03 December 2010

3 Jam di MAHA 2010

Lama aku tunggu. Akhirnya sampai jugak hari Khamis, 2 Dec 2010. hehehe. Bukan ape, hari tersebut aku dapat pergi MAHA 2010. Aku kan minat bidang Pertanian ni. Jangan tak tahu pulak (mood poyo). Tadi pergi ikut rombongan kampung aku. Free je. sape xnak. Aku layan jelah. Pergi 1 bus. sape lagi pergi?? Uwan, atok, ibu dan lain-lain penduduk kampung tegar. XP

Bertolak jam 8.30 pagi dan sampai Serdang dalam jam 10.00 pagi setelah 1/2 jam berhenti rehat di R&R Seremban. Sampai je MAHA, dah ramai orang walaupun start jam 10.00pagi, tapi memang orang ramai dah berpusu-pusu datang memenuhkan tempat parking kereta, bus dan sebagainya. 

Entry kali ini aku xdapat letak banyak gambar sebab aku x dapat rayau habis. Masa pun 3 jam je kan.. Agak terkilan. Tapi xpe, tahun depan ada lagi. InsyaAllah, tahun depan atau tahun-tahun akan datang, aku nak habiskan rayauan tersebut. hehehe. 

(p/s: sorry, pic agak kabur sebab aku dah compress.. )
Papan tanda MAHA 2010
.
Bunga kertas. setangkai RM1.

Cantik kan bunga-bunga ni. Aku suka. Tapi, boleh tengok je dulu..hehehe

Pokok lada ni berusia 1bulan 19hari. Tapi dah boleh mengeluarkan hasil. 

Paling cantik kat MAHA, bunga-bunga orkid la...very colorfull~

Orkid lagi. yang ni boleh buat gift. 

Pokok bonzai untuk dijual. boleh tengok harga dia kat situ

Nangka Mastura. Bertuah nangka dapat nama sedap. hehehe

Orkid lagi. 

Sebenarnya kat MAHA ni ada 100,000 bunga orkid untuk dijual. Dari  anak pokok yang sangat kecil, sampai yang dah berbunga macam ni. harga dari RM5 - Ribuan ringgit.

Bonzai ni berharga RM2000

Bonzai mini. Harga dia berpatutan sebab kecil lagi. hehehe
 Kalau buah-buahan, ada gerai besar seakan-akan pasaraya. memang banyak jenis buah-buahan tempatan mazam betik, jambu batu, nenas dan sayur-sayuran Malaysia.

Nangka ni besar giler...
Kan macam pasaraya ni!! hehehehe. Orang dah ramai.

Betik Hong Kong

Ada kaunter khas untuk menimbang buah-buahan yang ingin dibeli.

Lepas tu bayar kat kaunter bayaran pulak..

Belimbing. Manis...

Patutla terbau durian waktu datang gerai sini. Ada jual tempoyak rupanya..

Terjumpa gerai jual minyak dhab. Haiwan ni jumpe kat padang pasir je. Minyak dia boleh diguna untuk pelbagai kegunaan. Nak tau? pergi la MAHA cari dhab ni. ahaks :P

Aku tercari-cari pintu gerbang dari nenas. Tadi pergi, tinggal ni je ke nanas kat pintu gerbang tu?? huhu. sedih..

Jam 12.30tgh, orang ramai giler datang..

Ada pokok strawbery jugak..

Ini baru 1 bunga. Banyak lagi bunga lain kat MAHA 2010!

RockMelon. Aku x pernah rasa pulak. 

Tomato kecil, kacang buncis and lada merah. Ini kat bahagian atas. dalam aircond. hanya pameran. bukan untuk dijual.

Please Take One.. hahaha. 

Arowana pun ada.. pameran jela..

Sebahagian gerai MAHA 2010.

Sebahagian gerai MAHA 2010 lagi.

Payung memang berlambak orang jual kat MAHA. Tapi, lebih baik bawak dari rumah. Jimat sikit kan..


Meraka beratur untuk naik Bus. Mungkin nak pergi tengok haiwan ternakan. Tapi, aku x berpeluang tengok haiwan ternakan.. sob..sob.. :'(

Malaysiaku Gemilang. (tetibe. hehee)

Kat tangga pun ramai orang lepak. Lenguh kaki berjalan..huhu. Kesian kat orang tua-tua la..

Traktor ni disediakan untuk orang ramai ke gerai MAHA. Start dari tempat parking kereta.  Aku dapat naik!! hahaha (perlukah bagitau??) p/s: mcm farmville kat fb.

Untuk kanak-kanak, ada sticker yang dilekatkan pada baju mereka.. Senang kalau ter hilang...
Kesimpulan daripada mini lawatan MAHA 2010 ni adalah, ianya sangat berguna dan dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian. Selain itu, dapat juga memberi peluang kepada masyarakat untuk memupuk nilai sayangkan tanah dan bumi dengan tindakan positif iaitu bercucuk tanam. Pengunjung juga dapat membeli benda-benda berkaitan pertanian macam biji benih, baja, racun serangga yang pelbagai dan mendapatkan khidmat nasihat yang berkaitan. Bukan orang tua saja yang patut pergi, anak-anak muda pun 'wajib' pergi sebab.. manala tau kalau tibe-tibe berminat nak jadi petani moden kan.. hehehe.

3 jam x cukup kalau nak melawat semua gerai yang ada kat MAHA. yang aku tunjukkan ni hanya untuk 3 jam je. Kalau korang nak pergi, pastikan dah bersedia semua benda. Mental (panas+orang ramai), fizikal (stamina berjalan), perkakas (payung ke, kipas ke..) heheheheh. Makanan pun kena prepared kalau nak jimat. Air kat sini pun RM2. huhuhu. Tapi, kalau nak makanan segera, ada KFC, Pizza, Kenny's Roger dll..

Ada lori KFC, PIZZA, KRR, dll
sesiapa yang na pergi MAHA 2010, cepat tau. Sampai 5hb Dec 2010 ni je. Buka dari jam 
10 pagi - 10 malam je..

"PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN"

2 comments:

  1. I be enduring interpret a few of the articles on your website at this very moment, and I really like your style of blogging. I added it to my favorites trap stage muster and resolve be checking assist soon. Will report register into public notice my orientation as well and fail me know what you think. Thanks.

    ReplyDelete
  2. thanks for your supportive comment. I really appreciate it. :)

    ReplyDelete

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views