06 November 2011

Tips "Bersahabat Kerana Allah"

Banyak kata-kata yang dicipta bagi melambangkan kesetiaan seorang sahabat. Antaranya “bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita juga akan menjadi wangi”, “sahabat yang baik membawa ke syurga” dan sebagainya. Jelas menunjukkan bahawa persahabatan adalah penting dalam sesuatu perhubungan yang diterapkan dengan kejujuran, kasih sayang, hormat menghormati dan juga bersahabat kerana Allah.


Namun, tidak semua dalam kalangan kita yang mengetahui bagaimanakah yang dikatakan bersahabat kerana Allah? Jadi, ikuti 7 tips sahabat di bawah agar jalinan persahabatan anda dan rakan anda selama ini adalah kerana Allah.

  • Memberitahu teman anda bahawa anda kasih dan sayang kepadanya. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya" (HR Abu Daud)
  • Amalan ziarah-menziarahi sahabat. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu" 
  • Apabila berpisah dengan sahabat, doakan sahabat anda tanpa pengetahuannya. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya" (HR Muslim)
  • Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabat anda. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun sekalipun dengan berjumpa temanmu  dalam keadaan wajah yang ceria" (HR Muslim)
  • Segera bersalaman ketika bertemu dengan sahabat anda. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (HR Abu Daud)
  • Memberi hadiah.  Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang” (HR Thabrani)


    Selamat Bersahabat Kerana Allah. Hargailah sahabat-sahabat kita :)


    Sumber: Dara.Com (Nov 2011)

No comments:

Post a Comment

Followers

Visitors

Page Views