17 June 2011

12M : Panduan Atasi Ketagihan Merokok

Assalamualaikum kawan2 (haha). Seperti yang aku janjikan pada post yang lepas, entri kali ini aku nak postkan sesuatu yang berguna untuk orang-orang yang sedang berfikir cara-cara untuk mengatasi masalah ketagihan. Ketagihan ape? ha,,,, ketagihan merokok tau. Bukan ketagihan berfacebook. huhuhu.

Ada 12 panduan untuk atasi ketagihan merokok ni. Sebab tu tajuk kat atas 12M. Okay, Jom baca apa panduan-panduan tu..


  1. MELENGAH-LENGAHKAN --- Lengahkan tindak balas ataupun perasaan korang bila korang rasa nak merokok. Kalau waktu tu rokok ada kat tangan, jangan terus petik lighter tu. Tapi tangguh-tangguh dulu dalam 5 minit. Dah 5 minit, tangguh lagi 5minit. Ha...last2 nanti korang lupa la nak merokok. hihihih. Setiap kali nak merokok, katakan NANTI. Tapi waktu kena buat kerja penting, jangan ar cakap nanti. Rokok ni dengan kerja penting korang tu sama level ke?? huhu
  2. MENARIK NAFAS PANJANG --- Ni paling senang nak buat. Tarik nafas panjang 3x dengan perlahan-lahan.
  3. MINUM AIR --- Minum air banyak-banyak terutamanya air suam @ air masak @ air mineral. Jangan minum air berkafein macam kopi atau teh sebab kalau minum air ni, membuatkan korang rasa nak merokok lepas minum air-air tu. Minum air jus buah pon sedap ape... hehehe
  4. MEMBUAT SESUATU --- Buat sesuatu yang berfaedah supaya korang dapat alihkan fikiran dan mata korang dari rokok. Contohnya macam bersiar-siar, bersenam, jogging, membaca buku, berkebun. Korang boleh gak buat benda lain yang korang suke macam online ke, sms, calling2.. Tapi, kan lebih baik kalau berbakti pada alam sekitar. Dapat gak faedah. hihii
  5. MENGUNYAH SESUATU --- Kunyah lah gula-gula getah ke, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Lebih bagus kalau korang kunyah makanan yang berkhasiatkan macam buah-buahan. Elakkan dari kunyah benda-benda manis macam gula-gula. Nanti gigi korang jugak yang jadi mangsa. Kesian gigi. huhu
  6. MANDI @ BASUH TANGAN --- Kalau korang kat rumah, korang mandilah. Best ape mandi! hahaha. Tapi kalau korang kat tempat kerja or tengah jalan-jalan, basuh tangan pun dah cukup. Lakukan panduan nombor 6 ni setiap kali korang rasa nak merokok.
  7. MELAKUKAN SENAMAN RINGAN --- Bersenam regangan bila korang rasa mengantuk sebab x merokok. Tapi waktu senaman regangan korang kenalah alihkan fikiran dari rasa nak merokok. 
  8. MEMOHON DOA --- Berdoalah pada tuhan supaya Dia menguatkan azam korang untuk berhenti merokok.
  9. MENJAUHKAN DIRI --- Sebaik-baiknya jauhkan diri daripada kawan-kawan yang merokok. Nanti korang da nampak dia merokok, korang pun sama meleleh air liur nak merokok gak. Tapi kalo tak nak jauhkan diri, boleh je.. Test satakat mana nafsu nak merokok korang tu. haha
  10. MENYIBUKKAN DIRI --- Sibukkan diri korang dengan benda-benda yang berfaedah. Kalau dah rasa xde benda berfaedah korang boleh buat, erm.. hentam jela. asalkan x buat benda-benda yang boleh buat korang ketagih. x kisahlah ketagih ape pun.. erm, faham2 la ok? hehe
  11. MEDITASI --- Lakukan meditasi untuk korang lupakan rokok!
  12. MENGELAKKAN DIRI --- Cuba elakkan diri daripada merasa bosan atau situasi yang mendorong korang kepada merokok. 

InsyaALLAH kalau korang bersungguh untuk berhenti merokok, korang mesti akan berjaya. Kalau ade yang cakap x boleh, sebenarnya dia x cuba sehabis baik kot?? huhhu.

No comments:

Post a Comment

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views