25 July 2011

Isteri Sheikh Muszaphar Bersalin Kaedah Dalam Air

Post semalam fasal Baby Astronaut lahir, pagi ni fasal cara kelahiran baby tu pulak. Sumber info dari Kosmo Online 24/7/2011.
Dr.Sheikh Muszaphar & Dr.Halina
Tambahan untuk post semalam, Sheikh Muszaphar adalah rakyat Malaysia dan orang Islam pertama di dunia (kalau x silap) yang berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di sana selama 10 hari menjalankan pelbagai penyelidikan; pasangan Dr. ni berkahwin pada 10 Oktober 2010 (sama dengan tarikh aku konvo pulak) dan dapat baby pada 21 Julai 2011. Dr Halina ambil masa 18jam untuk lahirkan baby ni iaitu masuk hospital jam 2 pagi hari Jumaat dan lahirkan baby pada jam 9.08 malam.

Menurut suaminya, kaedah bersalin dalam air ni adalah pilihan Dr.Halina sebab dia cakap akan rasa kurang sakit dan lebih natural.

Dr.Sheikh cakap yang dia dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa dan mereka banyak membaca tentang cara-cara mendidik anak-anak dan dapat nasihat jugak dari kedua-dua parents. Hal ini supaya anak mereka berjaya dalam agama, negara dan bangsa.

Sekarang ni Dr.Halina adalah doktor bius di Hospital Selayang manakala Dr.Sheikh bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa.
_________________________________________________________________________________

Sedikit info pasal proses kelahiran dalam air
Info dari : sini & sini

  • Kaedah ni dah popular di AS & UK sejak tahun 1980-an lagi. Tapi di Malaysia, ia tidak begitu diterima rakyat Malaysia sebab agak bertentangan dengan adat & budaya sesetangah kaum di negara ini.
  • Kelebihan: sebagai 1 altenatif tambahan bagi ibu yang tak mahu gunakan sebarang intervensi (vacum, ubat bius), memberi perasaan rileks apabila ibu berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Posisi yang selamat semasa bersalin adalah bertinggung.
Gambar hiasan
  • Suhu suam air (37degree celcius) akan memberi kelegaan kepada sakit bersalin. Air tu juga adalah air steril (terpelihara dari kuman)
  • Ada 2 kaedah untuk bersalin cara ni iaitu bersalin sepenuhnya dalam air & mengawal sakit dalam air dan bersalin di luar.
  • Masa bersalin, suami pon boleh turut serta untuk beri sokongan kepada isteri dia yang sah. wakaka
Suami boleh temankan...
  • Orang selalu risau kalau bersalin dalam air ni, anak mereka mungkin akan lemas. Tapi sebenarnya tak. Sebab masa bayi lahir, dia tak terus bernafas untuk beberapa saat. Jadi, masa bayi keluar, dia akan terus disambut oleh doktor/bidan.
Keluar je, terus doktor sambut
  • Mesti orang bayangkan yang kolam tu nanti akan penuh dengan darah kan? Tapi tak. Darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. So, air kolam akan bersih dan doktor/bidan akan keluarkan uri lepas ibu yang bersalin tu keluar dari kolam. 
  • Di Malaysia, yang ada khidmat ni adalah di tempat Dr.Halina bersalin iaitu di Pusat Perubatan Pantai Bangsar,KL. Dan setakat ni, ada 2 kelahiran berjaya disambut. 1 kelahiran gagal. 
  • Di Malaysia memang ada permintaan untuk kelahiran cara ni tapi kebanyakannya adalah wanita Inggeris yang ikut suaminya bertugas kat sini.
  • Walaubagaimanapun, mana-mana kaedah kelahiran adalah proses yang kompleks, jadi terpulanglah kepada pasangan untuk pilih yang mana satu sebab setiap cara ada kemungkinan berlakunya kompilasi.

Sekian :)

3 comments:

  1. Adus.. ada ka orang nak buat kaedah bersalin dalam air kat Malaysia nie. Kena banyak pendedahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ja yang buat.. tapi masih x meluas lah. beberapa hospital je yang buat macam ni sebab kosnya tinggi

      Delete
  2. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete

Followers

Visitors

Page Views