31 October 2010

31 Oct Halloween Rupanya..

Kat FB td, agak ramai la yang sebut pasal Halloween. Termasukalah artis kite, akak Fasha Sandha.. Aku yang tak biasa dengan perayaan tu, macam tertanya-tanya. Kenapa sambut Halloween? berapa haribulan sambut? Bukanlah aku berminat nak sambut. Lagipun, itu perayaan orang2 barat. And aku pun tak tau ape hukumnya kalau orang Islam menyambut perayaan tu. Ermm, maybe someone boleh tolong explain sikit?? hehehe. Tapi untuk entry kali ni, aku nak kongsi pasal sejarah Halloween dan gambar-gambar labu je.. Sebab tadi tengok akhbar Metro, ade banyak koleksi-koleksi Labu yang diukir. cam menarik je kan..

Kalau kat Malaysia, terkenal dengan Labu Sayong.. Tapi kat negara-negara barat, labu diukir untuk perayaan Halloween. Walaupun labu sayong kat Malaysia ni bukan dibuat daripada labu, kenapa dinamakan bekas air tu sebagai LABU Sayong?? ha, inipun kena ada seseorang yang explain.. hehehe. okay, sambung pasal Halloween balik~~~~

Halloween disambut pada 31 October setiap tahun, dan disambut meriah di Amerika Syarikat. Tradisi ni berasal dari Irlandia yang mana kemudiannya orang Irlandia berimigrasi ke Amerika Utara. Halloween ni dirayakan oleh kanak0kanak terutamanya dengan memakai kostum seram dan pergi dari 1 pintu ke pintu rumah orang minta coklat sambil cakap "Trick or treat" yang mana bermaksud "Beri kami (coklat) atau kami jahili". Kalau sesiapa yang tak beri coklat, mereka akan membuat onar (wah3..ayat..haha), tak la... Dorang akan 'hiaskan' pokok-pokok depan rumah orang tu dengan tisu tandas atau conteng tingkap rumah tu dengan sabun. 

Hallooween lebih sinonim dengan labu yang diukir dengan bentuk wajah yang seram yang disebut Jack-o'-lantern. Dalam labu tu akan diletakkan lilin atau lampu. So, bila diletakkan di tempat gelap, akan ada cahaya yang akan memberi kesan seram mengikut corak labu tu. Selalunya dilatakkan di hadapan pintu rumah bila hari mulai gelap. Bagi pengusaha ukiran labu khususnya, perayaan Halloween merupakan suatu bissness yang menguntungkan sebab labu-labu dan ukirang mereka memang mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Kat bawah ni merupakan antara ukiran-ukiran labu yang menarik dan kreatif! Happy browsing! :)








Mozilla Firefox pun ade..








Patrick's pumpkin

The Simpson's family



Spiderman's Pumpkin



Sebelum api lilin dinyalakan

Watak starwars pun ade..


The mummy




Yoda





Spongebob 

Spiderman's Pumpkin

Predator.. Ni seram kan??



Tak ketinggalan, Micheal Jackson punya labu...

ni baru sikit. Kalau korang nak tengok lagi ukiran2 labu, search sajelah kat Google tu.. hehehe. k, Chow! 




No comments:

Post a Comment

Followers

Visitors

Page Views