20 August 2014

Kenali Barangan yang Perlu Diboikot dengan "Application Buycott"

Assalamualaikum semua..

Post kali ini saya nak memperkenalkan satu application untuk android yang mana boleh membantu kita dalam mengenalpasti barangan/perkhidmatan yang menyumbang kepada zionist. Saya jumpa application berguna ni semasa melayari blog Dr.Halina Boikot Israel (salah satu blog favourite saya ;) ). 

Okay, mari saya tunjukkan cara-cara memuat turun app tersebut dan cara menggunakannya.

1. Pergi ke Play Store dan type "Buycott". Download app yang pertama, gambar tangan yang sedang menggenggam kertas berwarna hijau.


2. Selesai download, register dahulu dan app tersebut sudah boleh digunakan tetapi memerlukan sambungan internet. Jadi, pastikan anda mempunyai data. 

3. Scan bar code barangan yang dikehendaki. Android anda akan vibrate dan data berkaitan barangan tersebut akan keluar. 


i. Jika barangan yang menyumbang kepada zionist, akan keluar seperti berikut: 

You're avoiding this product = Boikotlah :)


ii. Jika barangan yang tidak menyumbang kepada zionist, akan keluar data seperti berikut:

Contoh produk tidak menyumbang kepada zionist.




Jadi, anda akan diberitahu oleh app ini yang mana perlu anda boikot dan sebaliknya. App ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam membantu penduduk di Palestin/Gaza, selain daripada bantuan wang ringgit, harta benda dan doa. 


Di bawah juga saya senaraikan beberapa jenis barangan/perkhidmatan yang menyumbang kepada zionist. Dengan cara memboikot barangan tersebut, kita sebenarnya secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara kita dengan membeli barangan buatan Malaysia. Tinggalkan barangan import dan mulalah menyokong barangan buatan Malaysia. Jika bukan kita yang menyokong, siapa lagi?? 

MCD dan Starbucks







Akhir kata, doakanlah saudara seislam kita di sana, sokonglah barangan buatan Malaysia dan tinggalkan tabiat membeli barangan import. Barangan Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Cewahh

19 August 2014

Renew Lesen Memandu Malaysia yang Baru di Pejabat Pos

Assalamualaikum semua..

Esok lesen memanduku akan tamat. Jadi, saya mengambil kesempatan lunch hour hari ini untuk renew lesen memandu.. Untuk pengetahuan semua, lesen memandu kita dah berubah tau. Lesen memandu yang baru agak menyerupai mykad kita. 
 
Dokumen yang diperlukan semasa permohonan pembaharuan lesen memandu adalah kad pengenalan, lesen lama dan slip lesen (bagi pembaharuan kali pertama).

Masa kat kaunter tu, petugas pos tu hanya minta kad pengenalan je. Sebab nanti dia akan amik gambar pada ic untuk diletakkan pada lesen memandu baru kita. Masa saya buat tadi, tak sampai 10 minit, kad pon siap. Kejap je ;)

Kat Pejabat Pos 


My number. Nasib masa menunggu tak lama mana 



Dah siappp..
yang atas tu lesen lama, yang tengah lesen baru buat tadi, yang bawah sekali kad pengenalan...
Sekian saja untuk post kali ini..

Tata XD

Untuk carian berkaitan JPJ, sila layari pautan berikut: Web site Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

17 August 2014

Ucapan Pengenalan Re-Born Blog Saya

Assalamualaikum semua. 

Setelah lebih dua tahun meninggalkan penulisan blog akibat kesibukan bekerja (cewah), saya akan memulakan kembali aktiviti ini tidak lama lagi. Namun begitu, terdapat beberapa perubahan yang akan dilakukan pada blog ini. Contohnya seperti template blog yang lebih simple dan ringan dan cepat untuk di download, bahasa yang lebih sopan dan ejaan yang penuh dan betul (macam post kali ini. Hehe). 

Tetapi, tidak semua akan berubah contohnya seperti penyusunan ayat saya yang kadang kala tunggang langgang dan ayat yang bercampur Bm-Bi. Gaya penulisan juga mungkin akan lebih matang daripada dahulu seiring dengan peningkatan usia. Hahaha. Tak boleh belah langsung! 

Okay lah.. sampai di sini sahaja post pengenalan untuk re-born blog.. nantikan post yang akan dipost kemudian.. 

Ben!

Assalamualaikum!:)

29 February 2012

UMSku 2007-2010

Lepas magrib tadi, aku scroll2 gambar-gambar dalam lappy ni. Tertengok pulak gambar2 semasa study di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Sedar x sedar, dah hampir 2 tahun aku tinggalkan zaman remaja. haha. Teringat kawan2 susah senang bersama. Mula-mula sampai Sabah, sorang umat pon aku x kenal. Tahun 2007 masa tu. Ibu n abah je hantar g sana. Daftar U, daftar kolej.. Pastu mereka pon pergi meninggalkan aku untuk pulang ke Semenanjung. Sedih giler. Sedih giler sebab aku x pernah jauh macam ni. Sampai kena lalu Laut China Selatan pulak untuk pergi dan balik. Duit tambang flight, x payah cter la beb. Habis PTPTN untuk tambang saje, even balik setahun sekali. 

Kali ni nak share pasal beberapa lokasi di UMS. Layan lah gambar2 kat bawah ni ye...

Bus UMS yg baru. Comel. Lama kena tunggu bus (kalo bukan time bus gerak la). Kenangan x leh lupa, kena berebut naik and bergasak2. Memang terbaik!

View dalam bus. 

Sorry, aku lupa ni bangunan apa. huhuu

On my way to SST (Sekolah Sains & Teknologi)

Kueh Tiau Kat Library UMS. Sedap.. Mesti order ni sebab dah boring makan nasi n sup kat sana.

Kusyuk Siot my friend. Salina :) Kat library ni.. Sejuk2..

Kat Kantin SST. Kalo lewat sket, lauk memang habis.. 

Library UMS tingkat Atas. Ni untuk Science & Engineering student..



Laluan dari kolej kediaman ke Dewan Kuliah, Fakulti, Library, dll. Teringat pakcik teksi yang 1st bawak aku n family masuk UMS, dia cakap, tahun mula2 UMS, pokok2 ni kecik lagi. Panas giler kalo jalan. Sekarang, pokok dah besar. Jalan pon senang dan kurang penat, sebab ada kawasan teduh.

Dewan Canselor. Dewan Konvocation. Pernah jadi venue untuk FFM. 

Nampak cantik. Tapi kalo nak naik tangga tu g Pentadbiran UMS, memang sesuai untuk Kurus. Pernah terkena sekali. Gila menyesal naik!!! X)
Dewan Kuliah punya Lobi. CCTV was there.


Masjid UMS. Captured dari Kolej Kediaman A..



Tangga dan laluan jalan kaki, luar bilik aku masa 3rd year.

Masjid UMS :)

Library UMS

Followers

Visitors

Page Views