19 June 2011

Lembu naik V6 tu....

Tadi online Harian Metro, pastu terbaca berita pasal lembu naik naik V6. Rupanya, orang curi lembu. 3 lelaki menyamar kononnya anggota polis yang buat rondaan mencegah jenayah. Last-last dia mencuri seekor lembu jantan di Simpang Guthre, Tebong. Tapi cubaan mereka gagal bila salah seorang daripada 3 orang tu ditahan polis pagi semalam. 

Kejadian sekitar 3.45 pagi, ketiga-tiga lelaki tu berusia 40-an. Mereka menyumpit 5 ekor lembu pada mulanya yang mana lembu tu berada dalam pagar rumah seorang penduduk. Berani je sumpit2 lembu dalam pagar rumah orang! Pemilik rumah dan lembu tu sedar bila penculik tu asyik berlegar-legar di sekitar kawasan rumah dia dan dia terus hubungi polis. Akhirnya pihak polis berjaya tangkap kesemua penculik selepas adegan kejar mengejar. Aku malas ar nak cerita. Korang boleh baca kat sini, berita penuh. 

Penculik2 tu memakai lambang polis pada pakaian mereka. Bajet polis ar. Ha, bila lembu tu dah kena sumpit dan rebah sebab lalok, dorang angkat masuk dalam kereta V6 yang dah diubah suai. Nak tengok macam mana lembu tu naik V6?? hehehe. kat bawah ni. 
Lembu pun dapat naik V6. Untunglah..

Susulan dari berita ni, aku terus teringatkan lembu-lembu uwan atok aku kat kampung. Tapi lembu kami aku x perasa lah pernah kena curi or tak. Tapi kambing jantan kitorang pernah di kidnapped. Dah la kambing tu handsome.  huhuhu. Aku pernah tanya kenapa yang jantan je selalu jadi sasaran pencuri, pastu abah cakap sebab market value dorang tinggi. Sentiasa ada pembeli. Contohnya restoran2.. Owh..patutlah.. 
Lembu kat kampung

Kambing kami time kecik. Cute an

p/s: Kena sentiasa berhati-hati dan pastikan haiwan peliharaan korang terutamanya yang jantan untuk sentiasa balik rumah. Kalau x.. Nanti mungkin mereka naik van ke, kancil ke, lori ke.. huhuhu

2 comments:

Followers

Visitors

Page Views