13 December 2014

Si Hitam & Si Putih

Assalamualaikum semua.. :D

Harini saya nak share tentang Lada Hitam / Black Pepper dalam bahasa Omputehnya. tergerak hati nak update pasal lada hitam ni sebab haritu masa majlis sambut menantu kat Kedah, jiran mak mertua saya a.k.a tokwan, jamu kami makan and ada lada hitam. hehe. First time saya tengok buah lada hitam yang masih muda dan pokoknya sekali.
Buah lada hitam fresh dari pokok

Rasa pedas, tapi best sangat dapat rasa yang fresh

Daun pokok lada hitam seakan-akan daun sirih

Macam pokok sirih kan dari jauh...

Okay, dah tengok buah lada hitam, sekarang saya nak cerita serba sedikit pasal black pepper.

Sedikit info / sejarah tentang lada hitam
Pokok lada hitam (Piper Nigrum) ni adalah spesis pokok berbunga memanjat yang berasal dari selatan negara India. Sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembab. Pokok ni ditanam untuk buahnya yang mana digunakan sebagai rempah dan perisa. Selalu kan ada masakan black pepper, sos black pepper la, nugget black pepper la, etc.

Pada masa ini, negara pengeluar dan penggeksport lada hitam terbesar di dunia adalah Vietnam, diikuti oleh India, Indonesia dan Brazil. Di Malaysia, penanaman lada hitam yang terkenal adalah di Sarawak (hampir 98% pengeluaran lada hitam Malaysia).

Apa beza lada hitam dan lada putih??
Buah lada hitam yang kat pokok ni lebih dikenali sebagai 'beri' yang berwarna hijau dan lembut pada peringkat awal pembentukannya. Bila dah matang, ia bertukar menjadi warna hijau tua dan menjadi keras. Setiap beri lada mempunyai biji tunggal yang diselaputi isi buah (mesokarpa). piperine, chavisine dan piperettine.
Lada hitam matang - Lada putih - Lada Hitam



Buah Lada Hitam dari dekat. hehe
Lada hitam terdiri daripada keseluruhan beri yang telah matang tetapi belum masak kemudian dikeringkan (dijemur di bawah cahaya matahari) manakala lada putih diproses dengan merendam buah lada dalam air bersih yang mengalir untuk membuang isi buah (perikarpa) sebelum dikeringkan di bawah cahaya matahari. Rasa pedas kedua-dua jenis lada ini adalah disebabkan oleh kehadiran alkaloid

Lada Hitam Di Sarawak
Di Sarawak, lada hitam mula ditanam sejak tahun 1856, namun hanya ditanam secara meluas bermula pada tahun 1900-an. Kini, penanaman lada hitam merupakan salah satu tanaman kontan yang menjadi tpunca pendapatan bagi kira-kira 67,000 penduduk di pedalaman Sarawak. Banyak ditanam di daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei dan anggaran keluasan kawasan penanamannya sebanyak 13,000 hektar. 

Malaysia mengeksport sebanyak 19,748 tan metrik pada tahun 2004 dan 18,824 tan metrik pada tahun 2002 yang mana masing-masing bernilai RM113.2 juta dan RM120 juta. Kira-kira 70% lada keluaran Sarawak dieksport dalam bentuk lada hitam, dan selebihnya sebagai lada putih, jeruk lada, lada nilai tambah dan produk hasil lada yang lain.

Kegunaan Lada Hitam
Lada hitam merupakan rempah terkenal yang selalu digunakan dalam masakan. Selain itu, lada hitam juga baik untuk kebaikan kesihatan. Boleh tengok kat sini : kegunaan lada hitam.


Sumber Rujukan
Lada Hitam 1
Lada Hitam 2
Kegunaan Lada Hitam

09 December 2014

10 Jenis Buah-Buahan yang Membantu Dalam Mencantikkan Kulit Anda!!



1. Betik - Untuk kulit yang bercahaya. Betik mengandungi serat, vitamin C dan banyak kalsium, yang membantu mekanisme tubuh untuk berfungsi dengan lancar. Betik juga membantu dalam detoksifikasi darah dan kaya dengan antioksidan, pastinya gabungan yang sempurna untuk kulit yang berseri. 

2. Pisang - Untuk kulit lebih lembut. Pisang kaya dengan zat besi, magnesium, kalium dan vitamin A, B dan E. Kaya dengan vitamin E, ia menjadikan kulit lembut. Dan juga membantu dalam menghapuskan tanda-tanda penuaan atau kedutan.
 

3. Epal - Semulajadi untuk kulit anda. Menempelkan epal di muka anda akan melembapkan kulit dan meningkatkan tekstur keseluruhan. Epal hijau juga rawatan yang berkesan anti-jerawat. Epal juga membantu anda untuk menghilangkan bawah mata lingkaran hitam. Manakala, vitamin A dan vitamin C di dalamnya menjadikan kulit anda kelihatan berkilat. 

4. Anggur - Untuk kulit yang licin. Anggur kaya dengan flavonoid, yang baik untuk kulit dan kesihatan anda. Anggur kaya dengan antioksidan dan anti-radang. Selain dimakan secara mentah, jus juga membantu dalam mencegah jerawat dan memudarkan parut jerawat dari kulit. Anggur mengandungi asid hidroksil yang juga membantu untuk menjaga kulit dan menghilangkan kedutan kulit anda.

5. Mangga - Buah mangga menyediakan pelbagai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Kaya dengan vitamin A dan antioksida, mangga membantu dalam membuat kulit lembut dan juga senada. Ia juga membantu dalam memulihkan keanjalan kulit dan kesesakan liang kulit anda. Mangga juga mengekalkan kolesterol anda di bawah paras yang sepatutnya.
 


6. Lemon Menghilangkan noda kulit. Jus atau kulit buah-buahan ini adalah ubat ajaib dalam menghapuskan noda dan tanda jerawat dari kulit anda. Buah yang kaya dengan vitamin C juga membantu dalam pembersihan kulit dengan sempurna. Selain itu, lemon juga mempunyai kuasa mencerahkan kulit. itulah sebabnya ia banyak digunakan dalam produk rawatan kecantikan.

7. Kiwi - Mengekalkan kulit muda. Kiwi adalah salah satu sumber utama vitamin C yang setanding dengan lemon. Ia membantu meremajakan kulit yang rosak.

8. Oren - Untuk mengetatkan kulit. Seperti kebanyakan buah-buahan sitrus, oren kaya dengan vitamin C dan baik untuk pembinaan kolagen kulit anda. Malah, kulit buah-buahan ini dan jus banyaknya digunakan dalam krim anti-penuaan, kerana ia membantu dalam mengetatkan kulit anda. Oren juga kaya dengan vitamin B1, yang membantu untuk meningkatkan sistem imuniti badan.

9. Raspberries- Untuk peremajaan kulit. Raspberi kaya dengan antioksidan, serat dan vitamin C. Komponen ini membantu anda berasa segar, memberikan tekstur yang baik untuk kulit anda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin C membantu untuk meremajakan kulit anda, dengan itu menjadikannya berasa segar dan sihat.

10.  Prun - Untuk menurunkan kilo! Prun adalah dari keluarga kismis yang mempunyai banyak serat di dalamnya. Mereka membantu sistem penghadaman dan membantu dalam pengeluaran toksin dari badan. Prun membantu anda untuk menjadi kekal aktif. Di samping itu, serat larut dalam jus prun juga membantu anda untuk mengekalkan atau mengurangkan berat badan.

Semoga Bermanafaat! :D

Followers

Visitors

Page Views