18 September 2011

Haiwan-haiwan Albino di Dunia (Part I)

Post kali ni pasal haiwan-haiwan albino yang wujud kat dunia. Ilham datang bila aku ter-tengok iklan kat Astro Ria pasal Gorila Albino. So, dengan kadar segera dan excitednya, aku pon men-google-kan haiwan-haiwan albino.

Pertama sekali, biar aku bagi maksud albino : Dari istilah biologi, albino terjadi apabila organisma (manusia / haiwan) yang kekurangan pigmen pada rambut (bulu) dan kulit, yang mana mengakibatkan bahagian berkenaan kelihatan luar biasa putih (Kamus Dewan Bahasa Edisi-4).

So, selamat meng-skrol yek! ;)

Aligator albino: dari 2 juta haiwan ini di US, hanya 40 sahaja yang albino.  Diberi nama "White Diamond", dia dibawa mengembara untuk pertunjukan haiwan-haiwan reptilia, 'Land der Reptilien'.

Katak albino sebenarnya adalah perkara biasa. 19 ekor katak albino di atas adalah katak albino jantan yang mana disediakan oleh pemindahan nuklear ke dalam telur katak hijau gelap betina, sebagai sebahagian daripada percubaan pengklonan haiwan.

Penguin albino ini merupakan satu dalam sejuta penguin yang dilahirkan di Zoo Bristol pada 2002. Diberi nama 'Snowdrop' dan dilahirkan bersama-sama adik beradik lain yang berwarna hitam putih.

Monyet Pygmy albino ini dilahirkan di Zoo Froso, Ostersund pada 2006. Tetapi meninggal dunia beberapa jam selepas dilahirkan di dalam kurungan. Monyet pgymy merupakan monyet terkecil di dunia yang hanya dapat membesar hampir 100gram dan sepanjang 35cm sahaja.

Ikan paus albino ini deberi nama 'Moby', pertama kali dilihat pada tahun 1990-an da kemudian dikesan sebanyak 30 kali. Moby dipecayai adalah seekor paus albino jantan.

Tupai albino hanya terdapat 10 dalam setiap 1 juta dan mempunyai jangka hayat yang singkat kerana mereka mudah dilihat oleh pemangsa dan mangsa.

Salji albino @ rusa salji ini mempunyai kulit bewarna putih dan mata bewarna merah jambu telah ditemui oleh pemburu. Mengikut zoologis, rusa albino terdapat satu dalam 100,000.

Kanggaru albino adalah jarang berlaku dan terdapat hanya di Zoo Australia  secara ekslusif. Setiap hari penjaga zoo meletakkan pelindung matahari ka atas kandang supaya kulit mereka tidak terbakar akibat sinaran matahari.

Pelican albino ini dijumpai di Curitiba, Parana, Brazil.

Pemilik Zoo, Manny Tango memegang ular sawa albino berusia 10 tahun yang diberi nama 'Cheesecake'. Cop!!!! ular camni saya dah pernah pegang. berat giler okeyh! heehee

Ade banyak lagi weh aku nak letak.. Tapi penat. Sambung time aku rajin k. hehehe.

Followers

Visitors

Page Views