04 January 2011

Mana perginya besi penutup longkang tu?

Ahad 2 Jan 2011, aku rasa hampir semua sekolah kat seluruh negara buat hari orientasi untuk murid-murid dan pelajar-pelajar baru. Jadi, aku pun tak ketinggalan untuk ikuti orientasi tu. Untuk siapa?? Jeng3.. Adik aku? nope.. Anak aku?? Lagila nope! hehehe. Untuk kazen aku... Kat Sekolah Rendah Seksyen tettttt.. Kat Shah Alam. 

Orientasi prasekolah tu berjalan lancar.. Tapi bila masa balik, aku lalu depan sekolah tu. Ada perkara yang merisaukan aku.. ha, Tengok la gambar kat bawah tu yek...

Lubang kat longkang ni, penutupnya dah hilang!


Bahaya tak korang rasa??? Mestilah kan.. tapi aku pelik la. Kenapa penutup ni boleh hilang dari tempat asal. Banyak giler lubang ni kat sepanjang tepi jalan tu. Kebetulan memang tempat untuk murid-murid tunggu parents dan bus sekolah lagi tu.


Selalu orang yang tak bertanggungjawab ni akan curi dan jual besi tu..

 Kalau betul la memang dicuri, orang yang curi tu tak fikir ke pasal keselamatan kanak-kanak dan orang ramai yang menggunakan laluan ni. Kalau sesiapa yang terjatuh dalam ni, patah riuk ke, meninggal ke... tak ke dia rasa bersalah??? Ape pulak akan dia buat, kalau perkara-perkara macam ni, melibatkan orang terdekat dia. Contohnya macam anak dia ke, adik dia ke, nenek dia ke... ha, siapa yang mesti dipersalahkan?? Kalau malam-malam, lagilah bahaya... So, lu pikirlah sendiri!

p/s: Sekarang, tak taulah ape yang dah terjadi kat lubang longkang ni. Dah ditutup atau belum, aku tak
          pasti.   Sebab aku dah x pergi sekolah tu...

Ni la budak prasekolah yang aku dan mak bapak dia hantar orientasi.. hahahaha

No comments:

Post a Comment

Recent Visitors

Followers

Visitors

Page Views