25 June 2011

(Video) Sepah Maharaja Lawak~ Tahniah!

Tahniah Sepah sebab menang. Aku x berapa suka Sepah sebab lawak dia cam lucah2 jek. Hehehe. Aku lebih minat pada Jozan. Btw, aku x kesah pon.

Berikut merupakan keputusan rasmi:


  1. Sepah
  2. Jozan
  3. Nabil
  4. Jambu


Kat bawah ni antara video dorang pada pertandingan akhir Maharaja Lawak 2011. Layan~~~

Sepah


Jozan


Nabil



Jambu


Masa Pengumuman Keputusan

22 June 2011

Warga Malaysia Yang dah capai 1 Juta like kat FB

Entri kali ni aku nak share pasal pemilik2 facebook yang mana peminatnya dah mencapai dan melebihi angka 1 juta. Mereka terdiri daripada golongan artis terutamanya. Namun begitu terdapat juga public2 figure lain seperti pemimpin negara kita. Ok, jom tengok. Siapa mereka tu.. Zassss~

Lisa Surihani

Zizan Raja Lawak

Aznil Hj Nawawi

Scha Al-Yahya

ha.. ade lagi x sesiapa yang dari Malaysia yang facebooknye dah mencapai 1Juta? Boleh share. Sharing is caring. hee

19 June 2011

Lembu naik V6 tu....

Tadi online Harian Metro, pastu terbaca berita pasal lembu naik naik V6. Rupanya, orang curi lembu. 3 lelaki menyamar kononnya anggota polis yang buat rondaan mencegah jenayah. Last-last dia mencuri seekor lembu jantan di Simpang Guthre, Tebong. Tapi cubaan mereka gagal bila salah seorang daripada 3 orang tu ditahan polis pagi semalam. 

Kejadian sekitar 3.45 pagi, ketiga-tiga lelaki tu berusia 40-an. Mereka menyumpit 5 ekor lembu pada mulanya yang mana lembu tu berada dalam pagar rumah seorang penduduk. Berani je sumpit2 lembu dalam pagar rumah orang! Pemilik rumah dan lembu tu sedar bila penculik tu asyik berlegar-legar di sekitar kawasan rumah dia dan dia terus hubungi polis. Akhirnya pihak polis berjaya tangkap kesemua penculik selepas adegan kejar mengejar. Aku malas ar nak cerita. Korang boleh baca kat sini, berita penuh. 

Penculik2 tu memakai lambang polis pada pakaian mereka. Bajet polis ar. Ha, bila lembu tu dah kena sumpit dan rebah sebab lalok, dorang angkat masuk dalam kereta V6 yang dah diubah suai. Nak tengok macam mana lembu tu naik V6?? hehehe. kat bawah ni. 
Lembu pun dapat naik V6. Untunglah..

Susulan dari berita ni, aku terus teringatkan lembu-lembu uwan atok aku kat kampung. Tapi lembu kami aku x perasa lah pernah kena curi or tak. Tapi kambing jantan kitorang pernah di kidnapped. Dah la kambing tu handsome.  huhuhu. Aku pernah tanya kenapa yang jantan je selalu jadi sasaran pencuri, pastu abah cakap sebab market value dorang tinggi. Sentiasa ada pembeli. Contohnya restoran2.. Owh..patutlah.. 
Lembu kat kampung

Kambing kami time kecik. Cute an

p/s: Kena sentiasa berhati-hati dan pastikan haiwan peliharaan korang terutamanya yang jantan untuk sentiasa balik rumah. Kalau x.. Nanti mungkin mereka naik van ke, kancil ke, lori ke.. huhuhu

18 June 2011

(Tahniah) Anak Perempuan PM Bertunang

Sesi bersalaman kot. hehehe


Tahniah aku ucapkan pada anak PM Najib kita, Nooryana Najwa @ Noorhayana Najwa (konfius sebab ada yang tulis nama dia Nooryana, ada tulis Noorhayana ) atas pertunangan dia dengan pilihan hati, Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam. 


Dengar kata, lelaki tu adalah lelaki Kazakhstan. huhu. Untunglah...  Majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga, rakan dan orang-orang kenamaan sahaja. Antara yang turut hadir adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.


Turut berangkat ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, Menteri Kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan Kerajaan Pusat dan negeri.


Hadir sama, ibu Najib, Tun Hajah Rahah Mohamad Noah. 


Kenamaan asing yang hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan isteri, Sheikha Salam Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud. 


Anak PM dan tunangnya

Nooryana Najwa, 22, adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York. 


Waktu Najwa konvo ambil Bachelor of Science in Foreign Service degree du universiti Georgetown AS yang berusia 222 tahun! (sumber gambar konvo)
 

p/s: sumber dari sini & sini

17 June 2011

12M : Panduan Atasi Ketagihan Merokok

Assalamualaikum kawan2 (haha). Seperti yang aku janjikan pada post yang lepas, entri kali ini aku nak postkan sesuatu yang berguna untuk orang-orang yang sedang berfikir cara-cara untuk mengatasi masalah ketagihan. Ketagihan ape? ha,,,, ketagihan merokok tau. Bukan ketagihan berfacebook. huhuhu.

Ada 12 panduan untuk atasi ketagihan merokok ni. Sebab tu tajuk kat atas 12M. Okay, Jom baca apa panduan-panduan tu..


  1. MELENGAH-LENGAHKAN --- Lengahkan tindak balas ataupun perasaan korang bila korang rasa nak merokok. Kalau waktu tu rokok ada kat tangan, jangan terus petik lighter tu. Tapi tangguh-tangguh dulu dalam 5 minit. Dah 5 minit, tangguh lagi 5minit. Ha...last2 nanti korang lupa la nak merokok. hihihih. Setiap kali nak merokok, katakan NANTI. Tapi waktu kena buat kerja penting, jangan ar cakap nanti. Rokok ni dengan kerja penting korang tu sama level ke?? huhu
  2. MENARIK NAFAS PANJANG --- Ni paling senang nak buat. Tarik nafas panjang 3x dengan perlahan-lahan.
  3. MINUM AIR --- Minum air banyak-banyak terutamanya air suam @ air masak @ air mineral. Jangan minum air berkafein macam kopi atau teh sebab kalau minum air ni, membuatkan korang rasa nak merokok lepas minum air-air tu. Minum air jus buah pon sedap ape... hehehe
  4. MEMBUAT SESUATU --- Buat sesuatu yang berfaedah supaya korang dapat alihkan fikiran dan mata korang dari rokok. Contohnya macam bersiar-siar, bersenam, jogging, membaca buku, berkebun. Korang boleh gak buat benda lain yang korang suke macam online ke, sms, calling2.. Tapi, kan lebih baik kalau berbakti pada alam sekitar. Dapat gak faedah. hihii
  5. MENGUNYAH SESUATU --- Kunyah lah gula-gula getah ke, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Lebih bagus kalau korang kunyah makanan yang berkhasiatkan macam buah-buahan. Elakkan dari kunyah benda-benda manis macam gula-gula. Nanti gigi korang jugak yang jadi mangsa. Kesian gigi. huhu
  6. MANDI @ BASUH TANGAN --- Kalau korang kat rumah, korang mandilah. Best ape mandi! hahaha. Tapi kalau korang kat tempat kerja or tengah jalan-jalan, basuh tangan pun dah cukup. Lakukan panduan nombor 6 ni setiap kali korang rasa nak merokok.
  7. MELAKUKAN SENAMAN RINGAN --- Bersenam regangan bila korang rasa mengantuk sebab x merokok. Tapi waktu senaman regangan korang kenalah alihkan fikiran dari rasa nak merokok. 
  8. MEMOHON DOA --- Berdoalah pada tuhan supaya Dia menguatkan azam korang untuk berhenti merokok.
  9. MENJAUHKAN DIRI --- Sebaik-baiknya jauhkan diri daripada kawan-kawan yang merokok. Nanti korang da nampak dia merokok, korang pun sama meleleh air liur nak merokok gak. Tapi kalo tak nak jauhkan diri, boleh je.. Test satakat mana nafsu nak merokok korang tu. haha
  10. MENYIBUKKAN DIRI --- Sibukkan diri korang dengan benda-benda yang berfaedah. Kalau dah rasa xde benda berfaedah korang boleh buat, erm.. hentam jela. asalkan x buat benda-benda yang boleh buat korang ketagih. x kisahlah ketagih ape pun.. erm, faham2 la ok? hehe
  11. MEDITASI --- Lakukan meditasi untuk korang lupakan rokok!
  12. MENGELAKKAN DIRI --- Cuba elakkan diri daripada merasa bosan atau situasi yang mendorong korang kepada merokok. 

InsyaALLAH kalau korang bersungguh untuk berhenti merokok, korang mesti akan berjaya. Kalau ade yang cakap x boleh, sebenarnya dia x cuba sehabis baik kot?? huhhu.

04 June 2011

Dah 3 Bulan

Ha.. pejam celik pejam celik... Dah 3 bulan.. Rasa macam lama dah. Tapi tak lama pun.. Semoga ada lagi yang baru lepas ni... InsyaAllah.

I love cats

Sebenarnya.....

Dah 3 bulan tak update blog ni. Banyak halangan.. huhuhu. Nanti lah. Tunggu jek.. Akan post something yang bermakna untuk semua. ahahaha. 

Bye, 

Assalamualaikum :)

Followers

Visitors

Page Views