14 November 2010

~Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali~


Tajuk entry kali ni macam aku tengah angau.. Tapi sebenarnya TIDAK!! hahaha. :P
ni pasal lagu... tengok video bawah ni.


Korang mesti ade yang pernah dengar lagu ni kan? Agak best la lirik dia (lirik kat bawah). Bagi aku la.. aku baru tau dalam 2 hari lepas yang penyanyi perempuan, iaitu Najwa tu rupanya adalah anak kepada Timbalan Perdana Menteri kita, Tan sri Muhyidin Yassin dan Puan Sri Norainee Abd Rahman.

Selain daripada lagu "Senyum", ade juga lagi-lagu lain macam 'Kau yang Punya'...


Dulu-dulu, aku ingat suara siape la yang mendayu-dayu nyanyi lagu 'kau yang punya' ni. Rupanya Najwa, anak TPM sekarang. huhu. Tapi kan, kalau korang search kat google pasal Najwa, akan keluar macam ni :
Najwa Mahiaddin 


Mahiaddin tu sebenarnya adalah nama yang tertulis dalam kad pengenalan Tan Sri Muhyiddin. Sebab tu la orang maybe tak berapa tau yang najwa ni anak TPM. Lagipun, najwa ni down to earth. (aku bukan nak puji2 tau. Tapi, orang yang cakap cmtu.) Dia memang x 'guna' nama ayah dia. Baguslah kalau merendah diri kan. Semoga terus success selalu. Facebook Najwa : Najwa-Mahiaddin

Memang muka mereka ada iras sangat. dah nama pun anak beranak. Cuba tengok pic kat bawah ni...

Sama kan? hehehe. TPM & Najwa

Okay, sini ada beberapa info fasal Najwa. Dia merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne Australia. Uni mana, aku tak tahu la pulak.  berusai 24tahun.

Copy paste dari sini :


"Najwa ingin menyemarakkan genre soul dan jazz di Malaysia terlebih dahulu. Gadis ini mahu mengubah persepsi dan tabu klise. Tidak bersandarkan nama ibu bapanya, ia mahu menjual vokalnya sendiri.

Dia sedar itulah cara yang paling tepat untuk bakatnya dihargai secara telus dan bukan kerana dia anak orang kenamaan. Dia ialah duta kepada namanya sendiri. Najwa juga bangga dapat berganding suara dengan Maliq untuk lagu Kau Yang Punya. Persetujuan kolaborasi itu, katanya, dicapai menerusi mesej-mesej di laman sosial Myspace.

"Saya suka berkolaborasi. Tetapi saya juga tidak mahu gunakan nama orang lain untuk menaikkan nama saya sendiri. "Malah membina nama sendiri dapat memberi kepuasan," jawabnya apabila ditanyakan amalan 'featuring' dalam dunia nyanyian terutama hip

hop atau jazz.

Buat masa ini, dalam usaha membina nama 'Najwa' itu sendiri, dia sedang berkira-kira untuk membikin sebuah album mini yang mengandungi lagu-lagu miliknya"


Family potret Tan Sri Muhyidin. Tapi yang kecik-kecik tu, cucu beliau kot. huhu (lama punya kot)

Gaya dia kelass gitu. hehe


Ngan yuyunnnaaa


Lirik Senyum – Malique & Najwa 

Senyum senyum senyum
Senyum senyum


Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama




Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina


Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini


Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan


Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian


Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini


Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Ulang Verse

Ulang Chorus
Ulang Verse

Lirik oleh www.1liriklagu.com



p/s: Maybe korang dah tau lama, tapi aku baru je tau.. Tapi, itulah..Aku nak jugak share! hahaha. :P

No comments:

Post a Comment

Followers

Visitors

Page Views