08 November 2011

15 Pensil Pelik & Kreatif



Berikut merupakan 15 rekaan paling pelik dan kreatif bagi pensil.

Pensel senduk kayu. Sesuai untuk memasak sambil menulis, menulis sambil memasak

Pensil Misai. Set 5 batang pensil bercorak misai yang popular.

Pensil Mistakes. Mempunyai pemadam yang panjang, sangat sesuai untuk seseorang yang selalu membuat kesalahan semasa menulis.

Pensil Kulit Telur. Rekaan Nicolas Cheng yang diperbuat daripada kulit telur  menggunakan teknik tekanan tinggi.

Pensil 24K. Permukaan luar pensil ini disaluti dengan lapisan nipis 99% emas tulen.

Pre-Chewed Pencil. Pensel boleh kunyah, xperlu gula-gula getah lagi. 

Pensel Lumut. Pensel kayu yang diliputi lumut.

Pensil Fleksibel. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Pensil drumstik. Direka oleh guru drum Brazil, Christian Delano bagi mempromosi  pembelajaran muzik.

Pensel penyepit pakaian. Direka oleh Yuta Watanabe yang menggunakan penyepit pakaian bagi meletakkan ubat pensel di tengah-tengah penyepit.

Pensil Klip Poket. Setiap pensel mempunyai pengelip yang boleh dikelipkan pada poket dan kertas.

Touch pad Pencil. Diperbuat daripada bahan silikon yang memberi tekstur khusus seperti  jari manusia. 

Pensel Graphite. Setiap permukaan pensel ini boleh digunakan untuk tujuan menulis!

Pensel Subang. Subang yang sentiasa membuat anda mempunyai alat tulis.

Pensel Musikal. Pensel ini akan mengeluarkan bunyi setiap kali digunakan untuk menulis.

No comments:

Post a Comment

Followers

Visitors

Page Views