EMAIL
yahoo
google
MESSAGING
web.whatsapp
web.telegram
BANKING
Bank Negara
cimbclicks
maybank2u
bankislam
TRACK &TRACE
pos malaysia
skynet
nationwide2u
gdexpress
ONLINE NEWSPAPER
berita harian
Utusan Online
Harian Metro
nst
VIDEO
youtube
GOVERNMENT
spa
ebr1m
SOCIAL SHARING
facebook
instagram
nuffnang
15 February 2015
12 January 2015
(Tips) Kenapa Mr.H tak mau Sleep Mode??
Dah dua hari Mr.H tak nak tidur. Asek berjaga je.. huhu
Penat charge, lama gila nak full. Pastu mestilah bazir elektrik kan.. huuuuu
Ingatkan nak p hantar kedai je tadi. Tiba-tiba dapat idea nak solve prolem ni.
Type je kat google 'Mr.H sleep mode not working'
Terus keluar suggestion.
So, biar saya share cara penyelesaiannya.
![]() |
| Pergi kat Setting dan pilih Power |
![]() |
| Lepas tu UNTICK kat Fast Boot tu |
Kemudian, tekan power button lama-lama untuk restart. Jangan click kat Restart tu. Biarkan dia restart sendiri. Dah Off Mr.H tu, baru benti tekan power button.
Senang je rupanya...
Senang je rupanya...
Okay, selesai.. Dah boleh sleep mode my Mr.H.. hehehe
![]() |
| Mr.H first selfie.. hehehe. Mr.H tu, HTC One lah. |
13 December 2014
Si Hitam & Si Putih
Assalamualaikum semua.. :D
Harini saya nak share tentang Lada Hitam / Black Pepper dalam bahasaOmputehnya. tergerak hati nak update pasal lada hitam ni sebab haritu masa majlis sambut menantu kat Kedah, jiran mak mertua saya a.k.a tokwan, jamu kami makan and ada lada hitam. hehe. First time saya tengok buah lada hitam yang masih muda dan pokoknya sekali.
Okay, dah tengok buah lada hitam, sekarang saya nak cerita serba sedikit pasal black pepper.
Sedikit info / sejarah tentang lada hitam
Pokok lada hitam (Piper Nigrum) ni adalah spesis pokok berbunga memanjat yang berasal dari selatan negara India. Sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembab. Pokok ni ditanam untuk buahnya yang mana digunakan sebagai rempah dan perisa. Selalu kan ada masakan black pepper, sos black pepper la, nugget black pepper la, etc.
Pada masa ini, negara pengeluar dan penggeksport lada hitam terbesar di dunia adalah Vietnam, diikuti oleh India, Indonesia dan Brazil. Di Malaysia, penanaman lada hitam yang terkenal adalah di Sarawak (hampir 98% pengeluaran lada hitam Malaysia).
Apa beza lada hitam dan lada putih??
Buah lada hitam yang kat pokok ni lebih dikenali sebagai 'beri' yang berwarna hijau dan lembut pada peringkat awal pembentukannya. Bila dah matang, ia bertukar menjadi warna hijau tua dan menjadi keras. Setiap beri lada mempunyai biji tunggal yang diselaputi isi buah (mesokarpa). piperine, chavisine dan piperettine.
Lada hitam terdiri daripada keseluruhan beri yang telah matang tetapi belum masak kemudian dikeringkan (dijemur di bawah cahaya matahari) manakala lada putih diproses dengan merendam buah lada dalam air bersih yang mengalir untuk membuang isi buah (perikarpa) sebelum dikeringkan di bawah cahaya matahari. Rasa pedas kedua-dua jenis lada ini adalah disebabkan oleh kehadiran alkaloid
Lada Hitam Di Sarawak
Di Sarawak, lada hitam mula ditanam sejak tahun 1856, namun hanya ditanam secara meluas bermula pada tahun 1900-an. Kini, penanaman lada hitam merupakan salah satu tanaman kontan yang menjadi tpunca pendapatan bagi kira-kira 67,000 penduduk di pedalaman Sarawak. Banyak ditanam di daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei dan anggaran keluasan kawasan penanamannya sebanyak 13,000 hektar.
Malaysia mengeksport sebanyak 19,748 tan metrik pada tahun 2004 dan 18,824 tan metrik pada tahun 2002 yang mana masing-masing bernilai RM113.2 juta dan RM120 juta. Kira-kira 70% lada keluaran Sarawak dieksport dalam bentuk lada hitam, dan selebihnya sebagai lada putih, jeruk lada, lada nilai tambah dan produk hasil lada yang lain.
Kegunaan Lada Hitam
Lada hitam merupakan rempah terkenal yang selalu digunakan dalam masakan. Selain itu, lada hitam juga baik untuk kebaikan kesihatan. Boleh tengok kat sini : kegunaan lada hitam.
Sumber Rujukan
Lada Hitam 1
Lada Hitam 2
Kegunaan Lada Hitam
Harini saya nak share tentang Lada Hitam / Black Pepper dalam bahasa
![]() |
| Buah lada hitam fresh dari pokok |
![]() |
| Rasa pedas, tapi best sangat dapat rasa yang fresh |
![]() |
| Daun pokok lada hitam seakan-akan daun sirih |
![]() | ||
| Macam pokok sirih kan dari jauh... |
Sedikit info / sejarah tentang lada hitam
Pokok lada hitam (Piper Nigrum) ni adalah spesis pokok berbunga memanjat yang berasal dari selatan negara India. Sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembab. Pokok ni ditanam untuk buahnya yang mana digunakan sebagai rempah dan perisa. Selalu kan ada masakan black pepper, sos black pepper la, nugget black pepper la, etc.
Pada masa ini, negara pengeluar dan penggeksport lada hitam terbesar di dunia adalah Vietnam, diikuti oleh India, Indonesia dan Brazil. Di Malaysia, penanaman lada hitam yang terkenal adalah di Sarawak (hampir 98% pengeluaran lada hitam Malaysia).
Apa beza lada hitam dan lada putih??
Buah lada hitam yang kat pokok ni lebih dikenali sebagai 'beri' yang berwarna hijau dan lembut pada peringkat awal pembentukannya. Bila dah matang, ia bertukar menjadi warna hijau tua dan menjadi keras. Setiap beri lada mempunyai biji tunggal yang diselaputi isi buah (mesokarpa). piperine, chavisine dan piperettine.
![]() | |||
| Lada hitam matang - Lada putih - Lada Hitam |
![]() |
| Buah Lada Hitam dari dekat. hehe |
Lada Hitam Di Sarawak
Di Sarawak, lada hitam mula ditanam sejak tahun 1856, namun hanya ditanam secara meluas bermula pada tahun 1900-an. Kini, penanaman lada hitam merupakan salah satu tanaman kontan yang menjadi tpunca pendapatan bagi kira-kira 67,000 penduduk di pedalaman Sarawak. Banyak ditanam di daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei dan anggaran keluasan kawasan penanamannya sebanyak 13,000 hektar.
Malaysia mengeksport sebanyak 19,748 tan metrik pada tahun 2004 dan 18,824 tan metrik pada tahun 2002 yang mana masing-masing bernilai RM113.2 juta dan RM120 juta. Kira-kira 70% lada keluaran Sarawak dieksport dalam bentuk lada hitam, dan selebihnya sebagai lada putih, jeruk lada, lada nilai tambah dan produk hasil lada yang lain.
Kegunaan Lada Hitam
Lada hitam merupakan rempah terkenal yang selalu digunakan dalam masakan. Selain itu, lada hitam juga baik untuk kebaikan kesihatan. Boleh tengok kat sini : kegunaan lada hitam.
Sumber Rujukan
Lada Hitam 1
Lada Hitam 2
Kegunaan Lada Hitam
09 December 2014
10 Jenis Buah-Buahan yang Membantu Dalam Mencantikkan Kulit Anda!!
1. Betik - Untuk kulit yang bercahaya. Betik mengandungi serat, vitamin C dan banyak kalsium, yang membantu mekanisme tubuh untuk berfungsi dengan lancar. Betik juga membantu dalam detoksifikasi darah dan kaya dengan antioksidan, pastinya gabungan yang sempurna untuk kulit yang berseri.
2. Pisang -
Untuk kulit lebih lembut. Pisang
kaya dengan zat besi, magnesium, kalium dan vitamin A, B dan E. Kaya
dengan vitamin E, ia menjadikan kulit lembut. Dan juga membantu dalam
menghapuskan tanda-tanda penuaan atau kedutan.
3. Epal -
Semulajadi untuk kulit anda. Menempelkan epal di muka anda akan
melembapkan kulit dan meningkatkan tekstur keseluruhan. Epal hijau juga rawatan
yang berkesan anti-jerawat. Epal juga membantu anda untuk menghilangkan bawah
mata lingkaran hitam. Manakala, vitamin A dan vitamin C di dalamnya menjadikan
kulit anda kelihatan berkilat.
4.
Anggur - Untuk kulit
yang licin. Anggur kaya dengan flavonoid, yang baik untuk kulit dan
kesihatan anda. Anggur kaya dengan antioksidan dan anti-radang. Selain dimakan
secara mentah, jus juga membantu dalam mencegah jerawat dan memudarkan parut
jerawat dari kulit. Anggur mengandungi asid hidroksil yang juga membantu untuk
menjaga kulit dan menghilangkan kedutan kulit anda.
5. Mangga -
Buah mangga menyediakan pelbagai manfaat untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Kaya dengan vitamin A dan antioksida, mangga membantu dalam membuat kulit
lembut dan juga senada. Ia juga membantu dalam memulihkan keanjalan kulit dan
kesesakan liang kulit anda. Mangga juga mengekalkan kolesterol anda di bawah
paras yang sepatutnya.
7. Kiwi -
Mengekalkan kulit muda. Kiwi
adalah salah satu sumber utama vitamin C yang setanding dengan lemon. Ia
membantu meremajakan kulit yang rosak.
8. Oren
- Untuk mengetatkan kulit. Seperti kebanyakan buah-buahan sitrus,
oren kaya dengan vitamin C dan baik untuk pembinaan kolagen kulit anda. Malah,
kulit buah-buahan ini dan jus banyaknya digunakan dalam krim anti-penuaan,
kerana ia membantu dalam mengetatkan kulit anda. Oren juga kaya dengan vitamin
B1, yang membantu untuk meningkatkan sistem imuniti badan.
9. Raspberries-
Untuk peremajaan kulit. Raspberi
kaya dengan antioksidan, serat dan vitamin C. Komponen ini membantu anda berasa
segar, memberikan tekstur yang baik untuk kulit anda dan melambatkan proses
penuaan. Vitamin C membantu untuk meremajakan kulit anda, dengan itu
menjadikannya berasa segar dan sihat.
10. Prun
- Untuk menurunkan kilo! Prun adalah dari keluarga kismis yang
mempunyai banyak serat di dalamnya. Mereka membantu sistem penghadaman dan
membantu dalam pengeluaran toksin dari badan. Prun membantu anda untuk menjadi
kekal aktif. Di samping itu, serat larut dalam jus prun juga membantu anda
untuk mengekalkan atau mengurangkan berat badan.
Semoga Bermanafaat! :D
20 August 2014
Kenali Barangan yang Perlu Diboikot dengan "Application Buycott"
Assalamualaikum semua..
Post kali ini saya nak memperkenalkan satu application untuk android yang mana boleh membantu kita dalam mengenalpasti barangan/perkhidmatan yang menyumbang kepada zionist. Saya jumpa application berguna ni semasa melayari blog Dr.Halina Boikot Israel (salah satu blog favourite saya ;) ).
Okay, mari saya tunjukkan cara-cara memuat turun app tersebut dan cara menggunakannya.
1. Pergi ke Play Store dan type "Buycott". Download app yang pertama, gambar tangan yang sedang menggenggam kertas berwarna hijau.
2. Selesai download, register dahulu dan app tersebut sudah boleh digunakan tetapi memerlukan sambungan internet. Jadi, pastikan anda mempunyai data.
3. Scan bar code barangan yang dikehendaki. Android anda akan vibrate dan data berkaitan barangan tersebut akan keluar.
i. Jika barangan yang menyumbang kepada zionist, akan keluar seperti berikut:
![]() |
| You're avoiding this product = Boikotlah :) |
ii. Jika barangan yang tidak menyumbang kepada zionist, akan keluar data seperti berikut:
![]() |
| Contoh produk tidak menyumbang kepada zionist. |
Jadi, anda akan diberitahu oleh app ini yang mana perlu anda boikot dan sebaliknya. App ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam membantu penduduk di Palestin/Gaza, selain daripada bantuan wang ringgit, harta benda dan doa.
Di bawah juga saya senaraikan beberapa jenis barangan/perkhidmatan yang menyumbang kepada zionist. Dengan cara memboikot barangan tersebut, kita sebenarnya secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara kita dengan membeli barangan buatan Malaysia. Tinggalkan barangan import dan mulalah menyokong barangan buatan Malaysia. Jika bukan kita yang menyokong, siapa lagi??
![]() |
| MCD dan Starbucks |
Akhir kata, doakanlah saudara seislam kita di sana, sokonglah barangan buatan Malaysia dan tinggalkan tabiat membeli barangan import. Barangan Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Cewahh
Subscribe to:
Posts (Atom)

























