20 August 2014

Kenali Barangan yang Perlu Diboikot dengan "Application Buycott"

Assalamualaikum semua..

Post kali ini saya nak memperkenalkan satu application untuk android yang mana boleh membantu kita dalam mengenalpasti barangan/perkhidmatan yang menyumbang kepada zionist. Saya jumpa application berguna ni semasa melayari blog Dr.Halina Boikot Israel (salah satu blog favourite saya ;) ). 

Okay, mari saya tunjukkan cara-cara memuat turun app tersebut dan cara menggunakannya.

1. Pergi ke Play Store dan type "Buycott". Download app yang pertama, gambar tangan yang sedang menggenggam kertas berwarna hijau.


2. Selesai download, register dahulu dan app tersebut sudah boleh digunakan tetapi memerlukan sambungan internet. Jadi, pastikan anda mempunyai data. 

3. Scan bar code barangan yang dikehendaki. Android anda akan vibrate dan data berkaitan barangan tersebut akan keluar. 


i. Jika barangan yang menyumbang kepada zionist, akan keluar seperti berikut: 

You're avoiding this product = Boikotlah :)


ii. Jika barangan yang tidak menyumbang kepada zionist, akan keluar data seperti berikut:

Contoh produk tidak menyumbang kepada zionist.




Jadi, anda akan diberitahu oleh app ini yang mana perlu anda boikot dan sebaliknya. App ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam membantu penduduk di Palestin/Gaza, selain daripada bantuan wang ringgit, harta benda dan doa. 


Di bawah juga saya senaraikan beberapa jenis barangan/perkhidmatan yang menyumbang kepada zionist. Dengan cara memboikot barangan tersebut, kita sebenarnya secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara kita dengan membeli barangan buatan Malaysia. Tinggalkan barangan import dan mulalah menyokong barangan buatan Malaysia. Jika bukan kita yang menyokong, siapa lagi?? 

MCD dan Starbucks







Akhir kata, doakanlah saudara seislam kita di sana, sokonglah barangan buatan Malaysia dan tinggalkan tabiat membeli barangan import. Barangan Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Cewahh

No comments:

Post a Comment

Followers

Visitors

Page Views