13 January 2011

Aku & Makanan

Post kali ni aku nak share pasal makanan yang pernah aku makan. Maybe sebab ia sedap.. Dan ada kenangan di sebalik makanan itu. hehehehe. Nampak macam aku gilerkan makanan, tapi sebenarnya tak. Makan bukan hobi aku. Sekadar mengisi perut je kadang2. And sebab nak try bile tengok orang lain makan. Kadang-kadang, aku penat makan.. hahaha. Pelik ke? tak la.. Limited edition punya orang kot.. 

Yang ni makan kat Nasi Ayam Gemas kat Tampin. Nasi Ayam Madu. Sedap, boleh la.. Tapi manis sangat. Makan ni after aku dan family pergi melawat PB. Rindu je kat sane.. huhuhu

Ni Kelapa bakar. Kat Sabah after aku and classmates g kerja lapangan dekat Landfill Kayu Madang. Hmmm, Aku x pernah rasa... huhu

Yang ni nasi yang aku ambil waktu Dinner HS11 yang pertama dan terakhir kali aku join. Yang pergi, cuma aku dan Wiwi je. Geng lain xnak join. Ape da... huhu. Ha, lauk2 dia cam makan kat umah je. 

Yang ni lebih baik dari yang atas. Ni dinner Good Bye HS11 batch aku. Kat sebelah 1 Borneo. Lupela nama restoran tu ape. 

Ni kueh tiaw kegemaranku. Ade kat library UMS. Kalo aku boring makan nasik yang mana menunya same tiap-tiap hari, aku order kueh tiaw ni. Sedappp..

Ni antara minuman kegemaran. Banyak terdapat kat Kota Kinabalu. Aku kalo demam, memang suka minum air kelapa. Time ni, aku g ngan Salina. dia kawan aku susah senang :)

Yang ni aku order dalam flight Air Asia waktu balik KL ngan Salina. Nasi Beriani. Sedap! Makan 1 x cukup. Sebab dia ciput saje. Aku tempah on9. So, ade diskaun.
Yang ni Nadiah belanje aku time my birthday yang ke 21 kot. Xpun yang ke-22. Lupe sudah. Tapi memang Nadiah a.k.a. Ratna yang belanje. kat Rasa Mas 1 Borneo. Thanks Nadiah :D

Yang ni aku dan kawan-kawan buka puasa waktu 2nd year kat Chiken Rice Shop. Yang join time ni Mun, Shida, Zana and aku.. Ade sorang x puase time tu. Jeng3.. Siapakah?? haha

1st time aku makan kat Old Town 1 Borneo, aku order Nasi Lemak ni. Ngan air coklat kot. Lupesudah. Mahal, tapi sedap = berbaloi.

Ni rojak kegemaran. Ade kat restoran Melati kat Tampin. Sedap :D

Ni makan ikan bakar waktu ibu, abah dan Hijrah datang untuk konvo aku. 3 4 hari berturut-turut makan ikan bakar, boring.. hehehe. tapi makan ngan famili, ade sentimental value pic ni beb.

Ini sangat menggairahkan! hahaha. Chicken chop kat Johor time mak sedara aku kawen. Sedapppp.. tapi kena tunggu lame pulak. nasib baik sedap. Harga dia rm10 kot. 

Aku suka makan dadih gak. Yang ni ktorang buat sendiri untuk kenduri ape tah. Lupe...

Yang ni Cendol kegemaran gak. hahaha. Slalu singgah kalo lalu kat Masjid Tanah. makan time-time hari panas.. Fuhhh~

Ni musim buah rambai. Banyak giler sebab pokok dia ada kat blakang rumah uwan. Makanlah buah-buahan tempatan yek! 

Big Apple ni Kak Moon yang belanje. Waktu aku, kak Moon dan Nadiah outing kat 1 Borneo. Jauh tu.. hehehe. Thanks Kak Moon :)

Yang ni, dadih yang aku dan Salina buat waktu kami 1st semester, 3rd year. :)

Yang ni sayap ayam. Banyak kat Kota Kinabalu. Waktu ni konvo aku. So, yang paling suka dan banyak makan sayap adalah adik bongsu aku, Muhd Hijrah!

Yang ni kek Kawen mak sedare aku tu. hhmmm, takat ni tengok kek kawen orang lain ajelah... huk3

Sekian... :)

No comments:

Post a Comment

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views