25 January 2011

Cam ni ke bisness ko budak?

Sekadar gambar hiasan

Kol 9 malam tadi, aku keluar ngan Maksu, paksu dan anak-anak mereka. Nak pergi uruskan beberapa perkara. So, kena la pergi cari tempat photostat dan ambil gambar. Ambil gambar dah settle kat Kedai tu. So, tanya nak photostat beberapa dokumen. Tanyela kat anak pemilik kedai tu. Laki-laki, semangat badan beb. Ade aku kesah?? huhuhu. Aku tengok kat situ, dia siap bawak homework, ada buku teks lagi. Okay, berbalik pada permintaan untuk photostat, ada 5 dokumen kot nk kena photostat. (berapa kali ulang photostat dah..huhu). Tapi nak dalam 2 copy je setiap selai tu. Dia boleh cakap, busy, lama nak photostat sebab banyak yang kena photostat. Mak dia uruskan tangkap gambar. Bila dah habis, mak dia tanya la maksu aku, ada apa-apa lagi tak?? maksu aku pun tanye pasal nak photostat. Mak dia jawab ape korang tau?? ''ha, boleh-boleh.. meh sini''. Boleh tak bandingkan jawapan mak ngan anak di tadi? Sengal betul buda semangat tu. Malas la tu nak buat. Kalau dah tau malas, xpayah datang kedai. Memenuhkan ruang jek. Siap bawak homework. Duduk jela rumah. Ish! geram aku.

Macam tu ke cara dia layan pelanggan. Menipu tak tau cara. Anti betul ngan orang perangai cam tu. Harap-harap aku x jumpe lagi orang macam tu... Semoga bisness kau bertambah maju. Peace :)

Thanks kat makcik (mak dia) sebab rajin layan pelanggan dengan baik :)

No comments:

Post a Comment

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views