30 October 2010

Piala Malaysia 2010 milik KELANTAN.. Tahniah!!

Tahniah kepada pasukan Kelantan sebab telah berjaya menjulang Piala Malaysia untuk tahun 2010. Kalau tahun lepas, team Negeri Sembilan, tahun ni bertukar tangan pulak. Biasalah tu, kalah menang adat pertandingan.. Separuh masa pertama, Negeri Sembilan mendahului 1-0. Dan pada separuh masa kedua, nasib menyebelahi Kelantan hasil tandukan si botak (lupe nama dia. hehehe) menjadikan keputusan seri 1-1.

Lepas tu, pasukan rusa seolah-olah hilang corak permainan yang batul (hahaha. pandai2 je aku cakap) bila Ketua pasukan Aidil terpaksa dikeluarkan sebab dah tercedera.. beberapa minit pastu, Kelantan sekali lagi menjaringkan gol, menjadikan Kelantan mendahului 2-1.


Aku sebagai penyokong setia pasukan Negeri Sembilan terpaksa akur dengan keputusan ni. Lagi pun memang corak permainan Kelantan best dan menarik. Korang memang layak menang. :D
Pasukan Negeri Sembilan lagilah hebat! cuma nasib tak menyebelahi tahun ni je.. (poyoo kejap boleh?? haha)

Keputusan rasmi, Kelantan menang 2-1.
(Kelantan menang 2-1, hasil jaringan Hairuddin (56″) dan Badri (64″) dan Pasukan Negeri Sembilan dirembat oleh Shahurain pada minit ke 13 penalti.)


Kepada pasukan rusa, tahun depan mesti cuba lagi untuk layak ke final seterusnya menjulang Piala Malaysia 2011 pulak. InsyaAllah.. Jangan risau sebab aku akan setia menyokong pasukan Negeri Sembilan. ehhehehe.

Majulah Sukan Untuk Negara!


Hobin Jang Hobin!!!!


p/s: prepare untuk Piala FA pulak.. hehe

No comments:

Post a Comment

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views