10 January 2011

No more Facebook after 15/3/2011

Ni berita baik or buruk?? korang fikir-fikirlah sendiri. huhuhu. Tapi kalau bagi aku, more kepada bad news. Kenapa? Sebab...


  1. Saye akan lost contact secara alam maya dengan kawan-kawan
  2. saya tak dapat berinteraksi secara terus waktu online. hehehe
  3. Tak dapat tau perkembangan kengkawan and relatives.
  4. Susah nak berkumpul dengan kawan-kawan lama
  5. Hilanglah gambar-gambar yang di tag. huahua

Sekadar ambil info dari blog Anak-anak Negeri Sembilan tadi..

Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011, berita ni disahkan oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg melalui teks ucapan yang disampaikan oleh Avrat Humarthi, Naib Presiden Unit Hal Ehwal Teknikal Facebook. Mark Zuckerberg dilanda tekanan kerana menguruskan Facebook sedangkan Facebook bermula hanyalah sebagai hobinya saja di masa lapang. 

Penutupan Facebook pada 15 Mac 2011 kini disahkan benar, blog pihak Faceboook masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi kepada 500 juta pengguna Facebook, setakat ni yang ada cuma kenyataan yang dikeluarkan oleh Avrat Humarthi saja. Sila backup segala gambar-gambar Anda yang ada di Facebook Anda sebelum kita memasuki bulan Mac 2011. Setelah Facebook ditutup, saya menjangkakan berbillion pengguna Facebook akan beralih semula kepada MySpace dan Friendster.

Kesian si Mark. Buat ape tension-tension bro.. Jual jela FB ni. hehehe. Ade sesiapa yang berminat nak beli?? Aku?? Aku minat berfacebook. Tapi  tak berminat nak beli. Ermmm, saye cadangkan sesiapa rakyat Malaysia yang kaye sangat2.. sampai xtau nak buat ape ngn duit tu, sila-sila la beli. Kan kat Asia ni, Malaysian yang paling aktif ber FB! huh




Friendster akan femes balik ke??ermm.. kalo Twitter tu, aku mmg x reti guna. huhu. dah delete pun account Twitter. 

Sekian (xtau nak bebel ape sebenarnye. huhuu)


Sebenarnya, semua ni tipu je.. wakakaka. Gosip bodoh yg dkeluarkan oleh laman web yg ala-ala berita. huh. Sumpah jd katak ijau kang! bacela kat sini. Banyak lagi 'berita-berita' best yg buduh.. hahaha. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Visitors

Page Views