18 June 2011

(Tahniah) Anak Perempuan PM Bertunang

Sesi bersalaman kot. hehehe


Tahniah aku ucapkan pada anak PM Najib kita, Nooryana Najwa @ Noorhayana Najwa (konfius sebab ada yang tulis nama dia Nooryana, ada tulis Noorhayana ) atas pertunangan dia dengan pilihan hati, Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam. 


Dengar kata, lelaki tu adalah lelaki Kazakhstan. huhu. Untunglah...  Majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga, rakan dan orang-orang kenamaan sahaja. Antara yang turut hadir adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.


Turut berangkat ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, Menteri Kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan Kerajaan Pusat dan negeri.


Hadir sama, ibu Najib, Tun Hajah Rahah Mohamad Noah. 


Kenamaan asing yang hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan isteri, Sheikha Salam Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud. 


Anak PM dan tunangnya

Nooryana Najwa, 22, adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York. 


Waktu Najwa konvo ambil Bachelor of Science in Foreign Service degree du universiti Georgetown AS yang berusia 222 tahun! (sumber gambar konvo)
 

p/s: sumber dari sini & sini

1 comment:

Followers

Visitors

Page Views