06 October 2011

Contact Lens yg Unik

Mesti ramai yang pernah pakai contact lens kan? Ade jugak yang x pernah pakai, beriye nak pakai. Ha, kalau sesiapa yang nak pakai contact lens or yang nak tukar design contact lens korang, mungkin boleh cuba contact lens yang kat post ni. Jual kat mana? Jangan tanya aku. hahahha. 


Snake Eye
Ada gak yang panggil ni cat eye. Tapi idea design asal memang ikut mata ular. Seram tengok.

Contact Lens Sparkle
Contact lens ni dibuat menggunakan Kristal Swarovski. Sesuai untuk sesapa yang nak mata dia bersinar-sinar macam watak anime komik Jepun tu. Dah ada ni tak payah minum Innershine  lagi dah. Hehe.

Contact lens Dior
Contact lens ni memang direka khas oleh John Galliano dengan lingkaran hitam dan emas betul-betul keliling iris si pemakai. Memang eksklusif. Siap dengan brand sekali ada situ.


Contact Lens Jewellery
Contact lens ni direka dengan satu tali halus tergantung dengan aksesori samada kristal, bunga, manik ataupun lain-lain aksesori yang pembeli request. Ala-ala macam subang la konsep dia. Sekali kena sentap tu tak tau la camne rasa dia.

Contact Lens Nike MaxSight
 Haa. Jangan ingat contact lens untuk tujuan kosmetik je. Contact lens jenis ni direka khas untuk sukan. Lain jenis sukan, lain warna contact lens die. Yang merah ni untuk pelumba basikal sebab nak elak silau matahari. Tapi tengok lama-lama menakutkan la pulak! huhu

Dragon Eye
 Yang ni mahal sikit sebab dia cover dengan mata putih kita sekali. Yang bestnye Dragon Eye ni glow in the dark. Kalau nak pedajal kawan korang leh la pakai ni dalam gelap pastu buat bunyi raksasa. Mau seriau member tu. Hehe.

Contact lens Cartoon
 Macam-macam jenis corak  ada. Depends pada selera si pemakai nak yang macam mana. 

 Contact lens wild zebra


 Spiral pattern
Pening pulak aku tengok


 Contact lens Balls


Contact lens spider web 


Contact lens Happy face
Sesuai untuk yang suke emoticon smiley ni. Lepas pakai ni boleh la korang buat teka teki kat member korang, “Saya ada 6 mata, 3 hidung, 3 mulut, 3 kepala. Siapa saya? Ce teka ce teka”. Hahaha.


No comments:

Post a Comment

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views