08 November 2010

Aku bakal dapat cucu ????!!!!!!!!!!!

first day Chika dibela.. 


Ibu : "KakLong, si Chika ni mengandung ni"
K.Long : "Iye ke.. macam xcukup umur je lagi.. huhu"

Aha, semenjak ibu mengucapkan dialog beliau, terus aku tertanya-tanya. Betul ke si Chika ni hamil? X pernah nampak pun.. keh3.. Tapi 2 3 minggu lepas, nampak jugak ade kucing jantan kat luar rumah. Tapi, macam terlalu tua je untuk kucing aku yang muda remaja tu.. wakakaka.

So, tadi aku search kat Google , 'tanda-tanda kucing hamil, mengandung, bunting' 
Antara tanda-tanda yang aku jumpa adalah :


  • Selera makan bertambah (memang sangat-sangat kena dengan Chika!!)
  • Puting susu menonjol & kemerahan (baru cek tadi, memang chika punya camni. 5 6 kali aku tengok nak make sure. hhuhuhu)
  • Bahagian perut semakin membulat (yup, bulat. even aku tak bagi makan lagi, perut tetap bulat. Tp mungkin dia telan katak ke kan. tak hadam lagi)
Walaupun ketiga-tiga tanda kat atas ada pada Chika, aku macam tak boleh nak percaya sangat. hahaha. Sebab aku rasa cam tak layak je lagi si Chika ni nak mengandung. Tapi, memang kebanyakan kucing betina akan mencapai tahap kematangan pada umur 6 bulan. Baru aku tau.. Kalau ikutkan, Chika dah ada 6 bulan umur dia. So, tak heran lah kalau memang betul dia hamil.. klik sini kalau nak tengok entry mula-mula pasal Chika ni. 


Lagi satu, Chika kebelakangan ni asek lepak and tidur je.. Memang asek tidur! Penat kot membawa bayi.. Tang gaya tidur, x payah nak cakap la.. haha 




Kan senang kalau klinik haiwan dekat. Nak aje aku bawak g x-tray.. hehehe. Oleh sebab aku masih bengong-bengong, aku tunggu la dalam sebulan lagi. haha. Tengok perut dia memboyot tak. Sebab tempoh mengandung kucing ni hanya 9 minggu.. Hmmm, kalau la betul, tak sabarnya nak menimang cucu!! :P


p/S: Tunggu ajelah...

No comments:

Post a Comment

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views