22 December 2010

Kegembiraan Sementara Chika

11 Dec lepas, Chika dah beranak. yeyyyy! Maka, betul lah entry Chika hamil. Seronok sangat sebab tu kali pertama sekor kucing peliharaan aku beranak depan mata. Aku la jadi bidannye. sebelum dia beranak, Chika ni cm pelik. Adik aku cakap, Chika tkencing. Tibe2 je tkencing. petang tu dalam kol 6.30ptg, Chika dah lain macam. Asyik mengekor kitorang je. Aku masuk rumah, dia masuk. Aku keluar rumah, dia keluar. Last-last, aku suruh adik aku bawak kotak Chika, letak luar rumah. Dia pun masuk dalam tu. Dah masuk dalam kotak, Chika punya perut dah lain macam. Besar semacam je. Air ketuban dia nak keluar. Aku pun tolong urut-urut perut dia. sampai la anak first dia keluar......... Yang first keluar, memang seksa la dia. Terjerit2. huhu. Pastu yang seterusnya, dia da ok. Smooth je keluarnye. 

Aku terharu sebenarnya, Chika sangat x marah time dia beranak. Sampai aku urut-urut, dia diam je.. Usik baby dia pun, dia x marah. Ini yang aku bertambah sayang ngan Chika. Kat bawah ni ada beberapa pictures yang kitorang captured masa Chika beranak.

Hari terakhir aku tengok Chika dan anak-anaknya bersama

ini baby pertama Chika!

Ini baby kedua kot. 

Lahir je, terus nak menyusu.

Chika penat

Zoom 4 ekor baby


Si kecik

Ini saye punya, anak sulung Chika

Baby Chika dah gemok skit

Sebenarnya, semua baby Chika dah xde. 17 Dec lepas, sumenya mati. Maybe sebab dimakan semut or kena makan ngan kucing jantan. Seharian xde orang kt rumah, ini yang jadi. Memangla kitorang tempatkan Chika and anak-anak dia dalam rumah. Dalam bilik lagi. Tapi kitorang bukak tingkap sikit supaya Chika boleh keluar masuk cari makanan waktu kitorang xde. Last-last, bila ktorang balik, tengok-tengok anak dia sume dah mati dengan sadis. Chika 2 3 hari x tentu arah. Macam meroyan pun ade sebab dia asik tercari-cari anak dia. Cari kat dapur, atas almari, bawah katil.

Aku pun sedih gak. bayangkan ape prasaan Chika time anak-anak dia dah takde. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun Chika ni haiwan, yang ada otak tapi takde akal, tapi dia masih ada perasaan sayangkan anak-anak. Dan kalau dikaitkan dengan sesetengah perangai manusia yang dengan tanpa rasa bersalah membuang dan membunuh anak-anak yang x berdosa. Manusia tu lebih teruk dari haiwan! (emo tetibe).  

So, tugas kami sekarang adalah menenangkan Chika dan memberi perhatian kat dia. Kesian dia, baru 6hari dengan anak-anak. Tak sempat dia nak main-main ngan anak dia sebab baby dia sume x buka mata lagi. hhhmmm, xpela Chika, dah takdir. Pasni usaha lagi. huhuhu. 

p/s: Sedih sebab baby tu mati. Hidup dia sementara je kat dunia ni. Tp xpe, mereka masuk syurga kan.. :)

No comments:

Post a Comment

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views