Páginas

09 December 2010

2 Jam di Nilai 3

Entry kali ni aku nak cerita pasal 2 jam aku kat Nilai 3. Kalau korang nak tau, ni kali pertama aku datang sini. Huahuahua. Entry lepas aku cakap pasal 3 Jam di MAHA 2010, tapi entry harini pun berlaku pada hari yang sama, cuma masa berbeza. Aku datang Nilai 3 lepas balik dari MAHA 2010. Dari jam 3.30ptg sampai 4.30ptg, Aku merayau kat Nilai 3 dengan uwan, atok, ibu dan lain-lain penduduk kampung. hahaha. :P

Kat sini ada jual secara borong. Antara yang dijual yang sempat aku tengok adalah kain-kain ela, tudung-tudung yang latest, karpet, barangan perabot kayu, lampu-lampu hiasan dan lain-lain lagi. So, aku tunjukkan gambar-gambar yang aku ambil, bacela caption dia untuk info-info lain okay! :)
Peta ke Nilai 3


Tikar macam ni memang femes skg. cantik dan selesa..

Kain ela.. murah..murah..murah.. beli bnyk boleh kurang harga lg x?? hehehehe

Perhiasan untuk dinding yg berunsur Islamik.. Ada ayat-ayat suci al-quran dan lain-lain..
Cermin ni sesuai diletakkan kat dinding rumah. p/s: abadikan kenangan je. dah ada duit, baru boleh beli. hehee

Cermin ni unik kan. mcam sarang burung da..hehe

Hiasan dinding berunsurkan bunga-bungaan.

Ni antara kedai-kedai di Nilai 3 yang menjual kain ela dan tudung. Tapi aku xpernah lak masuk. Lalu je.

Tudung banyak giler... Boleh tawar harga tau

Kain ela lagi...

Jam dinding berukiran. 
Surau dan masjid kat Nilai 3. Aku rasa, perlu penambahbaikan sebab tandasnya kecik, tapi menjadi perhatian orang ramai.
Sempat snap pic seorang pembeli.. hehe. banyak tu. Tapi biasala kalau pergi Nilai 3.. hehehe
Kat Nilai 3 jugak banyak dijual barang2 untuk perkhahwinan macam barang hantaran, bunga telur dan lain2.. Tapi, aku x berpeluang pergi tengok. belum masanya lagi. hehehe

Okay la. Rasanya itu je yg aku boleh kongsikan sebab itu je yang aku sempat rakamkan. Ha, haritu aku beli (tapi atok bayar) kerusi yang untuk bersantai tu. Xde lak gambau kat sini. Selalu kedai-kedai lain RM 100++. Tapi atok belik 3 biji, dapat sebiji RM 55. huhu. Pastu beli tudung (Ibu n uwan punya) dan kain cotton ela. Secara rasminya, aku x membeli ape-ape.. Sedihnye.. :'P

p/s: Cam biasa, tempoh masa 2 jam kat Nilai 3 adalah tidak mencukupi..hahahahaha


No comments:

Post a Comment

Recent Visitors

Visitors

Page Views