27 November 2010

Celcom ni ape hal?? Bikin Wa Panas!

Saya mahu lampu biru! Bukan hijau!

Wei, sape keje CELCOM sini?? Tolong bagitau boss sikit!!!! Bengang la camni.. huh


Ceritanya begini. Rabu 24hb November 2010 aku punya broadband celcom ni kena block. Sebab x bayar rasanya. So, petang tu jam 3.30petang aku pergi bayar bil. Bil dia pun tepat-tepat datang petang tu pulak kan. Aku kena RM 79.70. Aleh-aleh bayar jela RM80. Baki 30sen tu bawak ke next month. 


Balik tu, dalam jam 4.30petang, aku balik, try online. Tapi, masih x boleh. Aku Kira, xpe la, maybe malam ni boleh. Tapi tunggu punya tunggu, sampai Khamis masih x dapat online. dia cakap, aku x boleh connect before register network dia. Ape kes??? Aku pon pegi bawak broadband aku kat tempat aku bayar bil tu. Kedai dia kat Pekan Masjid Tanah, Melaka. Orang tu ambil broadband aku and cuba kat laptop dia dalam 1 bilik. Pastu dia pulangkan dan cakap, dah boleh online. Lega rasanya....


Balik rumah, aku try pulak. Ha, rumah aku kat Linggi, sempadan Negeri Sembilan/Melaka. Tapi, masih xdpt online. Warna broadband tu pun kelip-kelip hijau. Macam xde line langsung. Padahal kawasan rumah aku atas bukit dan dapat 3G. Ke, pekerja kedai kat MT tu penipu? pemalas buat kerje? Atau pun mmg okay broadband aku time kat sana??? tapi dah balik rumah, dia buat hal. Memang dapat 3G kat umah aku. sebab tu aku beli broadband ni bulan 7 lepas. Memang ok sangat. Laju je.. tapi tibe-tibe je Rabu haritu xdapat online sampai Jumaat. Adakah CELCOM sudah mula menunjukkan belangnya??


Aku nak yang dulu. 3.6Mbps!!!!


Pagi tadi (Jumaat), aku call Celcom Customer careline kat 1111. Free aje kalau call dari number Celcom. Orang tu pun tolong la selesaikan. suruh aku tukar setting broadband manager after aku ceritakan masalah aku. Layanan okay la... Bila aku da tukar setting, dapat online. tapi x macam dulu. Kalau dulu aku dapat speed 3.6Mb, tapi sampai aku post blog ni, aku hanya dapat 236.8kbps aje. Korang bayangkan kelembapan siput ni.. huhuhu. aku nak bukak web-web penting pun sangat menyayat hati. 


Nak loading sangat lembab!!!!! Hate it!
Sepatutnya dia tulis 3G Celcom, bukan EDGE My Celcom!!!! Pastu download and upload, Paling tinggi pun 20 lebih kurang.


Aku tak tau nak buat ape. Niat di hati nak terminate je broadband ni. Tapi, mungkin aku kena tunggu dulu ke. Sebab internet mmg diperlukan sekarang. Apply keje and cari info-info lain. Aku x paham sangat. Selama ni ramai yang merungut pasal Celcom. Tapi sekarang baru aku rasa. 


Celcom ni broadband ke-2 after Digi. Digi susah dapat line kat Negeri Sembilan. Dia ada kat bandar besar je macam KL, KK...


Jalan-jalan jumpe ni


So? what to do??? Kenapa la kat Malaysia ni masih ada masalah macamni walhal sekarang sibuk nak buat Jalur lebar seluruh Malaysia. Tapi, service Broadband macam hampeh.. hhmmmm.. Lu pikir la sendiri.. 

3 comments:

  1. I'm not weird. I'm limited edition

    pakcik suka dan tertarik dengan statemen tu .. kelakar !

    ReplyDelete
  2. kelakar, kelakar jugak. tapi bermakna tu pakcik.. hehehe.

    ReplyDelete
  3. biasale, broadband katakan . saya, dulu pakai semua broadband umobile,celcome & maxis semua rosak . lama-lama saya pakai streamyx je . (boleh pakai ramai-ramai)

    ReplyDelete

Followers

Visitors

Page Views