21 July 2011

(Penting!) Nilai SAR sebagai salah satu faktor pemilihan telefon bimbit


Assalamualaikum.. Lame dah tak update blog. Harini post pasal SAR. Ape tu SAR? Korang baca la kat bawah okay. hehe. Dapat idea pasal topik ni waktu lecturer class aku, Dr. Wahid punye subjek td. Baru aku tau kewujudan SAR ni. Penting tau. Untuk kesihatan korang. Bace lagi kalau nak tau..

SAR ni singkatan daripada Specific Absorption Rate. Ianya adalah pengukuran bagi jumlah elektromagnetik yang diserap masuk pada tisu badan semasa kita menggunakan telefon bimbit. Semakin tinggi SAR, maka semakin banyaklah radiasi yang diserap.

Di Eropah, European Union Council telah ditetapkan SAR sebanyak 2.0 W/kg dalam 10g tisu. Di sana, semua operator pengeluaran telefon bimbit telah setuju untuk mengikut syarat tu dalam menghasilkan telefon bimbit mereka. Tapi di US, Cellular Telecommunications and Internet Association (CTIA) telah menetapkan SAR sebanyak 1.6 W/kg dalam 1g tisu. 

Bagi korang, jumlah SAR yang ada pada telefon bimbit ni penting atau x?? PENTING tau sebab radiasi yang masuk dalam tisu badan kita adalah sangat berbahaya dan boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk seperti kanser otak!!!!! 

Untuk pengguna telefon bimbit nokia, korang boleh cek SAR telefon korang kat sini: Nokia SAR Value. Kalau tengok kat kotak telefon bimbit pon boleh. Kat situ ada tulis SAR. Cetengok2.

Berikut merupakan antara cara bagaimana untuk mengurangkan pendedahan kita terhadap radiasi telefon:

  • Gunakan TB untuk hal-hal penting je dan buat panggilan singkat je. (lagi lama korang gayut, lagi banyak tisu korang serap radiasi!)
  • Sms je, x payah call
  • Elakkan guna TB waktu signal kurang. (kalau signal kurang, radiasi akan lagi banyak ditarik untuk dapatkan signal yang lebih banyak. Jadi, cari tempat yang ada signal yang baik untuk buat calls) 
  • Guna TB kat kawasan luar, jangan guna dalam bangunan. Ataupun buka tingkap semasa buat panggilan telefon. Jadi, senanglah radiasi tu nak masuk kt fon. Pastu masuk kt tisu korang. huhuhu
  • Jauhkan seberapa boleh telefon tu dari kepala kita. (Tapi janganlah sampai x dengar kan. Untuk lebih baik, buat loudspeaker)

  • Elakkan dari sentuh aerial semasa telefon on dan jauhkan telefon dari eyes, testicles, breasts and internal organs. 

  • Hadkan penggunaan TB jika anda mengandung.
  • Tutup (switch off) jika telefon tidak digunakan (walaupun korang x guna TB, tapi sentiasa on, radiasi sentiasa ada kat situ)
Jangan macam ni

Bukan telefon bimbit je yang kita kena waspada tentang radiasi ni, macam-macam lagi barang elektronik lain. Macam komputer riba tu, janganlah korang riba-riba selalu walaupun nama dia komputer riba. Sebab laptop pon menghasilkan haba dan radiasi. Akan beri effect kat organ dalaman kita, macam rahim, organ peranakan, organ pembiakan. Boleh jadi mandul beb. Ha, sedar x sedar gadjet2 tu ade kesan buruk walaupun kita seronok-seronok guna. huhuhu. 

Lagi satu, jangan ingat kalau telefon bimbit kita ni SAR dia rendah, korang akan kurang terdedah dengan radiasi. No no no.. kita mesti elakkan atau kurangkan penggunaan semua tu. Guna bila perlu sahaja ok. 
Begini boleh ka??? wakakakka

Itu je kot. kalau korang rajin and nak tau lagi pasal SAR ni, tengok sinisinisini dan sini

3 comments:

  1. ok..baik la..sya akan cube bersms...huhuhuh~ x suke la sms...x best taip..nampaknye..tpksa la beli fon bru yg best menaip..contohnya...hahahahha~expiriake, smcung corby 2 ke, smsunggalaxy ke..ahhahahahha~

    ReplyDelete
  2. nampknye..kne la sms je..hukhukhuk..ti x best la menaip kat hp nie..kne beli bru nie..expria ke, smsung corby ke, smsung galaxy ke..hahahhahahaha~

    ReplyDelete
  3. @nor'atiqah cute~ ha, sbb tula samsung galaxy tab ke, ipad ke.. dicipta. spya sng letak ats meja, xyah di riba2. wakakka. nnti da kaya baru beli eh.

    ReplyDelete

Followers

Visitors

Page Views