Setelah diluluskan oleh Senat UMS, aku akhirnya berjaya untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Sains Sekitaran. 3 tahun tersadai di Borneo, habis jugak aku study kan..huhu. Alhamdulillah. Walaupun result biase-biase je.. Sedih gak. Itula, siapa suruh main-main dulu kan? ha..padan muka. Bila dah konvo sekali ni, rasa nak konvo lagi.. Tapi, nanti dulu la.. Keje dulu k.. Pastu ingatkan nak sambung Master. InsyaAllah.. :)
Konvo aku ni tak banyak gambar. Nasib ada ibu, abah dan Hijrah datang. kalaulah tak de sesiapa yang datang.. Lagi lah sayu. Kawan baik tak datang..huhuhu. Nasib juga ada dak Tqah Redzuan.. kalau nak tahu, bapak kitorang ni satu kampung. kat mana? kat Felda Pasir Besar, Negeri Sembilan..
Ok la.. tengoklah beberapa keping gambar yang ade. Ha, konvo aku hari Ahad, 10/10/10. Sidang 4 jam 2petang sampai 4.30petang lebih kurang..
Ambil ijazah dari Naib Canselor UMS. Thanks Dato' Seri!
Muka sedih apehal? haha. my coursemates, wish u all the best! :)
Potret keluarga konon. Tapi sayang, ada lagi 2 adik yang x dapat ikut.. huhuhu
Hijrah..
Nasib baik ada ibu dan abah yang boleh tolong aku pakai jubah dan hood ni..
NI la orang sekampung tu.. hehehe.
Takdir telah menemukan dua buah keluarga. Nasib ko xde abang Tqah. ahhahaa
Nak konvo lagi!