaringan Hairuddin (56″) dan Badri (64″) dan Pasukan Negeri Sembilan dirembat oleh Shahurain pada minit ke 13 penalti.)


Kepada pasukan rusa, tahun depan mesti cuba lagi untuk layak ke final seterusnya menjulang Piala Malaysia 2011 pulak. InsyaAllah.. Jangan risau sebab aku akan setia menyokong pasukan Negeri Sembilan. ehhehehe.

Majulah Sukan Untuk Negara!


Hobin Jang Hobin!!!!


p/s: prepare untuk Piala FA pulak.. hehe

27 October 2010

PAUL THE OCTOPUS HAS DIED

Ini bukan Paul. Ni adik dia. Cute kan? hahaha


Sorry kalau entry ni agak lewat. Aku rasa, ramai yang dah tau yang Paul ni dah xde lagi hayatnya dikandung badan. huhuhu. Semenjak Piala Dunia Bola Sepak lepas, Paul ni jadi glamour sebab dia mempunyai keistimewaan dalam menilik pasukan mana yang akan menang nanti. Dan dan dia tilik pasukan aku (Argentina) kalah. hampeh betul. Paul ni mati dengan tenang ( menurut penjaga akuarium tempat dia tinggal) sebab punca semulajadi. Nak cakap dah tua, sotong kurita kan boleh hidup lama.. Entah la. Dah ajal kot. hehe.

Mangsa judi dan bookey.


Paul ada fan page kat FB. Ni ha : Official Fanpage Paul.. Masa berita kematian dia disebarkan, fan page ni dapat lebih 150 mesej takziah. antara Ucapannya : "Paul, we will never forget you. We love you," "There will never be an octopus as cool as you again," Pastu Paul ade jugak cakap "It seems, my time has come, finally. Take care everybody. Hugs and don't forget me."  Macam tau2 je kan.


Waktu WC, bukan sahaja pasukan bola yang popular, kadang2 Paul ni lagi femes. hahaha. Sampai ade tilikan yang dia buat, then pasukan yang kalah ugut nak mensushikan si sotong ni. haha. 



Mayat Paul sekarang disejukbekukan sebab nanti nak buat pusara kecil untuk dia. hurmm, sampai macam tu skali. Kat bawah ni, aku letakkan video tilikan final WC oleh si sotong ni..




Nasib baik si Paul sempat ramal yang Rusa akan menang 30hb ni! heheheh


Didoakan agar Paul tenang di sana. RIP..


23 October 2010

Hobin Jang Hobin!!! :P

Bestnye akak dapat pegi. (ini tah sape2 punya pic. saye rembat je. jgn marah kak)


Alhamdulillah, Negeri Sembilan menang lagi. Amin.. Setelah pertarungan sengit dengan Johor FC tadi, nasib akhirnya menyebelahi pasukan Negeri Sembilan. Dan bagi aku, team JFC main dengan sangat baik. Bukan senang beb pasukan kelab nak sampai tahap cmni kan.. Tahniah to pasukan Johor!!! 

Menjerit2 even selsema n batuk bersama abah, ade aku heran?? hahaha. Kan best kalau dapat g stadium tu kan. Merasai kemeriahan menonton perlawanan pasukan pilihan.. Tapi, belum masanya lagi. Tunggu la aku da kawen nanti.. hahaha. perlukah??? :P

Yang x best masa lawan tadi, penyokong Johor banyak buat sampah kat padang.. and jurulatih pasukan Johor yang sangat tak profesional... hmmmm...


Nasib kat rumah ni ada dua TV. So, abah tengok bola, ibu tengok Tv 3.. saya cam biase, join abah. hehehe. Tapi last2, ibu join gak tengok bola.. Kami kan  3 3 anak negeri. hehe.

30hb Oct ni N9 akan lawan Kelantan pulak. Asek2 lawan Kelantan je kan.. Sure da banyak pengalaman pemain dan penonton.. ehem3,,,,..hahaha. Untuk kedua-dua pasukan, selamat maju jaya diucapkan. Jangan main kotor. mainlah dengan penuh semangat kesukanan. majulah sukan untuk negara. Cewah.. haha.

Lawan Kelantan lagi...

Pemain terbaik game tadi..

Berjayakah Anak Didik Wan Jamak Wan Hassan membawa pulang Piala Malaysia lagi??? Doakan ye! :D




Lastly, I Love You! And do your best!! 
saya sentiasa mendoakan kemenangan sang rusa!!! 


p/s: aku hanya excited dengan game yang melibatkan N9 je.. hehe





Lagu favorite masa Match football! hehehe. layannn



21 October 2010

Konvokesyen Pertama Saya Di Universiti Malaysia Sabah - UMS-

Setelah diluluskan oleh Senat UMS, aku akhirnya berjaya untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Sains Sekitaran. 3 tahun tersadai di Borneo, habis jugak aku study kan..huhu. Alhamdulillah. Walaupun result biase-biase je.. Sedih gak. Itula, siapa suruh main-main dulu kan? ha..padan muka. Bila dah konvo sekali ni, rasa nak konvo lagi.. Tapi, nanti dulu la.. Keje dulu k.. Pastu ingatkan nak sambung Master. InsyaAllah.. :)

Konvo aku ni tak banyak gambar. Nasib ada ibu, abah dan Hijrah datang. kalaulah tak de sesiapa yang datang.. Lagi lah sayu. Kawan baik tak datang..huhuhu. Nasib juga ada dak Tqah Redzuan.. kalau nak tahu, bapak kitorang ni satu kampung. kat mana? kat Felda Pasir Besar, Negeri Sembilan..

Ok la.. tengoklah beberapa keping gambar yang ade. Ha, konvo aku hari Ahad, 10/10/10. Sidang 4 jam 2petang sampai 4.30petang lebih kurang..

Ambil ijazah dari Naib Canselor UMS. Thanks Dato' Seri! 


Muka sedih apehal? haha. my coursemates, wish u all the best! :)



Potret keluarga konon. Tapi sayang, ada lagi 2 adik yang x dapat ikut.. huhuhu

Hijrah..


Nasib baik ada ibu dan abah yang boleh tolong aku pakai jubah dan hood ni..

NI la orang sekampung tu.. hehehe.

Takdir telah menemukan dua buah keluarga. Nasib ko xde abang Tqah. ahhahaa




Nak konvo lagi! 







Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views